Monday, August 15, 2016

~ Aktiviti Hujung Minggu & Cendol Durian ~

Assalammualaikum...

Hai uols.. apa aktiviti weekend yang lepas..? (^^,) Aku rasa setiap minggu ada je benda atau hal yang perlu di selesaikan. Macam da lama tak ber santai santai dekat rumah. Rindu jugak nak golek golek tengok tv sambil goyang kaki macam zaman bujang dulu. Sekarang da ber laki kita ajak laki goyang kaki la sekali..! Hihhihi. 

Sabtu lepas husband ada Event Xtreme day under RHB dekat Shah Alam. Iols tak ikut la. Letih kerja seminggu jadi nak rehat. Hihi lagipun nanti dia pegi berlari iols krik krik pulak. Tapi yang best nya depa ada pesta durian pulak dekat sana. Ish, aku dengan durian ni pantang betul... Kontra dengan husband iols. Dia bukan team durian. Alhamdulillah rezeki aku, dapat jugak husband bawak sebijik durian buat rerasa. Cukup la tu. Benda free memang sedap dia lain machiam. 

Next kita lari sesama ok.. (^^,)

Belanja satu pangsa sikit durian free... Rezeki.

Ni pulak aktiviti iols husband wife. Gigih husband kita tolong me-label shawl. Tq husband. Shawl ni semua dah selamat hantar ke adik ipar di Uitm Raub. Biasa la event budak budak U. Kena jual produk. Markah ni markah. Ada sesiapa ke dari Uitm Raub? Meh support adik ipar kita jual shawl. Macam macam ada, ala ala Karnival Usahawan la gitu berlangsung setiap hari selasa selama 4 minggu. Iols sentiasa support golongan muda yang minat berniaga. If korang nak berniaga dekat U atau memana tp xde modal.. Meh whatsapp, lepas tu kita sembang! 

Lautan shawl (^_^)

Student rate ni kita bagi paling murah. Yela hakak student jugak dulu.. Hihihi. Jadi, pukul 10 pagi semalam bergerak la aku ke Uitm Raub. Tengahari da sampai. Kl-Raub tak jauh mana pun... Jadi lepas da makan tengahari husband bawak weols pekena cendol durian musang king (nama kedai nya). Dekat sini macam macam jenis durian ada.. Boleh pilih. Antara pilihan nya ;

1) Cendol Durian Musang King/cup Rm 30
2) Cendol Durian D24/cup Rm 12
3) Cendol Durian Kampung/cup Rm 10

*banyak lagi pilihan tapi hakak tak ingat... cendol biasa depa tak juai sebab dia charge harga sama tapi durian asing. 

Kitorang pilih Cendol Durian D24 je.. (^^,)

Cawan besar ni kongsi dengan adik ipar.. husband memang out la. Nasib baik hakak mintak asing durian siap siap. Boleh la dia rasa cendol kosong tu. Kalau ada pertandingan makan durian, memang terang terang sis menang tanpa bertanding kalau lawan nya husband sendiri la. =P Okay rasa cendol durian ni, ber-lemak gilos. Haaa boleh bayang tak? Cendol ni da lemak santan. Pastu campur durian... berganda ganda rasa muai lemak semua. Tapi okay puas hati at least da tau macam mana rasa Cendol Durian. Tak terliur sangat la bila tengok orang makan next time. Mueheheh..

Okay belanja selfie satu! 

Masa aku sampai dekat Uitm Raub, tetiba teringat zaman diploma masa tahun 2007 dekat PSIS. Ohmai serius rindu zaman belajar. Zaman Diploma zaman paling enjoy aku belajar. Politeknik area Sabak Bernam ni kawasan yang takde mall besar besar, takde hiburan, takde wayang, takde benda benda lagha. Bila stress buat apa.? Sport je la cara release stress. Jogging dekat pantai, main squash main hoki. Paling kuat pun keluar pergi Sunway Pyramid main Ice Skating. (~_^)

Aku suka bila musim padi, cantik! Rindu sabak bernam. Nanti nak bawak husband melawat kawasan sana la. Boleh pekena Mee Udang dan Soto sedap.!

So, nilah cerita hujung minggu hakak.! 
Sekian, Thanks reading.



OhMissBlossom__said : Gambatte intan! Selamat berniaga.. Hehehe. Pengalaman iols, niaga tudung dekat U sangat laku keras. Lagi lagi kalau murah. Apapun rezeki Allah yang bagi. Yang penting usaha.



19 comments

August 15, 2016 at 3:11 PM

Sedapnya cendol durian...

August 15, 2016 at 3:40 PM

fuhh sedapnya cendol durian
dapat lak durian yang baik kan memang best la

Anonymous
August 15, 2016 at 3:45 PM

Seronok lepak lepak dkt rumah kan. -> me too!
Tasty nya cendok durian.!

August 15, 2016 at 3:49 PM

Omaigod ! tak nmpk lain dh..cendol durian tuu..oh my..sedapnya..!

August 15, 2016 at 4:15 PM

1. Cendol tak ada durian pun dah sedap ini ada durian oh.oh...
2. Bagus en abe Aina - macam ini baru business mantop - tolong-menolong
3. Memory masa belajar memang best even kakak yg dah tua ni masih ingat tau:)

August 15, 2016 at 11:21 PM

pergh, nampak sdp sangat2. tetiba lapar. hahaha

August 15, 2016 at 11:24 PM

Cendol durian tu sedap betul nampaknyaaaaaaaaa :D

Insyallah. Moga ada rezeki jual shawl 😊

August 16, 2016 at 8:59 AM

sdpnyaa tgk...

August 16, 2016 at 3:49 PM

I've never tried durian cendol. Orang cakap sedap and yes nampak sedap.

August 16, 2016 at 7:02 PM

Aloooo comeynya gambo org tgh honeymoon tu hihi....

Mak aiiii geramnya tengok durian tu Aina. Mcm tebal jer isi dia tu. Untunglah u olls yek balun sebijik durian sorang sorang tak payah nak berebut.

So mcm mana bisnes? Laku keras ke dak?

August 17, 2016 at 12:54 PM

Wawauuuwww durian nyam2 sedapnya... :)

August 17, 2016 at 11:33 PM

sedapnyaa isi durian tu sis. cendol tu pun sapp gak ;) susah pulak nak dpt durian mmg teringin ni. hehe

August 18, 2016 at 12:16 PM

Assalamualaikum Aina & rakan bloggers,

Stress betul akak bila tegk gambar durian ni..
Laa ni akak masih belum dapat menikmati rasa durian sebenar, sedih.
Okay bai.. :-)

August 18, 2016 at 12:19 PM

Amboi, sejak dua menjak ni ada aje gambar cik abang ^_^ Tengah hangat sayang-menyayang ni nampaknya! Hahaha! Gurau jerk Aina ya, jangan ambil hati! Hilang manisnya nanti!

Akak ni, cendol ke, durian ke, semua pun akak suka. Kalau dah namanya cendol durian lagilah akak suka. Akak nak cuba yang kat Shah Alam tu sampai la ni tak berjaya-jaya juga!

August 18, 2016 at 7:29 PM

urhh sedapnnyaaaa tengok pulakk masa tengah dahaga ni

August 19, 2016 at 3:06 AM

Akk niacam husband aina jugak bukan team durian.tp pulut durian suka.
Cendol durian tak pernah rasa lagi.
Tp sbb bukan te durian takdelah terliur pun tgok org makan.haha..

Betul rezeki Alah bagi.moga berjaya la jual shawl dengan byk buat adik ipar.hihi

August 19, 2016 at 3:07 AM

Akk niacam husband aina jugak bukan team durian.tp pulut durian suka.
Cendol durian tak pernah rasa lagi.
Tp sbb bukan te durian takdelah terliur pun tgok org makan.haha..

Betul rezeki Alah bagi.moga berjaya la jual shawl dengan byk buat adik ipar.hihi

August 19, 2016 at 10:19 AM

sedapnye tgk durian tu!~~

August 25, 2016 at 11:09 AM

sedap durian..peberet all d tym :)

Post a Comment