Assalammualaikum......
Hello uols!
Nak tanya sikit ni, selalu korang beli handbag bajet berapa..?
Lepas tu korang ada berapa ketul handbag dalam simpanan.?
Mahal ke idok.? Teeettt.. (^^,)
Tak kisah la mahal atau tidak. Poket memasing kan. Ada few brand jugak yang pernah jadi koleksi aku antara nya Sembonia, Carlo Rino, Guess, Coach, sis petik few brand je. Ada jugak yang cap ayam-brand. Tak kesah pun handbag apa, kalau sis da berkenan kita grab sajaa. Huhuhu... Okay pengalaman pakai Guess ni rasa nightmare sikit la. Sebab Mudah mengelupas. Kau beli mahal mahal of course la rasa quality best kan tahan sampai beranak pinak nanti. Tapi tu la bila pakai lepas tu peram walaupun siap dalam dusty bag lagi, alih alih kulit handbag da peeling.
Frust woi!
Bila kulit da start peeling time tu aku bantai pakai sampai rabak la biar puas hati hujan panas pun lenjan. Alang alang da peeling ni hah. Sakit hati pun berbaloi. Hewhewhew.. Kalau setakat handle yang defect tak pe lagi. Ni defect dekat body bag. Obviously la nampak bag sopak. Lepas tu insaf tak beli Guess lagi. Then try others brand. Carlo Rino & Sembonia antara handbag yang lasak. Iols puas hati dengan condition dan harga nya pun affordable. Ala kalau SOGO tu buat sale uols rembat jela nyah seketul dua. Harga offer bawah Rm 100 pun ado & boleh borong kenn. Iols penah beli handbag Sembonia masa happy hour Rm 99 aje. Tahan la dekat dua tahun lebih. Berbaloi kan? (^__^)
Coach. Okay... ni pulak masalah handle. Tak tau la apa masalah. Mungkin ganaih sangat kot si pemakai ni sampai terkopak tang handle. Tapi tak jadi masalah. Sebab handle ni iols boleh settle kan. Bukan hantar spa bag bukan pegi betul kan.. Cara jimat super hebat. Macam mana cara nya..?
Ni la handle yang terkopak tu hah.. dua dua belah kopak. Body semua okay
Transformasi. Handbag lama kembali baru. (^^,) tertutup cacat cela.
Cost twilly ni hanya Rm 6/pcs. For me berbaloi la dari nak hantar repair. Berapa pulak kena charge kan.? jadi kita beli twilly ni. Di mata aku kira ok la. Tak tau la di mata uols. Hehehe. So, tak payah beli handbag baru. Cuma kena kreatif je. Yeay! Selamat duit titew. Boleh makan Manggo cheesecake lepas ni. =P
Dekat mana nak beli twilly murah.? Okay, kita rekomen seller ni... sangat friendly dan service pun boekk.
Handbag ni standard la.. sampai satu jangka masa akan rosak jugak. Kalau rosak sesikit tu pejam mata jela. Kau pakai rosak, tak pakai pun rosak. (^^,) jadi baik pakai je la kenn.. tu la iols belajar dari pengalaman. Hihihi.. Untuk mengelakkan handbag rosak pakai la gilir gilir. Gituu..
Macam mana uols jaga handbag.? share sikit.
Thanks reading! =)
OhMissBlossom__said : Sapa suka handbag besar besar..? iols prefer handbag medium or small je. Kalau boleh nak jalan berlenggang je. Senang!.
33 comments
Ain sebab student kot so bajet tu paling mahal 100 je tu pun dpt 3 hahahahhaha. Okay la kan. Kena kerja dulu baru boleh pengang hat branded punya. Anddd i prefer yg besaq and medium. Small tak minat hehe
Mila suka Polo lasak jugak MK pun oke, xpernah beli carlo Rino tapi design dia cam cantik gak, harga pun cantik heeee
Guess memang masalah dia senang terkopek. Wallet ke, bag ke, mesti terkopek jugak tapi nak buat cemana kalau bukan leather kan. Tu jugak masalah kalau bag top handle yang bukan leather ni sebab kita selalu pegang kan so dia stressed so terkoyak. Charles & Keith pun lebih kurang je. Kalau bag mahal mahal erin letak dalam dustbag and letak kt open space so dia boleh 'breathe' :)
jarang beli handbag sbb tk minat sangat, kalau ada pun beli yg biasa2 jual kat ig tu je hehe.
tak sangka pulak handbag jenama guess selalu terkopek..nasib baik beli twilly, boleh cover kecacatan tu. huhu
Mrs. A pun ada gak pengalaman bag terkopek ni simpan dalam dustbag lama sekali bila nak pakai huwaaaa... nanges tgk. Tak silap brandnya Bonia. Orang pompuan mana ada satu jer... bag paling kurang pun ada tiga betul tak?
Kalau Ee, pusing satu mall, cari satu bag pun bolehhhh hahaha
Kalau cakap pasal handbag branded ni, Fatin cuma ada 2 koleksi je, dari jenama Carlo Rino. Kasut pun jenama Carlo Rino, tu yang tak tahan tu. Adakah Fatin ni peminat Carlo Rino? Hahaha.
Camna jaga bag? Fatin selalu letak bag ni dalam bag kain yang selalu datang sekali dengan bag tu everytime kita purchase handbag. Tu je. Kalau bawak gi mana-mana memang handle with good care lah.
Fatin suka handbag medium to small kot. Sebab senang nak jalan berlenggang je kat mall. Hehehe. Handbag saiz besar ni fatin akan bawak bila rasa time tu macam ada benda penting nak bawak, so sumbat semua dalam beg besar tu. Ikut keadaan :) Selalunya handbag besar2 ni bawak gi kelas je dulu2 masa zaman belajar :D
Kaknoor suka hand beg guess dulu nya tapi sbb selalu trkopek tukar ke coach, rasanya coach ok sikit, dan sskrg still setia dgn coach, biasanya kaknoor beli masa di oversea sbb rasa nya lebih murah kalau guna duit £ tapi kalau beli disini terasa majal sngt sbb ribu riban tu kann
pernah pakai guess yang warna putih then simpan, lepastu taw2 warna bertukar kusam diserap habuk. sobs
Amboi byknya koleksi handbag.akk ni ada seketul ja lenjan la smp lingkup.dh lingkup beli baru lenjan lagi..tak pernah pun beli branded smua cap ayam.Ntah mungkin sbb dr mula keja ada duit sendiri dh bkelurga so rasa membazir habiskan byk duit kerana sebuah handbag..rega ratus2 ribu2 bukan kepuasan sbb bg akk semua handbag adalah sama.janji boleh isi barang.boleh camtu.hahaha
Tak banyak koleksi pun Aina. Adalah 2 ketul ....itu pun brand cap ayam haha.....Kadang tu rasa mcm membazir pulak beli beg mahal mahal ni. Tapi kadang tu bila gi kenduri kawen kat dewan tu, mcm perlu jugak seketul beg mahal...... mahal sikitlah hihi....
Manusia kan....suka ikut nafsu huhu
ganaih hang no.. aku suke charles & keith.. ade 3 ketui.. yg lain cap ayam.. haha.. yg terbaru coach!! kau kalau nak beli handbag coach baru, boleh cari aku.. haha
Dulu-dulu masa lebih kurang umur Aina ni, akak memang tukar beg tangan hari-hari. Masa tu pun 'sampah' tak banyak dalam beg tangan so senang sikit kerja punggah-memunggah isinya ke beg baru setiap hari. Sekarang ni, sebulan sekali nak tukar pun malas. Kalau pergi majlis barulah terkial-kial mencari beg tangan baru dalam almari.
Keterujaan akak terhadap hangbag dan kasut ni dah banyak kurang sekarang. Kalau dulu, bersusun kasut dalam almari, memang kasut orang lain tak mampu nak mencelah masuk. Handbag pun sama. Penuh almari letak handbag aje. Sekarang dah boleh dibilang dengan jari jumlah handbagnya. Sedih ke patutnya gembira ek? Hahaha!
Sis memang gila handbag, paling mahal Balenciaga City dan masih setia dgn Gucci dan LV Neverfull dan Speedy 25.. Bag pi shopping Longchamp dan Coach.. Bag tu semua guna lebih 4 tahun kecuali beg pi shopping, mmg berbaloi2 tapi skrg xde budget lagi nak berhabis beli bag.. Guna saja apa yg ada..
Creative sungguh Aina pasang twilly, cantik.. Good idea dear.. ;-)
@AinAthirah Anuar besar blh smbt memacam.. biasa la masa study ni mmg byk brg nak smbat.. hihi bag g class bag kluar jenjalan smua sama je =)
@Mila Ahmad hihihi beli time sale je murah! MK cun.. sy pun suka. polo x pernah try =)
@Erin Azmir yes tu betul. Syg kan bag mahal. Fragile gituu nak beli pun kumpul duit. hihihi. Charles & Keith pun lbh krg. Bag leather mmg tahan. Aina ada satu kate spade.. lama bertahan. Sampai leather da tukar.. sign of used kan. Hah tu laa guess mmg sensitip laa x sesuai ganas2. haha even simpan pun blh peeling.
@Mazni Munawar betu tu maz... jimat. tak dan nak bli bru skrg ni..hihi simpan duit je kn =)
@Mrs. A hahahha btul tu mRS.a! memahami sgt.. kita jnis suka tukar2.. =)
@Eeiou _ hi5 skit! sama laa.. hahaha sbb kita susah nak dpt bag yg berkenan di hati.mmg klu bli bag plih btul2 =)
@Fatin Liyana kita pun mnt carlo rino! hihihi... yess letak dlm dusty bag tu kan. ok sama.. small bag ni biasa sis bawak bila p mall je. pnh bawak bag besar kne selukkk! taubat pastu bawak bag kecik je. sng nak jaga.
@Nooriah Abdullah kan kak.. btul! coach okay skit.. aina pun setia dgn coach walaupun ada few bag lg. hihihi syg kan.! yup kak oversea lg murah. sni beribuuuu.. sobbb
@nadhie wueen tu laaa x blh peram. huhuhu.. klu putih tukar kuning..
@Puan Kutu hahahaha xdela byk kak.. ada beberapa ketul. aina ni jrg jmpa handbag berkenan di hati. jd jangka masa nak beli handbag tu mungkin makan tahun jugak. lps tu kumpul2.. haha tp klu beli bag tahan lama kita mmg pakai sampai reput la cte dia =)
@hainom OKje atleast ada seketul kan mak... hihihi. bag khas p kenduri gtuu hihi
@E'in kahhh kannnn busy noks tak smpt jaga bag. blh gitu? hahahah haaa yeah! berehh nnti nk order iols roger sistur =)
@Mummydearie hahahah ni pun da stop kumpul. dok pakai apa yg ada.. tggu reput nnti bru pk. hihihi. naosu nak menyoping pun da kurang da ni kak. napsu nak berjalan je mencanak naik ni hah. =P
@LZ - The Blog Owner yeaaah! Balenciaga cantik! minat design dia. haha skrg ni kena berjimat cermat. semua benda nak naik da kak... aina pun da stop membeli. Moh la kita lenjan segala bag sampai reput =)
thank you kak! hehe
Siqah kalau bab handbag ni suka yang medium dan comel je.. Walaupun kadang2 sesak jugak fikir mana nak letak powerbank. Hehe. Pandai aina repair handbag camtu. Nice :)
Siqah ada lebih 5 handbag tapi suka guna satu je. Sebab malas nak bawak kuar yang lain drpd almari. Sudahnya, dah nampak buruk handbag yang lain. Tak tahu camne nak buat.. nak buang sayang pulak :(
ada bnyak handbag, tapi yg pakai satu je pakai sampai punah..
sama jugak kasut, ada banyak kasut kalau suka yg tu, tu je la pakai smpi tercabut, baru beli lain.hihii
@Siqah Hussin kannnn siqah! kekadang sayang tau nak buang byk berjasa hihii tp pejam mata jela klu da mereput tu =) samaaa suka medium!
@Zie Azi yesss mesti ada peberet hb walaupun hb lain berlonggok. =)
Saya laki kalau beg duit pakai la beg duit tu smpai lusuh x bleh guna lgsung, baru beli lain.. Org bagi hadiah yg baru pun sayang nk tukar.. Hehhe..
Btw, hepy besday..