Hi uols.! ♥
Salam Ramadhan ke-5 buat semua muslimin & muslimat di seluruh dunia... Alhamdulillah, di panjang kan umur untuk menyambut Ramadhan Qareem tahun ini. Da ada yang raya kee..? hihihi. Okay la, bulan puasa ni selalu nya ramai yang akan singgah ke Pasar Ramadhan or PARAM for short form hehehe or Bazar Ramadhan, ikut mu la nak panggil apa kan. Ikut nafsu mesti macam macam nak beli. Biasa la tu, sebelum berbuka memang semua nya nampak sedap! Tapi ingat, kalau ikut nafsu sangat nanti takut membazir pulak. So, apa cara nak control nafsu di PARAM ye...??
Tetap kan Bajet - Bawak la RM 10 or RM 20 je contoh nya. Confirm takkan overbudget...! hewhewhew
Fikir nak makan apa - Da plan sesiap nak beli nasi campur ke, murtabak ke roti john ke.. jadi bila da plan, kita akan fokus pada apa yang kita nak cari.
Elakkan beli terlalu banyak kuih muih - If kita buka puasa dengan kuih muih atau kudap kudap, perut akan cepat kenyang & cepat jugak lapar balik. Di saran kan beli la kuih campur 2-3 ringgit, boleh rasa banyak jenis. Pastikan beli jugak makanan berat.
Berkunjung lewat ke PARAM - Waktu berbuka tak lama lagi, jadi pilihan makanan pun limited. Mesti uols akan beli je apa apa juadah yang sempat atau yang tinggal. Untung nasib, ada peniaga bagi diskaun untuk habis kan jualan mereka..(^^,)
Tak salah pun nak berbelanja di Bulan Ramadhan ni, tapi kena beringat sikit. Tujuan kita berpuasa sebab nak kawal nafsu kan..? Yang ampa balik dengan 10 beg plastik di tangan lepas tu semua tak habis pasaipa..? Tak pasal pasal makanan lebih di simpan dalam peti buat pekasam. Huhuhu.. lebih sadis kalau di buang terus ke tong sampah. (>_<)
OhMissBlossom__said ; Peringatan buat diri sendiri jugak.... Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik & lebih bermakna buat anda.
18 comments
kan.. control bajet. lg sng takpyh p. hehehe
yesss yui. control bajet.
btulll.. klu ada masa masak sendiri lg jimat. hihi =)
yess setuju dgn semua point2 tu..control everything la biar berpada2
WAH DPT SAVE BUDGET IKUT TIPS AUNA NI
paling best pergi lewat skit tu, memang selalu dapat diskaun banyak. kereta & orang pun dah kurang. tak la bersesak2. hehehe
tula yang risaunya kan bulan ramadhan ni. semua benda selera. tp semua nafsu je tu. hihi.
Ingat apa lah PARAM tu. Hehe. Ana selalu kalau ke bazar akan beli max 2 kuih je. Sebab tau kalau beli byk confirm tak habis dan membazir.
tips berguna tu..sy pun kalau pergi mmg bgtau siap2 bajet rm berapa2 je..huhu
Btul2.. apepun.. selamat berpuasa
SALAM RAMADAN SLMT BERHUJUNG MINGGU
aaa mummy pun praktikkan bawak cukup2 je ker PARAM..takdelah berbelanja berlebihan kan... Kalo tak selagi ada duit dlm purse rasa satu PARAM nak angkut..hahhaa :P
Akak dah beberapa tahun tak jejak kaki ke PARAM. Bukan apa, bila sampai PARAM aje perangai macam budak-budak baru berpuasa. Semua pun nak. Tak boleh kawal langsung. Tak bawa duit secukupnya, nanti esok lusa nak balas dendam pulak beli semua yang terkilan tak dapat beli semalamnya. Maka, lagi afdal tak jejak kaki langsung ke PARAM. Jimat duit. Tapi tak juga bank balance bertambah banyak. Pergi ke lain duit belanja PARAM tu. Hahaha!
alhamdulillah setakat hari nie, dapat tahan nafsu tak pegi PARAM lagi.. haha!
Bagus tips aiNa..
Setakat ni akak masih dapat menahan diri untuk tidak ke PARAM..
Makan apa yang ada..
Sudah agak lama Mrs. A tak singgah sini.
Dah nak dekat raya dah pun tapi masih relevan lagi tips ini.
Di kesempatan ini selamat menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba Mrs. A ucapkan serta maaf zahir dan batin.
Alhamdulillah 3 4 tahun kebelakangan ni dh tak ghairah membeli di PARAM.Tahun ni langsung tak jejak.Berbuka kt luar pun tak..Tahun ni makan seadanya je tak bermewah langsung..Dah makin menginjak usia ni mungkin Allah dah tarik sikit demi sikit nikmat sedap..hehe
Lupa nk wish Selamat Hari Raya Aina
Salam Aina, belek entri lama terpandang komen awak. Apa khabar? lama tak dengar cerita?
Ramadhan dah lama berlalu...