Thursday, October 27, 2011

~RaJa SehaRi.......~

Assalammualaikum.....

Hello readers and viewers..~! Sebelum terlambat, aiNa nak wish Happy deepavali. (^^,) Refer pada previous and previous entry, about my cousin wedding rite..? Alaa, yang dekat perak tuu.! Pengantin lelaki adalah dari pihak keluarga kami. Merupakan anak kepada my aunt. Eh, sekarang aku rajin betul attend wedding orang... sebab ape.? sebab addict gile dengan baju pengantin. Muehehe. Agaknya aku silap course la. Patut dulu amek fashion. yewdok.?

Lain negeri lain adat. Betul tak..? Macam dekat johor, pengantin lelaki akan dikenakan tol. Eh, faham tak tol macma mana..? Maknanya before korang bersanding main-main mata atas pelamin, u all kena la bayar cukai. Cukai pintu. Bayar cukai dekat siapa..? bayar cukai dekat penunggu pintu la wei. Penunggu pintu terdiri daripada golongan kanak-kanak, remaja yang muda belia, dewasa dan termasuk lah emak budak.. (^^,). 

Kalau rumah pengantin ada 10 pintu, maknanya 10 kali la kau kene bagi duit. Ade faham..? Hah, harap maklum. Tol masa ni takde pakai touch n go atau pun smart tag. Semua nya main cash orite. Make sure sapa yang nak kawen dengan gadis johor pastikan poket tebal sehasta during ur wedding day. Abang sedara i ni dapat orang Selama, Perak Darul Ridzuan. Jom tengok pic wedding mereka, mana tau u all dapat ilham untuk tema kawen nanti. =P

I suka la deco pelamin diorang... suka gila..~!! 

Ape pun congratulation to Muhammad Taufiq dan Norshafika... 

Haish..ramai yang dok tanya aiNa..bila ang nak naik pelamin... sabar naa. sabar. Da sepuloh kali aku cakap sabar. Tapi kali ni aku tak boleh sabar. Nak tengok aku naik pelamin sangat kan. Hah, tatap puas-puas gambar i atas pelamin ni okay..


Puas hati..? (^__^), aku ni belajar pun tak habis lagi...aaaawww.! Tak gatal lagi pun nak kawen. Enjoy ur life sebelum terikat dengan komitmen. Dan aku sangat-sangat bahagia dengan life aku sekarang. weeee...~!! Pika ingat pesan i ni...

"....Suami di dahulukan, Pencapaian di utamakan...."

Inspired from

V
V
V
V


Eh u all da tengok belum..? fuh, da best la wa cakap lu. Yana Samsudin, i loike u style. (^^,) u all bertiga memang ada chemistry. Sam n Yana, husband and wife yang romantika de amor. Gangster pun pandai berjiwa-jiwa kan.. I tengok dekat Astro First je. Hah, tengok la sampai muntah hijau pun takde masalah. Even skrin tak sebesar macam dalam wayang, tapi kau boleh lepak-lepak depan tv sambil makan goreng pisang pekena teh o panas. Huh, berbaloi-baloi kan..?


OhMissWhatEver__said : Bila cuti terasa cepat je masa berlalu... esok da khamis.? errrrmmmm. (>_<)


Monday, October 24, 2011

~1000th Follower..!!~

Assalammualaikum....

Alhamdulillah, akhirnya mencecah 1K. (^^,) First of all, thanks coz sudi folo molo milo di blog aiNa. Yup, memang menanti kan siapakah gerangan orang yang bertuah itu.. Akhirnya terjawab juga pada hari ini....

V
V
V
V



V
V


Thanks Aien Luvly Collection... Luvlyaien ni home bisnes tau. Bisnes ape.? bisnes Bag...Macam-macam beg ade. Seyes menarik. Tak mau cakap lebih la. Jom terjah blog beliau. (^^,). Rajin-rajin la klik button follow. Kawan la dengan luvlyaien ni. Dia baek tau..~! (^___^). Tambahkan kenalan kita ye. Ayuh kawan...

Ape pun Thanks kepada followers lain juga yang sentiasa memberi sokongan, kritikan atau pun nasihat.. U are rock guys~!! Insyaallah, after this aiNa akan cuba hasilkan entry-entry yang lebih menarik dan berkualiti. Apa yang kurang akan aiNa perbaiki nya. (^^,)

OhMissWhatEver__said : I da tengok page dia. Cantek dan cumel koleksi beg dia.. Sesuai kalau nak bagi present dekat orang dan untuk koleksi sendiri... (~_~)

~KroNologi di Hari Sabtu~

Assalammualaikum....

Salam pagi isNin. weeee..~! Rumahku syurgaku, tiada ungkapan indah selain ini apabila kaki mencecah laman rumah, badan mencecah katil sendiri... fuh, gaya nya macam tak balik 6 tahun. Pada hal baru 6 minggu kowt. Haish...Cuti midsem telah bermula, maka nya bermula lah episod membalas dendam dalam arena blogging (poyo gila ayat aku kaan..~!!). Minggu lepas aku kusut dengan test, minggu ni tiba masanya bersantai-santai pula ye. Dua hari lepas, bersamaan dengan hari sabtu, Setelah settle battle dance kitorang pagi tu..aku pun dengan lincah nya bersiap-siap untuk balik ke perak. Jangan penin noo. Even rumah aku Penang, tapi aku turun perak untuk attend my cousin wedding. So ayah i  pick up di sana.. (^____^).

Let's imagine guys... Aku menempuh banjiran manusia dari KTM untuk ke Pudu. Dengan bawak beg tarik ala-ala nak p overseas (okay, sedikit hyperbolabesbol disini..). Ramainya orang toksah cita laa. Apa yang aku tau, bila komuter sampai aku perlu dan aku kene rempuh untuk masuk dalam perut gerabak yang da sesak barat dengan manusia pelbagai kaum. Kata 1 Malaysia., so faham-faham la macam mana. Pelbagai aroma terapi ado. Dengan badan yang mula sakit-sakit impact tak stretching before dance dan juga impact dari practice sampai pagi yang tak hengat dunia, aku berjalan da macam nak menari sekarang ni. Huh...!

Okay, akhirnya badan aku dapat juga di sumbat kan dalam koc wanita...fuuh, lega nook~! Sampai pudu around 1 lebih. Tiket bus aku pukul 3.. okay fine. Cantek la sangat kan. Menanguk sesorang kat pudu, sambil tengok 1001 ragam manusia dekat sana. Tiba-tiba, datang sorang mamat ni duduk depan aku dan mengadap aku. Sambil cakap....

"Kak...Kak.. tolong saya kak.. saya kena tinggal bas nak balik kampar. Sekarang saya tak ada modal langsung nak balik kak.. tolong la, saya merayu sangat-sangat.. Akak bagi la saya berapa-berapa pun yang kak ada, saya terima...."

Shock tak shock la kan kau kat situ.. i'm alone okay.! Travel a-l-o-n-e...  mak cakap jangan layan atau cakap dengan orang yang kita tak kenal. Tapi dalam situasi macam ni, aku tersepit. Siyes tersepit.. Aku pernah kena tinggal bus. Aku tau dan faham perasaan bila kene tinggal bus. Okay, fine..situation dia sama yang berbeza hanya la tempat dan waktu. Atleast dia kena tinggal dekat Bus-stand. Aku kene tinggal dekat highway dan kawasan R n R yang ciput aje luasnya. Aku simpati..perasaan bercampur baur antara takut, kesian, simpati.. dan macam-macam laa. Aku tak tau la sama ada dia bercakap benar atau dusta semata-mata...

At the end, aku seluk poket than ade beberapa keping not rm 1 dan sekeping not rm 10. Tanpa banyak songeh lagi, aku terus hulur dekat dia. If dia betul-betul susah, aku harap dengan sedikit pertolongan itu mampu meringan kan beban nya. Tapi jika sebaliknya, bia allah sahaja yang membalasnya. Pepatah ada menyatakan buat baik di balas baik, buat jahat buruk padahnya..Tanggungjawab aku sesama manusia sudah selesai dan aku harap lelaki itu selamat sampai ke destinasinya..


OhMissWhatEver__said : tips untuk u all yang merantau.. sediakan duit kecil dalam poket.  Tentang wedding, next entry pulak ye..Okay babai..