Wednesday, February 8, 2012

~Bukit Merah Laketown Resort~

Assalammualaikum.....

Cuti aku bakal berakhir pada minggu hadapan... dan aku akan kembali berjuang di medan ilmu. Yeah, banyak aktiviti masa cuti ni yang aku isikan bersama family tersayang. Bergelak dan ketawa, berkongsi dan bercerita.. rasa bahagia sangat dan terbang segala hal-hal akademik yang dok main dalam kepala otak ni. Ketawa penawar yang sangat mujarab. Tapi kalau dok ketawa sorang-sorang sambil pandang dinding....sah-sah la sewel yedok..?

Bukan senang aku dan adik beradik nak berkumpul, walhal kitorang belum berumah tangga mahupun berumah batu... Tapi jarak dan tanggungjawab yang memisahkan kami untuk berkumpul. So, sempena anniversary emak dan ayah minggu lepas, we all sepakat untuk mandi manda di Bukit Merah Laketown Resort. Sangat cantik..~!! dan memang tempat yang sangat sesuai untuk melapangkan fikiran, bersuka ria, mengadakan hari keluarga dan meluangkan masa bersama keluarga terchenta.....

Jetty untuk ke pulau orang utan....

Macam dekat Hawai daaa... 

Selain Waterpark, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti lain seperti melawat ke Pulau Orang Utan, Ecopark, naik Chairlift or Skycycle... Konsep chairlift dan skycycle ni ala-ala cable car. Tapi tidak setinggi Cable car di langkawi dan genting highlands. Cukup buat syarat untuk kita tengok pemandangan bukit merah dari atas. Dari sini, u olls akan nampak gelagat budak-budak, emak budak mahupun bapak budak yang sedang leka bermain air..

Chairlift... (pandangan dari bawah...)

With my siblings and ayah....

Setelah 3 jam jadi badak berendam tanpa sedar matahari da mencanak naik atas kepala kitorang pun naik dan bersiap-siap untuk balik ke penang... dan malam tu muka aku jadi la macam pikachu jadian dengan tompok merah di pipi. Oh dem...sesungguhnya aku kalah dengan keadaan cuaca yang sangat panas. Ahaaa...satu rumah duduk mem-bahan aku. Takpe...takpe, den redha jeee.. sobs..sobs..huhuhu.. 

"tu laaa mandi tak ingat... da macam pikachu muka tu..orang lain kulit dia tebal kalahkan biawak tu tak jadi apa-apa...."

Baik maaaak...pasni mandi dalam bathtub jelaaa....uhuks...! 

Babai...nak balik daaa..!!. panjang umur dan murah rezeki sampai lagi... (^^,)

OhMissWhatEver__said :  (^_________^) nikmatnya cuti.....~!! huhuhu..


Sunday, February 5, 2012

~Happy Anniversary Emak & Ayah..!!~

Assalammualaikum....

Hello readers~! Selamat malam... 4 February genap lah 23 tahun usia perkahwinan emak dan ayah... 23 tahun lepas masing baru berumur 22 tahun dan 28 tahun...(^^,) we love u  emak dan ayah...!! semoga kebahagiaan kami sekeluarga kekal dan bahagia hingga ke jannah. Mai aiNa tunjukkan gambar Laksamana Sunan disamping Ratu nya...


Hah...ni la gambar kawen emak dan ayah 23 tahun yang lepas.. hamboi kemain segak dan slim ayah dan emak masa ni...sekarang..?? eerrrrr...hehehe..sikalang hati manyak senang...jadi perut manyak naik meh.. muehehe. Tapi takpe, walaupun tak se-slim dulu emak dan ayah tetap raja dan ratu di hati kami..yeah~!! Love story my mum and dad bermula di Bandar Penawar, Kota Tinggi.. Johor Darul Ta'zim.  Lokasi di gelanggang badminton.. (^^,) emak dan ayah wa bukan atlit sukma mahupun olimpik hokay.. harap mak long.. Masa tu emak i masih sekolah dan ayah pula bekerja sebagai pembantu jurutera di Kejora.

Jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya telah tertulis... Ayah berkawan baik dengan pakcik aiNa merangkap suami kepada kakak emak aiNa (makcik aku!). Korang faham tak..? senang cerita dari kawan jadi biras... ayah dengan pakcik aiNa kenal masa dekat Kejora. Dan selalu jadi partner dalam acara beregu lelaki badminton. Di gelanggang itu jugak cinta pandang pertama bertaut. Lama mereka berkawan, since emak berusia belasan tahun lagi. Dalam mereka berkawan, ayah amek keputusan untuk sambung ijazah.

Aku sangat kagum dengan kesetiaan dan kejujuran ayah, kagum dengan kesanggupan emak menunggu sampai ayah habis degree, kagum dengan kepercayaan emak terhadap ayah. Ketika ayah masih belajar, mereka mengikat tali pertunangan selama 2 tahun setengah. Korang boleh bertunang selama 2 tahun...? Masa tu handphone tak ada...cuma surat saja penghubung berita. (^^,) tapi kalau da namanya jodoh, lari jauh mana pun tetap jumpa jugak kan..? 

So, tahun 1988 ayah grad.. dan ditawarkan kerja di JKR. After ekonomi da kukuh, da boleh bagi anak orang makan nasi, apa lagi nak cerita...? diorang kawen laaaaaa... dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Seorang perempuan dan empat orang lelaki. Okay, pengakuan seorang anak. Bila ayah pakai tie dan Coat nampak smart laaa. Terselah karisma sorang ketua. *semoga aku bertemu dengan lelaki yang sebaik ayah dan mampu menjadi imam ku....amin.....* okay, nite guys!

Cinta datang dengan sendiri, tak perlu di kejar dan tak perlu di cari wahai wanita... 


OhMissWhatEver __said :  Salam Maulidul Rasul ~!!! (^____^) tanamkan rasa cinta terhadap kekasih ALLAH.


Wednesday, February 1, 2012

~Housemate Berkira....??~

Assalammualaikum...

Hello readers! 1 February 2012 sudaa. Selamat Hari Wilayah dan juga Happy Besday kepada Ketuat Kampung (^^,) !! Semoga panjang umur dan murah rezeki ye took.  Okay, aku tak pernah duduk rumah sewa... pernah jugak perasaan mengada-ngada nak duduk rumah sewa masa belajar ni.. Kunun-kunun nya nak rasa hidup berdikari. Tapi aku rasa tak payah laa...tak tahan pancaroba karang ada ke laut pelajaran aku nanti. Haru!

Housemate berkira..? okay, tak dapat aku nak bayangkan. Sebab, bagi aku..bila kita da duduk serumah makna nya perlu ada komunikasi yang baik... bertolak ansur... hormat menghormati dan yang paling penting kerjasama. Tak best kan bila satu rumah kita dok bermasam muka sesama sendiri.. Nak duduk rumah pun tak syiook. Kata rumahku syurgaku....kan.? Cuba bayangkan bila situsi ni berlaku...

Situasi A

Ati : Beb, semalam lu pakai kete wa pergi kedai makan kan...? Bak sini 10 ringgit...

Ina : ekeleh...kau juga yang suruh aku pergi beli makan pakai kereta kau.... kedai tak sampai 1 km pun nak kira ke...

Situasi B

Ati : Oi ina..! Kau pakai sabun basuh baju yang aku beli ea...? Tu kan aku punya...aku yang beli...

Ina : Oooo, kau pakai sabun yang aku beli sampai habis takpe pulak...bila aku pakai sabun kau sikit da terpekik terlolong...Kau dengan sabun-sabun ni boleh jalan laaa..


Bagi aku, da duduk serumah...mesti la banyak barang keperluan yang kita kongsi... contoh barang rumah dan barang dapur..if satu rumah duduk 3 orang, takkan la setiap sorang nak kene beli garam sorang sekampit, gula masing-masing.... Pastu tulis nama masing-masing kat garam dan gula tu. Huh, lagi dasat dari haji bakhil..!Cara terbaik, donate setiap seorang dan buat lah bajet untuk beli barang keperluan. Barang individu tu sendiri-sendiri la kan.. Happy bukan bila kita dan housemate masak sama-sama, kemas rumah sama-sama.... baru sweet memory..!

So, bila nak mencari teman serumah... buat lah pertimbangan yang wajar. (^^,) Kalau dapat housemate yang panas baran...mestilah ada housemate yang sebeku salju...kalau semua nya panas baran, alamatnya melayang la segala kuali dan periuk belanga. Bergaduh mengalahkan laki bini la pulak kan... Jangan nak tunjuk gangster yee. Semuanya boleh di bawa berbincang.. So bila da duduk rumah sewa pandai-pandai bawa diri dan lu pikir la sendiri baik buruknya..


OhMissWhatEver__said :  U olls pernah dapat atau jumpa orang yang suka berkira..?