Tuesday, February 23, 2016

~ Personalized Gift from Printcious.com ~

Assalammualaikum..

Hello readers, have a good day..!

Pernah tak uols pening bila nak bagi hadiah dekat orang? Bosan dengan hadiah biasa di pasaran.? Apa kata cuba kelainan dengan hadiah DIY. Lebih 200 hadiah DIY boleh di dapati di sini. Paling menarik boleh deco sendiri, di mana uols boleh pilih gambar dan ayat yang di reka sendiri. Pemberian istimewa tampak lebih exclusive dan bermakna.

Recently, I found a website printcious.com which provide printing services on DIY item such as mugs, ceramic tiles, T-shirt, mouse pad, cushion, puzzles, phone casing, and also key chains.! Extremely happy of course, sangat mudah! You guys boleh order personalized gift through the website especially for birthday, wedding, graduation , anniversary and corporate occasions. Sekarang semua di hujung jari. Nak beli hadiah just click sahaja. lepas tu boleh direct pos pada tuan badan. Confirm terkejut melompat bila dapat barang cecomel gini. Hewhew...



Credit : Printcious.com

Pelbagai jenis produk yang sesuai untuk di jadikan hadiah.

DIY stand for Do It Yourself. You can customize your gift by uploading the design created when you order the gift. If you have a time, you can create your own design but if you are running out of time kindly straight away choose various personalized design by printcious.com. I personally, recommend this website. Creative and pretty awesome!

I am sure that there are times when you do not know what to buy for your boyfriend/girlfriend, for birthday present or wedding gift. I feel youuu. Haha. No worries, Printcious.comPrecious gift from heart can solve your problem. (^___^)  In addition, they provide shipping within Malaysia and Singapore. Paling penting penghantaran percuma dengan pembelian barangan RM 75 keatas. Harga sangat reasonable and affordable.

Let's me try to create my own mug! Tengah berkira kira nak bagi hadiah dekat someone. Korang rasa okay tak.?

Just a simply create an account by filling in details

First, Pilih item yang kita nak. So, i choose basic mug to start with.

Pilih warna yang you guys suka from the color pallete. I choose pink.. auuw Girlish sangat. (^^,)

Boleh customize mug kita sekarang ni. 

Hasil nya.. (^_^) cute tak.?

Boleh pilih image yang comel comel dan masuk kan ayat power korang dekat sini.. Hihihi.. Since i nak buat hadiah birthday, kita cari lah image dan kata kata perangsang yang sesuai. Btw, make sure text and image korang dalam line hijau tu ye. (\^_^/) Very user friendly. You guys boleh pilih font, font size, and colour yang sesuai. Just make sure everything is within the safety lines. 

Final. Click "done" bila puas hati dengan design uols. Proceed to "check out" if you have done shopping. 

Simple sangat... ! No special skills needed or required when using the designed tool. With printcious.com everyone can design their own gift.. =P Eh macam tagline "everyone can fly" la pulak. Hihih... Berminat.? Kindly check out their website. Printcious.com and Facebook . Kita pun boleh fefeeling designer jadian kejap. Aku suka benda benda DIY ni. Sebab tu mini pelamin & hantaran masa bertunang kita DIY saja. So, lepas ni tak perlu pening pening sampai berkerut muka bila nak beli hadiah. Ohye buat  parents yang anak uols da sekolah, boleh la prepare untuk hadiah Hari Guru 16 Mei nanti. Bernas tak idea iols.? *kelip kelip mata* 

Thanks reading!  (^^,)



OhMissWhatEver__said :  Nak design casing phone sendirik niii....! Serius casing phone printcious.com cecantik sangat. =)






Wednesday, February 17, 2016

~ Restoran A.Hassan Ayam Kampung ~

Assalammualaikum.

Salam sore uols. Da lunch..? (^^,) Oleh kerana sekarang ni waktu tengahari.. Sis rasa teruja nak update tentang tempat makan. Kot la uols belum luncheon lagi, boleh la terjah restoran A.Hassan Ayam Kampung di Velodrome Cheras. Alaaa yang dekat tapak downtown cheras tu, landmark Hospital Rehabilitasi Cheras & PPUKM. Zaman belajar dulu selalu la jugak ronda dowtown cheras. Tak sangka tempat berlibur dulu dulu ni la jadi tempat menyewa sekarang ni. Haih, bila rumah dengan downtown cheras sejengkal ni tak de pulak rasa nak pergi downtown selalu. Maklum laa balik keje da letih, lepak depan tv ada pekdah nya. Tu pun kalau sempat lepak la... kadang kadang lepas isyak da menganga. Hewhew... 

Berbalik pada matlamat asal, first time aku makan dekat sini sebab bos belanja... Aku ni baby petroleum engineering (baby sangaaat) haha.. Jadi tak sempat nak berkenalan satu department lagi. Dan paling best bos yang belanja pun aku tak kenal. Haruu betei masa tu... Tapi paling tak boleh blah bos kena kan aku " Aina syarat aku senang je, kau nak makan apa makan.. tapi kalau tak habis bayar semua "  Ketaq lutut aku. Da la aku jenis makan tak habis. Tank kecik =P 

Ini lah dia restoran ayam kampung Velodrom

Semua menu akak akak n bos la yang order. Aku order air je. Oh btw air Durian Belanda thorbaik.! Menu utama yang pemes amos sudah tentu nya Ayam kampung. Ikan bakar nya pun best. Lauk pauk lain contoh macam ayam kari, kari kepala ikan, daging salai masak lemak, kupang dan sebagai nya semau memang sedap. Jom layaan antara lauk pauk yang meriah dekat sini. Confirm terangkat selera uols.

Ayam percik, Sambal sotong besar penumbuk dan Kari ikan

Ulam ulaman, banyak lagi jenis.

Telur masin dan daging salai masak lomak.

Lala masak lomak.. Ni la dia antara menu yang hadooo.. 

Ni baru sikit guys. Sis takut lagi banyak gambar lagi meleleh air liur kang. Huhuhu.. Kalau entry ni mengganggu para ibu mengandung sis mintak maaf. Sekadar nak share tempat makan sedap yo ni. Highly recommended. Keluaran bumiputra insyaallah bersih. Hehehe... kalau ada yang mengidam sila lah terjah Restoran A Hassan Ayam Kampung ni. Sejak tau tempat ni dekat dengan rumah, selalu je ajak En. Tunang lunch masa weekend. Tempat peberet gituu. 

Paling terbaik. Ayam kampung. Masih panas lagi uols! *pinjam gambar google

Sekian sahaja progran JJCM hari ini. (^__^) Jumpa di next entry wokeh. Sis serta kan alamat dan jugak koordinat GPS. Jangan memalu.. hihi

Alamat ;

 Dataran Velodrom, Jalan Yaacob Latif, 
Bandar Tun Razak, Cheras 
56000 Kuala Lumpur.

E 101 degree 43' 46.33"
N 03 degree 6' 33.7"


Thanks reading!



OhMissWhatEver__said : May Allah ease everything. Lega En Tunang da jumpa rumah (^_^)






Friday, February 12, 2016

~ Saving ikut Warna : Simpanan Hijau ~

Assalammualaikum...


Aku sangat tak percaya Skim Cepat Kaya atau program MLM. Bak kata ayah aku, tak ada makna nya orang nak bagi duit suka suka atau dengan mudah. Nipuuu je tu semua. Pelbagai cara yang boleh kita buat untuk simpanan masa depan. Antara yang perlu ada, akaun pelaburan paling paling pun ASB dan Tabung Haji.. Dividen tabung haji untuk tahun ni 8% (x silap).. Sis tak update lagi untuk tabung haji. Uols jangan lupa update ye. (^^,)

Selain akaun pelaburan, TREND saving ikut warna duit. Menarik kan.? Aku pun terjebak sama. Hahaha. Simpanan Hijau, simpanan Merah dan simpanan Oren tidak asing lagi. Ni cheq habaq sikit noooh. Saving ikut warna duit ni memerlukan kekentalan dan disiplin yang tinggi, wajib qada' double kalau terpakai.. Aku memulakan saving simpanan hijau a.k.a simpan duit Rm 5 bulan 11 tahun 2014. Kenapa hijau.? Semangat cintakan alam sekitar kuat sangat agaknya. Hijau melambangkan pokok, pokok sumber oksigen. Kahkah... Boleh tahan sains tak ayat hakak..? 


Simpanan hijoo saiaaa...

Hasil terkumpul sepanjang November 2014 - Januari 2016 adalah lebih kurang 1.5K. Separuh da di lebur dalam ASB. (^^,). Guys, bukan tujuan nak riak ke apa ke. Mohon #jangankencamsaya... Sekadar berkongsi minat, berkongsi tips saving, and  share a good deeds =).  At least if terdesak kita ada sumber nak korek. Hehehe... Untuk syiling aku kumpul 50 sen & 20 sen. Once korang start kumpul ikut warna ni, uols rasa gian pulak.. Hahaha Kadang kadang aku saja pecah duit 10 hinggit, pecah 50 hinggit bila beli makan. Sebab nak dapat duit Hijoo. 

First, set warna apa yang korang suka untuk simpan. Second, dapat je duit tu.. Cepat cepat asing or bawak keluar dari wallet. Macam aku cepat cepat keluar kan n masuk box khas. Huhuhu.. Third, set kan tempat simpan khas dan tulis la tabung tersebut untuk tujuan apa contoh untuk kahwin, travel, makan, shopping, emergency, service kereta etc etc. Macam aku, target simpanan hijau ni untuk travel/kereta/emergency. Buat masa sekarang ni tak usik lagi. Jadi kita kumpul dulu sampai menggunung. Kikiki..

Macam adik aku dia buat simpanan hijau & simpanan oren. Respect bak ang. Dia lagi disiplin dari aku. Hihihi. Biasa lah, lelaki lebih jimat dari perempuan kan. (~_^) Oh, btw.. Cara uols saving macam mana..? Meh share sikit.!




OhMissWhatEver__said : Saving a small amount soon builds up to a large amount...Kindly try, trust me it's worth it. (^_^)