Saturday, January 28, 2012

~Aduhai TemanKu~

Assalammualaikum....


Nothing precious than friendship..The best quotes can i describe about Friendship.. Aku bersyukur kerana takdir menemukan aku dengan kawan-kawan yang betul pada jalannya. Aku tak maksudkan kitorang ni perfect. Readers, kawan boleh memacu kita ke arah kejayaan...dan juga boleh menghancurkan kita dalam sekelip mata. Think wisely. Family first and friends come second behind us. 

Bila teman mu di miliki, bukan perasaan cemburu yang sepatutnya menguasai diri. Sebetul-betul nya kawan akan mendoakan kejayaan, kesejahteraan dan kebahagiaan kawan-kawan nya... yup, betul..! Tetapi, ingat lah kawan.. cinta-cinta juga, pelajaran atau pekerjaan jangan ditolak tepi....kawan-kawan pula jangan di abaikan. Ini bukan satu doa. Tapi ini adalah peringatan... Seandainya berlaku perpisahan, orang pertama yang akan dicari adalah kawan. Biasanya bila di ulit kesenangan dan kegembiraan, kawan-kawan akan dilupakan..bila kesusahan dan masalah melanda masa tu terkapai-kapai mencari tongkat untuk berdiri, mencari teman yang boleh memberi nasihat dan kekuatan...(^^,)

Power sangat kah penangan sang kekasih..? kenapa bila dengan kawan 1001 alasan tercipta. (O____O). Tetapi kenapa dengan bf/gf lautan api pun sanggup kau redah..? Jika terpaksa memilih satu antara dua sama ada kawan atau kekasih siapa yang akan korang pilih...? Memilih kekasih berbanding kawan walaupun berkasih baru setahun jagung....atau pun memilih kawan yang sama-sama harungi susah dan senang..? Rumit bila keadaan memaksa manusia untuk membuat pilihan.... Sekiranya bf/gf u olls betul-betul sayang korang, dia akan terima dan hormat segala keputusan yang u olls buat. Tak kira la keputusan itu memihak pada si dia atapun kawan.. (~_____~)

Tapi macam mana kalau dapat kawan yang penting kan bf/gf dia..? ehem~! itu bergantung pada tahap kesabaran dan keboleh terimaan seseorang. Tahap kesabaran manusia ni lain-lain... Awal-awal mungkin aku boleh terima...kalau bertambah melarat, kita cuba cucuk-cucuk dengan kata-kata hikmah berbentuk nasihat..if tak makan saman jugak..mungkin aku akan protes...akhir sekali aku akan cakap..lantaaaaaaakk kau laa! Bila aku da me-lantak-kan orang tersebut, maka nya secara rasmi aku da tak nak amek port tentang dia.

Tak semua perkara mampu di luahkan dengan kata-kata. Kalau kita da kenal lama, confirm da boleh faham body language diorang kan. Macam dalam keadaan bengang... marah.. gembira... duka... kecewa and what else.. susah-susah confront terus. Macam member-member yang kenal aku...bila muka aku merah (ala-ala model revlon) makna nya aku dalam keadaan marah...dalam keadaan bengang...bila aku dalam situasi itu diorang takkan tegur aku. Sebab, aku perlu kan masa untuk cool down. (^____^). Dalam keadaan marah, elok lah kita berdiam diri. Bila marah wa cepat sejuuuuuk woooo!


" If you ever find yourself stuck in the middle of the sea, i'll sail the world to find you, you can count on me like 1,2,3 and i'll be there...."
~..Bruno Mars..~

OhMissWhatEver__said :  A true friend is one who overlooks your failure and tolerates your success~!


Thursday, January 26, 2012

~Isu Baucar Buku 1 Malaysia~

Assalammualaikum.....

Selamat petang semua..(^^,) wish kalian sihat-sihat hendaknya. Beberapa hari ni aku mendiamkan diri bukan bermakna aku pergi melantak limau secara sakan sampai pengsan. Dok laaa.! Nak kata pergi rumah terbuka dekat Penang Times Square pun tak juga.. Diam merehatkan minda...membantai movie, membaca novel 7 Hari MencintaiKu yang tebal teramat karya Siti Rosmizah (SR). Novel ni super ohsem dude!.

Sejak dua menjak ni, isu baucar memang hangat diperkatakan... i admit, setiap orang ada pandangan peribadi masing-masing. As a student i have my own side of view... Sorry to say kepada yang merasa pedas nya. Perlakuan sesetengah pelajar yang sanggup menggadai, menjual mahupun melelong baucar itu memang satu tindakan refleks yang tak bertanggungjawab. Senang cita, kau tak tahu bersyukur la! Der, orang bagi baucar tuu untuk ringan kan bebanan kewangan kau. 

Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga, tindakan golongan yang tak bertanggungjawab sedikit sebanyak mencalarkan imej pelajar lain yang turut mendapat tempiasnya. Kau merungut-rungut ptptn tak cukup..yuran melambung tinggi.. nak sara hidup pun sampai berikat perut.. tapi bila dapat bantuan kenapa tak hargai...?? Oh well...manusia kan. Jangan salah gunakan apa yang kita terima ni kawan. Apa yang kita buat sekarang, generasi adik-adik kau, generasi akan datang juga yang merasa bahana nya. Cuba kita ikut logik algoritma.. ikut rasional bukan keuntungan semata.. 

Hidup biarlah berlandas kan etika dan tanggunggjawab... dari menyalah gunakan benda tu, apa kata kau beli alat tulis se-kodi sekurang-kurang nya cukup sampai kau grad. Tak pun, kau faraid kan kat adik-adik ke, kat kawan-kawan yang susah ke.. sekurang-kurang nya kau da buat amal jariah dari melanggar syarat dan peraturan. Secara tak langsung juga, da terselamat dari tindakan undang-undang kementerian pengajian tinggi...kannn.?


OhMissWhatEver__said: Benar lah kata orang...kerana duit manusia gelap mata...


Saturday, January 21, 2012

~MemaNg Power....!~

Assalammualaikum...



Penyanyi asal lagu ni ialah Katy Perry...
Tajuk Lagu : The One That Go Away
Paduan suara Tiffany Alvord dan Chester See membuatkan lagu ni ada aura tersendiri, sangat superb...
Tak percaya..? Cer-dengar..! (^____^)


OhMissWhatEver__said : No wonder laa roomate i suka gila dengar lagu ni.. (^^,). Wa pun da berjangkit minat dia. Huhuhuhu...