Thursday, December 27, 2012

~ FINAL EXAM ( >.< )...!! ~

Assalammualaikum....

Hye hensem, hye gorgeous.! (^__^) Apa khabar iman dan hati hari ini.? Makin bertambah atau berkurang..? Apa pun, semoga iman kita dalam keadaan yang terjaga.  Dan hati kita sentiasa dalam keadaan bersih. Suci dari hasad dengki. AMIN. Maaf lah lama tak update. Busy yang amat. Alhamdulillah, selama beberapa hari di rumah, i'm feel much beter. Fulfill my energy and adsorb the spirit as much as i can. Thanks mum. 

Okay... pada 15 Disember yang lepas, kolej telah mengadakan Dinner untuk meraikan pelajar-pelajar tahun akhir. Walaupun meraikan pelajar tahun akhir, kami selaku warga kolej turut di jemput bagi memeriahkan lagi suasana. Dinner kolej diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson. Jauh tak..? Jauh jugak laa dari upm. Huhu.. Dinner kolej ini merupakan event terakhir atau penutup majlis bagi semester ini. Maka secara rasmi nya ia menanda kan FINAL EXAM semakin tiba. Awak yang nak final tuu.... Da ready ke belum.? Hah awak laaaa!! (^^,)

Di kesematan ini, aku nak ucapkan selamat menduduki Final Exam buat rakan seperjuangan. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Usaha, doa dan tawakal perlu seiring... wish u ...

GOOD LUCK 
ALL THE BEST GENG~!!
(^______^)

Last but not least... doakan yang terbaik buat diriku. Okay, buat pengubat rindu *eceh* nak letak gambar ni.... InsyaAllah final exam aku akan bermula pada 3 Januari dan berakhir pada 9 Januari. Buat mereka yang bakal menghadapi peperiksaan besar ni, jaga kesihatan... Jangan tidur lambat. Jaga makan. Ingat tau! Ni la nasihat ayah aku before balik aritu.. So, sharing is caring rite. (^__^)

The Red Carpet....

That's all peep's! Happy reading.. Happy viewing.. Happy blogwalking..
Good Night and Sweet dream~! 


OhMissWhatEver__said : Never underestimate the power of friendship.... Yes.! Thanks for walking behind me.. U always be there when i needed. Thanks.. (^__^)



Wednesday, December 19, 2012

~ BigBad Wolf 2012 ~

Assalammualaikum.....

Olla peep's... How are u..? Seems i didn't update for ten days... looks like, too much story that i want to split it out. Hehehe.. But, don't have enough time to story mory u olls. Next time InsyaAllah. (^^,) Okay. Rasa nya semua orang tahu bermula 7/12 hingga 23/12/2012 satu jualan buku besar-besaran sedang di langsung kan di MIECC a.k.a Mines International Exhibition & Convention Centre. Sempat lagi nak pergi ye ibuk-ibuk, bapak-bapak, kakak abang semua...



Apa best nya Big Bad Wolf ni...? 

Apa best nya..? eh best la syurga buku! Ye, banyak buku dari pelbagai genre. Semua stok-stok overseas u olls. Kalau cari dekat MPH, Popular, Kinokuniya (antara kedai buku peberet den) dan lain-lain.. for sure buku tersebut berharga RM 35 and above. Tapi dekat BBW kita boleh dapat dengan harga serendah 8 hengget saja. Berbaloi kan..?!! Golongan yang da kerja memang masyuk laa.. semua bayar pakai kad kredit je. Huhuhu...pahtu siap bawak beg cenggini lagi noks....




Besar tak besar la kan.. isi aku pun muat dalam ni. Hehehe. Last year aku pergi juga.. Masa tu BBW ni buat dekat MAEPS. Aku lebih prefer buat dekat MAEPS dari MIECC. Dah la payah parking... aiyoo. =.= Bagi aku, buku last year lagi banyak berbanding tahun ni. Banyak novel yang aku nak cari tapi takde. Antara nya Eclipse. Baru nak lengkap kan koleksi Twilight.... Tapi takde, takpe laa.

Her Books....

Then, novel Cecelia Ahern. Adore her damn much!! Tapi yang jumpa cuma The Gift je. 3 kali aku pergi BBW semata nak cari novel Cecelia Ahern. Last sekali, pergi sebab nak cari hadiah untuk adik bongsu aku.. Tiba-tiba pulak jumpa novel Girls in The Mirror. Betul la myfir kata. Benda yang kita cari memang susah nak jumpa. Cuba tak cari, alih-alih ada saja depan mata.... (^___^) Yang mana tak dapat cari, nanti aku serbu Kinokuniya. Baucer 1 Malaysia kan ada. Tunggu bulan Januari okay.

Sapa yang pergi BBW...? cer update sikit.. korang beli buku apa..? best tak..? Okay. that's all.. Gudnite readers. Sweet dream....



OhMissWhatEver__said : The most i want... PS I love You and When Rainbows End.!!





Sunday, December 9, 2012

~ Durian Crepe ~

Assalammualaikum....

Hye reader's... Okay, hari Jumaat lepas tengok Viva Presentation a.k.a Final Year Project presentation. Agak cuak di sini. Credit hour untuk fyp ni besar, jadi memang kena buat betul-betul. Kalau tak, drack pointer nanti. Next year turn kitorang pulak. So, penilai terdiri dari pada dua orang panel. Sorang lecturer dari fakulti, dan sorang lagi panel jemputan Prof Kim dari Korea.  Dengar cerita kontrak Prof Kim sebagai panel jemputan da tamat. Jadi tak tahu la sapa panel jemputan kitorang nanti. Dulu masa diploma, baru bentang proposal da kena bantai kaw-kaw. Nightmare seyh~! huhu.. Nasib baik la dapat supervisor baik. Dapat markah pun baek punya.(^^,) Apa pun congratulation to all senior. Untung laaa da lepas Viva!.  hehehe...

Eh~! Ter-panjang pulak intro kita hari ni. Back to our topic. So, sekarang ni Durian Crepe tengah trendy heh..? Tapi serius Durian Crepe ni memang sedaaaaaap..~!! Huhuhu... Aku pun tak nak kalah kan. Nak jugak post pasal Durian Crepe. Ngeh ngeh ngeh... (^^,)  Jom jamu mata.

Makan time sejuk memang super duper delicious... 

Durian crepe ni, macam kulit roti jala aku tengok. Hehehe. Beza nya dia tak da jala je.. ^^. Luaran tengok macam biasa. Istimewa nya, durian crepe ni ber-intikan durian dan whipping cream.  So, bila makan masa sejuk. Memang yummmmmyyy~!! Aku beli dekat MAHA 2012. Murah lah berbanding beli dekat luar. 6 keping RM 8. Murah kan..!

Isi dalam.. Durian & whipping cream.....

Kesimpulannya, peh peh peh.. macam ayat karangan pulok dah! Hahaha. Sumpah sedap. Kreatif. Siapa la yang cipta Durian Crepe ni. Mohon kita berkenalan. Eh~! =P.  Bagi aku, durian crepe ni takde la muak sangat. Sedang-sedang aje rasa durian nya. So, should try bebeh..

Bon appetite....! Muka bahagia bila jumpa duyan crepe.. hehehe... 

Okay, that's all peep! Oh ho, before i forgot.. Tahniah Harimau Malaya. Nice game. Kedudukan terikat seri 1-1 dengan Thailand. Walaupun banyak peluang untuk gol. Tapi takde rezeki kan. HM perlu bekerja keras di Thailand nanti. All the Best~! Nasib baik aku x tengok dekat stadium.. Kalau masuk stadium, confirm hilang suara aku. Keluar suara jantan mak taaau. Kahkahkah. Gudnite! 



OhMissWhatEver__said :  Selasa cuti.. yeah~!! hehe. Selamat bercuti kepada warga Selangor... Jumpa di BigBad Wolf nanti. Eh. (^___^)




Monday, December 3, 2012

~ Twilight Breaking Dawn Part 2 ~

Assalammualaikum......

Happy December beloved reader's and viewer's! Okay, just want to spread a short message or just a simple entry *i wish* hehehe... (^^,)  Eh! Last Friday, aku  pergi The Mines. Kan da bagi tau u olls kan, aku nak tengok Twilight.. Eceh.! U olls ingat x.? ingat x..? Hah. So, if i'm not wrong.. if la kan. Rasa macam ada terserempak dengan Maria Elena lorh...!! Tak sempat pun nak tegur. Coz masa tengahari Jumaat tu, ramai gila orang kerja menyerbu The Mines. Semua tempat makan penuh.. Okay! She's simple, tall and cun laaa. Hehehe (^^,)


Okay, berbalik pada tajuk entry hari ni.. U ooooollls sumpah superb, the best, awesome gila-gila-gila cerita ni..~!! That's why i love November, banyak cerita best. Eh~! hehehe.. Last week, memang jiwa aku memberontak tau, so jelly bila korang gebang dekat blog, cakap pasal twilight. Ada kesempatan aku nak masuk lagi buat kali ke-dua. Memang tak rugi.. Meh layan scene dalam twilight.. 

Mencari mangsaaa.... Haish, Edward Cullen aku ni asik nak berkepit jee.. eh! =P

Okay, part ni menarik juga.. di mana Bella Swan sudah bertukar jadi Vampire dapat kawal nafsu dia dari hisap darah manusia. Ahli keluarga Cullen, kagum dengan Bella ni. Sebab, even vampire yang lama pun masih gagal lagi kawal nafsu untuk hisap darah manusia.... well, gud job Bella! hehehe..

Ehem~! Renesmee.. Jacob soulmate... 

Bila Serigala dan Vampire bergabung...... Jacob yang setia di sisi Renesmee..

Detik cemas. Apabila Volturi bertarung dengan kumpulan Vampire + Serigala.. Part ni sedih. Ramai yang mati. Kiranya diorg betul-betul berjuang. Dan serious, ingat kan pertarungan ni betul-betul. Coz, dalam novel lain. Rupa-rupanya, Aroy tengok future melalui Alice.. Sekiranya Volturi tidak berundur, Aroy akan mati di tangan Bella Swan. Nasib baik berundur... hehehe.. Puak Vampire ni pun da sediakan back up plan untuk Renesmee dan Jacob. Apa plan nya..? hah tengok laaa.. Kat sini aku boleh cerita 10 % je tau. hehehe.. ^^

Finally, Happy Ending... 

Beautiful and Precious Bella... (^^,)


OhMissWhatEver__said :  Alhamdulillah, da berjaya daftar kursus untuk sem depan... Next movie, Katherina mybe! (^^,)


Friday, November 30, 2012

~ Life.. Health and Test ~


Assalammualaikum...

Hye dude, hye babe..! U olls sihat kah..? Hopefully semua nya sihat wal-afiat. So, sepanjang mode silent aku di alam maya ni, banyak perkara yang terjadi. Banyak juga okay.! 2 minggu ni fokus aku pada test sahaja. Sebab tu la orang lain da sepuluh kali pergi MAHA 2012, aku baru terkedek-kedek nak pergi. (>_<). Pada hal MAHA sebelah upm je. huhuhuhu... Settle test baru boleh enjoy yedak. Baru tenang nak berjimba. 

Test. Okay, bercerita tentang test aku so far Alhamdulillah. Sepatutnya hanya ada satu paper untuk next week. Tu pun di sebabkan prof aku pergi Jepun. So, terpaksa la extend test untuk subjek dia. Isnin lepas, we have done our GIS test. Agak susah la bagi orang ber IQ normal macam aku ni. Tiba-tiba Selasa petang masa lab GIS Dr. F buat announcement dengan muka yang agak serius.....

"Okay class, saya ada berita yang mendukacitakan.... Isnin depan kita akan buat Re-Test pada masa yang sama.. Soalan semua subjektif. Only short or long answer.. No objective.."


Eh korang faham tak perasaan orang yang kena re-test ni macam mana..? penat test semalam pun tak hilang lagi tau. Sekali kena re-test~! peh.. agak bengang di sini. Kitorang kena re-test sebab ada makhluk dari planet mana entah, hantar emel dekat Dr.F dan bagitahu ada soalan test bocor. WTFish. If betul ada soalan bocor, aku yang tak dapat soalan bocor ni relax je. Huh, stress je kan. On the side of devil, memang rasa nak debik je sapa yang buat keje ni. But on the side of angle, ermmmm tak pe lah maybe markah re-test ni akan lebih cemerlang dari test ari tu. Hah nampak tak konflik dalaman dia..? Huhuhuhu. Apa pun, kami semua redha saja. Aku pun tak tahu sapa punya keja. Coz, dalam class aku ni 1 Malaysia. Karang cerita lebih-lebih boleh mencetuskan isu perkauman pulak. Apa pun, kuasa terletak di tangan lecturer. Kita ikut kan aje laa.. 

Health. Selesai isu test.. Lega bila perasaan yang berbuku itu terluah akhirnya. Alhamdulillah. Mengenai kesihatan pulak. Lately ni aku memang busy. Sampai tak sedar, yang aku kekurangan gula dalam darah. Huhuhu... Patut lah aku rasa macam nak pitam sampai tak boleh nak drive, pening, penat yang luar biasa. Even aku da tidur pun, still penat. Da la jadi masa minggu test. Nak study pun tak larat. Tapi bernasib baik juga sebab aku da start review note dari minggu lepas. Untung juga study awal-awal ni. Sebab kita tak tahu apa akan berlaku hari esok, lusa dan macam kes aku ni.. Bab-bab kesihatan, memang aku risau banyak. Huhuhu... sakit sikit-sikit tu u olls pergi lah check okay. In case apa-apa hal, mungkin masih mampu di cegah pada peringkat awal...

Jadi, itu lah sedikit sebanyak perkembangan life aku, tentang kesihatan aku. InsyaALLAH nanti aku balas jejak u olls k. Bagi cek lepaskan test dulu naaa. Selagi mampu buat yang terbaik kita berjuang habis-habisan.. betoi tak..? ^^ That's all.

Thanks reading and Happy blogging...! Gudnite.. (^^,)



OhMissWhatEver__said : Terima kasih kepada mereka yang tak putus-putus memberi sokongan dan mendoakan kejayaan buat diri ini. InysaAllah, i do my best.~!


Saturday, November 24, 2012

~ LoVe is Infinity ~

Assalammualaikum...

Hello dearies~! First of all, thank you so much to all of u who's wish my Birthday... Tenkiu, tenkiu. Hehehe. terasa supermodel pulak, pemes amous seharian u olls bila I pergi Fakulti semua wish....

"aiNa happy besday.... "
"Dear, Happy Besday...."
"Besday akak ye hari ni.. Selamat hari jadi...."
"Besday aiNa ea hari ni..Patutlah berseri-seri...." *malu mak tauuuu*

Okay, terasa macam retis i uolls.~! Hewhewhehw.. =P Well, sejak umur menginjak ke alam veteran ni... aku cuba untuk memperbaiki diri, mohon banyakkan bersabar walaupun aku memang seorang yang penyabar ^^, increase level rational and professional, dan semoga ALLAH tetapkan iman buat diri ini.. AMIN. Aku banyak muhasabah diri sempena dengan hari aku menerjah bumi. hehehe.. Yela kita kena sedar semakin meningkat usia semakin dekat kematian itu. Yedak..? Apa pun, semoga penghijrahan dalam diri ini akan berterusan. InsyaALLAH. Azam tu tahuk..! (^^,)


Haish, panjang pulak mukadimah aku kali ni kaaaannn.. hehehe. Okay, love is infinity because we can't count love right....? but we can feel it. This strange feeling comes deeply inside our Heart. So guys, clash/break tu resam dalam sesuatu hubungan. Hubungan mana yang tidak di lambung ombak.. cer-cita..? Kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Ada faham..? Apa yang aku boleh cakap... We may love the wrong person, cry for the wrong person but one thing is for sure, mistakes help us find the right person..... Kepada wanita di luar sana yang sedang berduka lara.... please  make up your mind. =) Life is too short to be depress and unhappy. 


Wanita saya faham perasaan anda bila putus cinta, ia memang sesuatu yang menyakitkan. Kerana pastinya cinta nya itu sepenuh hati. Tetapi, perlu di ingat sebenarnya ALLAH sayangkan diri kita. DIA nak yang terbaik, yang mampu menjadi IMAM kita, yang mampu menggalas tanggungjawab untuk MEMIMPIN kita, yang mampu menjadi AYAH yang terbaik buat anak-anak kita kelak. Jadi biarlah perasaan sayang dan cinta itu di tarik saat si Dia bukan sesiapa buat kita, sebab ALLAH nak selamatkan kita dari menggegarkan tiang Arash......


Jadi bersabarlah wahai hati wanita di luar sana yang sedang berduka... ALLAH pasti ada rancangan yang terbaik untuk kamu semua... InsyaALLAH. Sesungguhnya wanita ciptaan ALLAH yang paling indah.. (^___^) Dah tamo sesedih lagi awak-awak sekalian, Senyum sikit~! Kuatkan semangat, cekal kan hati dan tetapkan iman.... insyaALLAH semuanya mampu di atasi.


Incik V... bila anda nak bertukar jadi Mazda 2.... huhuhu... =P


That's all peeps~! Good Night...

Tangan yang mengayun buaian, mampu menggongcang dunia...
(^^,)



OhMissWhatEver__said :  Lepas test nak pergi MAHA 2012, Movie marathon Twilight : Breaking Dawn part II and Lagenda Budak Setan 2...~!  ada 2 tiket TGV free.. 



Wednesday, November 21, 2012

~ Silence Day of Wednesday ~

Assalammualaikum....



v
v
v
v
v

(\^____________________^/)

An ice-cream cake cheer up my day...
Thanks (^^,) ~!


OhMissWhatEver__said : Happy Birthday to ME...~!!! (^^,)  Thanks for the all lovely wishes dearies friend. I'm turning 23 y/o... and i feel great. May ALLAH Bless. Amin.



Saturday, November 17, 2012

~ Simple Pavlova ~

Assalammualaikum....

Hello beautiful, Hello handsome boy's and girl's~! Habis sudaaa cuti mid-sem aku. Siyes tak puas. Rasa taknak balik U je. Boleh cenggitu..? huhuhu. Tanggungjawab tetap tanggungjawab rite. So, suka atau tak we need to carry on. Previous entry aku ada cakap tentang projek mega rite..? Hah ni la projek mega aku. Making PAVLOVA... Buat dia tak la sesusah mana. Bila da minat kan. Apa pun boleh. Hewhewhew... (^^,) Apa pun, thanks to my parents and siblings and my cousin. Walau pun komen nak ala-ala chef Jo. hahaha Tapi semua cakap... 

Sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapppp...~!!
*shy-shy kitty * 

Amaran keras~! Sila take note. Pavlova sangat lah tidak sesuai bagi mereka yang menghidap kencing manis. Rasa nya memang sangat manis. Tapi antara Pavlova dengan Macaroons, manis lagi Macaroons. Jadi, untuk seimbang kan rasa manis dalam pavlova, aku sarankan u olls guna buah-buahan yang masam. So, baru kena masam lawan nya manis.!! Tuu aku punya combination la. Tapi lain orang lain cita rasa. Kalau u olls rasa nak letak buah-buahan lain pun tarahal punya.

From the upside view... (^^,)

Makan sekali sekala takpe.. makan selalu, takut kena potong kaki jee... 

Bahan asas Pavlova hanya putih telur, gula castor, cuka dan esen vanila. See..see, buat pavlova hanya perlukan putih telur sahaha. So opkos kurang kolestrol kan.. Namun begitu *keluar ayat karangan pulok daa* kandungan gula nya tinggi. Jadi rasanya harusla sangat manis. ^^ Sama jugak macam Macaroons. Okay, rasa pavlova ni ala-ala marshmallow~! Tapi pavlova lagi sedap. Siyes i tak tipu. Kalau beli dekat luar, harga nya quite expensive uolls. It's better do it by ur self. Puas hati dan lebih ekonomi...  

Aku cakap terus terang, kalau di beri pilihan masak lauk pauk dengan buat kek, cookies, muffin and etc.. aku lebih rela buat kek.. tak pun buat cookies.! yeeeha. Sebab minat aku lebih cenderung ke arah bakery. Agak-agak boleh tak bukak kedai eh nanti..? Pastu letak nama kedai aku.. Aina's Coffee & Cake House. Pergggghh..! Tengok.. tengok. Fikiran aku da melayang-layang bagai layang-layang terputus tali nya. Eh! Hehehe..

So u olls yang berminat untuk buat Pavlova boleh la mencuba... Tapi acana nak buat..? Okay, di sini aku attached sekali resipi Pavlova. Bdw, aku dapat resipi ni dari seorang blogger jugak.. one of my Bestie. Miss Bluewendy. *sila terjah beliau, maceh* (^^,)

Pavlova

Bahan-bahan Asas
4 biji telur putih
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan topping :
250 ml whipping cream

Hiasan : depend on your favor. (^^,)

Cara-Cara
  • Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dengan kadar kepanasan 140 darjah celcius. Guna api bawah.
  • Bila nak start masak baru turunkan suhu antara antara 120-100 darjah celcius. (110 degree recommended)
  • Mula-mula, asingkan dulu putih telur dengan kuning telur. Amek putih telur sahaja.
  • Kemudian, putar putih telur pada kelajuan yang tinggi dan pukul sampai putih telur gebu. (nak tahu soft peaks ke tak, bila korang telungkup kan mangkuk tu, putih telur takkan jatuh.)
  • Langkah seterusnya, dengan kelajuan tinggi juga, masukkan gula kastor sedikir demi sedikit. Jangan berhenti putar okay. Sambil masuk gula, sambil putar. Putar biar rata.
  • Putar sampai kental, dan dalam keadaan mixer masih berputar masukkan 1 sudu besar tepung jagung tadi ke dalam adunan. Putar 3 minit. Hasil adunan atau lebih di kenali dengan "meringue"
  • Gunakan sudu teh, masukkan cuka dan esen vanila tadi. Pastikan kaup balik meringue tersebut hingga adunan sebati. Kaup perlahan dan pusing satu arah sahaja.
  • Seterusnya, sediakan dulang pembakar, lapikkan dengan kertas minyak dan tuang adunan tadi ke atas nya.
  • Make sure, bentuk adunan tidak terlalu nipis dan jangan terlalu tebal. Bakar selama 1 jam 15 minit. (bergantung pada jenis oven jugak)
  • Bila da cukup 1 jam 15 minit, jangan keluarkan pavlova dari oven. Biar sejuk sekejap dalam oven dengan keadaan pintu oven sedikit renggang bagi elakkan pavlova merekah.


Topping : Putar whipping cream dengan kelajuan tinggi. Putar sehingga kental. Topping kan krim di atas Pavlova dan hiaslah dengan buah-buahan kegemaran u olls.

That's all readers... Selamat Mencuba~!! (^_____^)


OhMissWhatEver__said :  What a supprised day~!..... Tenkiu for the Ice-Cream Cake.! I'm lovin it. Gudnite peeps.



Thursday, November 15, 2012

~ Movie : Istanbul Aku Datang ~

Assalammualaikum....

Hello everyOne~! Okay.. semalam aku bawak cousin aku tengok wayang. 3 minggu cousin aku ada dekat sini so sebagai sepupu yang mithali hewhewhew.. haruslah aku meng-enjoy kan dia sebelum balik ke Johor. Dia da balik pun tadi. Klimaks nya, semalam aku bawak dia tengok wayang dan shopping. Okeh full stop! Eh, lama dowh aku tak tengok wayang. Sejak-sejak busy ni.... huhu. 

So hampir seminggu aku cuti, seminggu jugak aku tak lekat dekat rumah. Mak aku memang tunggu aku balik untuk ajak jalan. Saje je tau. Mak tau x, anak mak ni ada test naik cuti.! Huhuhu. So, esok aku balik KL. Duduk rumah memang tak belajau la haku.. Xpe, study bia lepak.. result bia cool. teheee. Actually, kitorang memang da aim cerita Skyfall dan Istanbul Aku Datang. Atas faktor masa, kitorang pilih Istanbul Aku Datang. Agak rushing jugak keluar semalam. Sebab, aku nak balik buat project mega pulak..!! *bakal update project itu.. tunggu!*  (^^,) 


Ini dia pelakon utama... Beto, Lisa dan Tomok.~!

Guys, cerita ni memang ohsem gila bapak. Hahaha, bayangkan cana tu..? Memang tak rugi tengok. 5 hari tayangan kutipan nya da mencecah 1 juta. Syabas Bernard. Comel je Lisa dalam cerita ni. I loike u Dian~! Cerita ini memang kelakar.. Memang enjoy. Aku tak suka tengok cerita seram a.k.a cerita hantu dekat panggung. Merugi kan dan rasa stress je tengok cerita yang menakutkan ni. huhu. Baik la aku tengok cerita yang happening. Bantai gelak dalam wayang. Keluar wayang relax sikit otak aku. (^____^) Korang suka tengok cerita seram kah..? 

I adore her.. damn much~! 

*owh, tipu sunat ye... aku sunnnnnat kan kau sekali lagi baru tau* - by Dian huhuhu ^^

Siapa BF Lisa sebenarnya......? =P

Sinopsis

        Dian (Lisa) merupakan seorang blogger, gadis yang periang dan manja, . Keinginannya cuma satu, untuk berkahwin dengan teman lelaki nya Azad (Tomok). Azad, sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul dalam jangka masa 6 tahun. Tempoh itu terlalu lama. Dian berazam untuk ke Istanbul dan menunggu lamaran perkahwinan dari Azad. Malang sekali, kehadiran di Istanbul di sambut hambar oleh Azad. Azad risau, kehadiran Dian akan menganggu tumpuan nya. Azad juga keberatan untuk menumpang kan Dian di rumah nya yang dikongsi bersama lagi 2 orang kawan nya. 

           Dian terpaksa mencari rumah lain. Malangnya, Dian telah di tipu setelah dia membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihan nya. Rumah tersebut rupa nya telah di duduki oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris (Beto). Oleh kerana tuan rumah sebenar, sedang bercuti, terpaksa lah mereka tinggal sebumbung untuk sementara. Dari hari pertama mereka serumah, bermula lah perang dingin antara Dian dan Harris. 

          Perasaan menjengkelkan antara Dian dan Harris ketika bertentang mata. Dalam masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi sebenar dari pengetahuan Azad.  Azad pasti mengamuk bila tahu dia tinggal serumah dengan lelaki. Jadi, bagaimana kesudahannya perang antara Dian dan Azad?? Agak-agak berjaya kah Dian kembali ke Malaysia dengan lamaran Azad..? 



So macam mana...? teruja ke.? hehehe.. Jom serbu panggung.! Lawak memang lawak. Tapi tengok masa lisa menangis, sebak woo. The true enough. Istanbul Aku Datang is a good urban romantic movie. For those, who thinks Malay movie more sombre and conservative, i'm pretty sure this movie will shock u... Muehehe.~! The story is not cliche. So that's all peeps. U olls terjah wayang dan tengok sendiri keh.. (^^,) gudnite~!


OhMissWhatEver__said :   Have a long journey tomorrow... please pray for me. Hopefully, i will arrived safely. InsyaALLAH.~! (^^,)



Wednesday, November 14, 2012

~ Penang : Tempat Perlancongan ~

Assalammualaikum....

Olla..~! Salam Maalhijrah 1434 H buat semua muslimin dan muslimat seantero dunia. Alhamdulillah ramai kawan-kawan, sahabat handai sudah mula berhijrah ke arah kebaikan. (^^,) hijrah paling besar ialah hijrah ke atas diri sendiri. Suka dengan perubahan mereka... So readers, rasa nya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Happy Holiday kepada adik-adik yang masih bersekolah. Waaah~! seronok ea kome bercuti. Jeles tau ahkak di sini. Hehehe. Apa pun, isi masa cuti dan masa terluang ini dengan perkara yang berfaedah hokeh... 

Sempena dengan musim cuti sekolah dan musim kenduri kawen... aku nak cerita sedikit sebanyak tentang Pulau Pinang, Pulau Mutiara.  Kot-kot yang "Just Married" masih terpinga-pinga nak kemana, boleh la datang sini berbulan madu. Nak bercuti dengan keluarga tersayam pun boleh la mai sini. Aku, bukan lah anak jati negeri ini. Tapi kena lah berlagak macam orang penang nooo. Huhuhu. Penang, merupakan Bandar Warisan Unesco.. senang cita tempat perlancongan yang top. Antara tempat-tempat menarik ialah....

Fort Cornwallis, Padang Kota Lama



Padang Kota Lama, selain tempat melepak,tempat berlakon dan juga ber-photoshoot, ia juga merupakan tempat makan di tepi laut yang sangat fofular. Antara makanan yang fofular ialah.. Pasembok, Char Kuew Teow.. Nasi Kandar. Senang cite datang Penang tak singgah Padang Kota Lama memang tak sah.

Semalam baru je makan Pasembok~!! Sedap wook. (^^,) Omnonom... 

Batu Feringhi (Feringhi Beach)


Penang ni memang di kelilingi air. Nama pun pulau kan. Tapi tempat paling cantik ialah Batu Feringhi. Antara kawasan yang mahal u olls. Tempat omputih lepak. Huhuhu... Ala-ala Hawaii gituw. (^__^)

Bukit Bendera (Penang Hill)


Dari atas Bukit Bendera, u olls boleh nampak pemandangan P.Pinang.  Nampak komtar, penang Brigde dan macam-macam. Memang cantik uolls. Tak dapat mendaki gunung Everest dapat naik Bukit Bendera pun cukup laa. Yedak..?? 


Okay u olls, yang atas ini keretapi lama yang di gunakan untuk naik Bukit Bendera. Lama keretapi  ini berkhidmat. Tapi sekarang ia telah di gantikan dengan keretapi yang baru. Yang lagi besau, selesa dan ber-aircond. Aku tak merasa lagi naik keretapi baru. Yang lama ni penah la naik. Peh, sesak barat. Tak bernafas haku. Terasa macam duduk dalam tin sardin noks~! Keretapi lama ni tak de aircond. Hanya ada kipas. Tapi, u olls dapat menghirup udara yang segar, sejuk dan nyaman sepanjang mendaki bukit ini. Fresh tahuk!. 


Okay.. ini lah keretapi baru yang menggantikan keretapi merah atas tu. Ayah aku cakap, keretapi cenggini  (sama tapi x serupa) cuma ada 3 tempat je kalau dia tak silap. Tempat nya ialah Malaysia, Swiss dan Hong Kong... We should proud rite..? (^^,)

Rumah P.Ramlee


Hah, ni la kawasan rumah kelahiran P.Ramlee. Reka bentuk nya masih dalam keadaan asal. Dalam rumah ni banyak barang yang di gunakan oleh beliau. Antara yang aku ingat. Cermin solek kegemaran nya. Beliau mengambil masa 30-45 minit untuk menghadap cermin sahaja. Hebak.. hebak.. Nak tau lagi..? Mai la datang penang! (\^__^/) muehehehe....


Actually, gambar banyak pinjam uncle Google. Camera lama udah rosak. Jadi gambar tak sempat transfer. Sedeyh. Tapi xpe, gambar pasembok dan rumah P.Ramlee tu real pixca okay. So guys..acana.? teruja tak. Hehehe. Just sharing uolls. Banyak lagi tempat-tempat menarik di Malaysia ni setaraf obesi. Sebagai contoh...? Bukit Tinggi. Rekabentuk dan senibina bangunan ala-ala di Perancis. Cantik! InsyaAllah ada masa boleh la ke sana. Den sedang berkira-kira nak ke sana... if tak de aral melintang mahupun menegak. (^^,) Okay readers.. that's all.~! Good night..


OhMissWhatEver__said :  Jauh perjalanan...Luas pemandangan~!! (^^,)  Pavlova in the making. Sempat lagi aku hupdate blog. Hewhewhew...




Monday, November 12, 2012

~ Orang Baling Taik, Kita Bagi Bunga ~

Assalammualaikum....

Hello peeps~! Do you mish me..? hewhewhew. Actually, last week i'm really.. really.. really busy with my work, assignment, lab report and whatsoever. Need to submit every single thing before midterm break~hoyeah! (^^,) Then, i have to print out all my note konon-konon cuti nak setadi. Bcoz naik cuti terus test 2. Yuhuu....it's ohsem bebeh~!! Cuti pun i need to detim dengan buku and note tau. Ini tidak adil. tidak adil bagi ku... uwaaa~!! 

Uh apa taik-taik ni. It's disgusting okeh... muehehe. Actually, "Orang baling taik.. Kita bagi bunga" salah satu ayat yang terselit dan di sebutkan oleh Dato' Fazilah Kamsah dalam ceramah nya. Siapa yang tak kenal beliau..? *oi korang duduk gua mana heh* Pakar motivasi yang sangat di kagumi ni. Wa cakap terus terang, wa memang big fan dia la. Jangan memain. Hehehe. Cara dia motivate orang memang sangat berkesan dan terkesan jauh di dasar hati. Kira apa yang di sampai kan memang menusuk qalbu~! Well, aku rasa majoriti pernah rasa keadaan apabila ditikam, tertikam, dikhianati, ditipu, dimalukan dan seangkatan dengannya oleh seorang yang di gelar kawan. Sabar ye semua...~! Aku berpegang dengan kata-kata ini...


Satu aib orang kita tutup.. InsyaAllah sepuluh aib kita ALLAH akan tutup di akhirat kelak....

Kita kena ingat, hidup di dunia ni hanya sementara. Tak kekal abadi pun. Jadi jaga lah hubungan sesama manusia. Setiap perkara yang kita buat, semua nya bakal di hitung nanti. Orang buat taik dekat kita just ignore. Jauhkan diri, buat hal sendiri. Jangan korang pulak sama-sama buat taik. Sebab, makin di layan makin menjadi. Jangan pilih untuk membalas dendam. Ia akan menjadikan hati anda busuk dan hitam. Bersabar dan banyakkan berdoa agar kita di beri kekuatan dan ketenangan jiwa. Doa merupakan senjata umat islam dan doa orang teraniaya insyaAllah di makbulkan. Kalau kita di pihak yang benar, kita relax saja. Be cool okay. Sebab.... 


Orang yang cepat melenting ni, boleh di kategorikan orang yang buat salah... kalau kita x bersalah, tak payah nak melenting sangat...

Life is a learning process. What goes around comes around. Bila kita berada dalam situasi yang di sebutkan, kita mesti la akan berasa marah. Dari sudut positif, alhamdulillah Allah telah membuka satu dari hijab kita. Dia da tunjuk kan rupa sebenar kawan korang. Jadi pandai-pandai la menilai. So people, i think u are matured enough to give forgiveness, but u are not dumb enough to trust them again. Am i rite..? Hati-hati dalam bercerita. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain warna nya. Ini kerana hati aku kaler pink. Huhuhu.. 


Hijrah yang paling indah dan paling besar adalah..... Hijrah ke atas diri sendiri... (^^,)


Aku tidak semulia Khadijah, tidak juga setaqwa Fatimah dan tidak lah sehebat Sumayyah... Aku cuma seorang wanita akhir zaman yang bercita-cita untuk menjadi wanita Solehah, hidup bahagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Trying to be best in the best. What's u need to motivate your self are... Positive thinking and just mind your own business. Create friends as much as u can. That's all peeps. Tenkiu~~ ^^



OhMissWhatEver__said :  Life is full of Challenge. Wise people choose to meet them... (^^,) Gudnite readers~! Sweet dream.



Friday, November 2, 2012

~Night Marathon Putrajaya~

Assalammualaikum...


Hello November! May this month more brighter then October. InsyaAllah. (^^,) Okay peeps! Actually event ni diadakan pada 20 October 2012. Walaupun da lapuk tapi rasa nya tak basi lagi. Hewhew. Baru berkesempatan nak cerita. =.= Nama pun night marathon putrajaya kan, jadi tempat nya opkos la di Putrajaya.  This is the second larger event that i and my buddy involve after Himpunan Sejuta Belia . So, rasa teruja u olls. International Event, harus la teruja. Sebab di sini kita akan bekerja dengan ramai orang. Dan ia merangkumi pelbagai lapisan masyarakat, peringkat umur dan disertai pelbagai kaum dari seluruh negara. Well, BSN selaku penaja rasmi. Tq BSN

Ada masalah..? Kami sedia membantu... *poyo nye!* =P

Owh, aku bukan runners. Tapi aku selaku volunteer yang di beri tanggungjawab dan amanah untuk menjaga, mengisi dan mengagihkan Goodie Bag kepada para pelari. Agihkan goodie bag kepada lebih 10 +++ orang. Thats amazing rite.? hehehe. Tapi bukan la aku sorang. Ramai lagi volunteers lain yang terdiri daripada pelajar UPM, UITM dan staff dari BSN sendiri. Selaku volunteer... Aku rasa masa terluang dapat di isi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, dapat berinteraksi dengan orang ramai yang secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri, selain itu dapat menambah rakan dan kenalan. Sebelum melangkah ke alam kerja, aku cuba kumpulkan sebanyak pengalaman yang mungkin sebagai bekalan di masa hadapan. 

Well pengalaman so ia sangat berharga. Mungkin aku tak kan dapat rasa event and whatsoever bila da kerja nanti. Masa tu busy dengan bla..blaa..blaa. Sementara masih ada masa, masih tiada komitmen baik laa aku join aktiviti-aktiviti sihat ni. (^^,) Banyak juga pekdah nya yang aku dapat dan aku belajar. Selain itu ia menjadi side income kami sebagai student ini. ($__$) Nama pun volunteer, jadi tiada paksaan. Kau free.. Kau pergi. Tak free.. duduk diam-diam dan siapkan kerja. Senang bukan. 

Running Route Map

sumber : incik google

Keadaan sebenar... Pengagihan goodie bag bermula...

Bersama staff BSN. Miss Farahana Hor Abdullah. Sangat riuh dan peramah..! 

Boleh di katakan seharian suntuk kitorang dekat putrajaya. Penat..? penat la jugak. Tapi penat-penat kitorang, ucapan tahniah dan senyuman x pernah lekang dari bibir kami kepada para-para pe-lari. Hah, apa yang kitorang dapat sebagai volunteer..? Good question. Firstly, makanan disediakan, baju free, dapat allowance... dan paling bernilai dapat pengalaman la.!  Last week ada event juga. Under Nestle. Tapi harap maap. Chek di kampung masa tu. Masih berkepit bawah ketiak mak lagi, jadi x dapat nak join.. Hewhewhew..  InsyaAllah event yang berikut nya we olls akan join dan takkan lepas kan peluang yang ada. 

Last but not least... Kami yang terlibat~!

My roommate n my buddy.... (^^,)



OhMissWhatEver__said : Siapa yang berminat, boleh la join as a volunteer. (^^,) Well, dari dulu aku memang bercita-cita nak masuk Mercy. Sekarang Volunteer under U pun okay. 



Wednesday, October 31, 2012

~...Contact Lens vs Specky...~

Assalammualaikum....

Hye peep's.! Lab hidrologi di batal kan untuk 2 minggu berturut-turut. Dan akan di gantikan dengan field trip pada 24 November nanti. Hoyeah! melompat kegirangan semua classmate aku. Huhuhu. Lab memang penat kan. (>_<). Nanti kalau keja tak nak masuk lab boleh x..? *puppy eye*

Contact lens..? Specky..? apakah itu..?! Okay guys, aku bukan nak berjual beli. Apa yang aku nak cakap arini adalah berkaitan mata. Kedua-dua nya untuk mata, untuk penglihatan yang jelas dan nyata. Aku da lama meninggalkan contact lens. Huhuhu. Atas kerelaan sendiri dan tiada paksaan. Cewah! Aku da puas da pakai mata pelsu pelbagai warna ni..puas sangat-sangat.! kelabu, coklat, purple tu antara kaler peberet. Zaman melaram da lama aku babai. Hehehe. Sekarang melaram juga. Tapi tak pakai lens. Natural gituww... 

Grey eye's..  love this color. (^^,).. kenangan suda. Babai contact lens. hehehe.

Lately ni banyak beno aku dengar cerita orang buta di sebabkan penggunaan contact lens. Ermm.. takut kan. Sebab mata kita hanya sepasang. Bukan ada spare part pun. Mesti ada yang ckp cenggini kaaan...


Ala beli dekat pasar malam memang la buta, xde kualiti...~! Jenama cap ayam.

Tu kes pasar malam kan. Mybe laa xde cop sirim. Tu yang di ragui. Habis yang beli dekat kedai cermin mata pulak macam mana. *tak semua kedai cermin mata okaaay* ? Yang orang kedai suggest macam mana..?. Ada je kan masuk surat khabar. Nak beli lens bagi aku takde masalah. Tapi kita jangan la main beli. Tengok expired date lens tersebut. Jangan tengok murah, u olls main sauk je. (^^,) Semua orang nak cantik. Tapi jangan terlalu obses okay. Eh tapi jangan la korang band terus contact lens lepas ni. Ada je yang pakai contact lens alhamdulillah mata dia okay kan..

Sem ni aku banyak menghadap laptop... Subjek GIS sangat stress bagi aku. Ala, dia lebih kurang macam Autocad la. Tapi lagi mencabar kesabaran, huhuhhuhu. Hampir membuat kan aku juling-juling itik (*_*) dan selalu bikin kepala wa pening. Aku rasa kornea mata aku semakin kelabu bila tiap-tiap minggu kena mengadap GIS. Sehingga kan aku pernah pakai cermin mata hitam bila buat natang ni. huhuhu. Bayang kan bertapa kritikal nya. Sebab, bila lama sangat tengok peta tu.. aku pening! Korang nak tgk..? jap heh...


Ni la benda yang perlu kitorang ngadap.. huhuhu. Ni baru satu!... (T____T)

Aku rindu nak pakai lens. Tapi, keadaan di sini x mengizinkan aku ber-lens-lens. Buat leceh je. Aku kan merempit pergi class. Eh silap.! Aku kan awek skut. So, zarah-zarah halus dan asap-asap dan radikal bebas kat luar sana akan melekat dekat contact lens bila aku merempit nanti. Lagi satu, aku banyak masuk LAB. Well, dalam lab mana boleh pakai lens bro!. Banyak main bahan kimia kan, takut chemical reaction. Contact lens not allowed in laboratory. Vogue mana pun dia, cun melecun mana pun orang tu.,bila masuk lab tanggal jugak wei lens dia. Sapa tak sayang mata oi..!! huhuhu. So, kesimpulannya pakai la speck untuk keselamatan dan kesihatan mata yang lebih terjamin. mudah, cepat & panats. chooiii.! ^^,


Am i Nerd....?? hahaha.



OhMissWhatEver__said :  Cuaca hujan.. sodap nya kalau zzzzZzzzz.. hewhewhew. That's all bebeh~!! Enjoy your day. Nak rehat b4 class pukul 3pm. (^___^).  






Sunday, October 28, 2012

~...Cantik, Menarik itu Subjektif (^^,)...~


Assalammualaikum...

Hye readers, hye viewers! How about yours Aidiladha.? Happy and hilarious enough right. Seronok dapat berkumpul anak, cucu cicit, sedara mara dan juga sepupu sepapat sepipit. eh! hehehe. Rata-rata masih dalam mood raya dan juga mood cuti bukan. Masih terasa ketupat rendang di kampung halaman..? oh heaven! So, selamat memulakan hari esok. No monday blues! Life back to normal peeps! (^^,)

Kecantik-kan. Itulah perkara yang selalu diperkatakan, perkara yang sering menjadi kayu ukuran. Well, cantik itu subjektif kan. Kalau objektif macam mane pulak gaya-nya..? Okay, cantik nya seseorang bukan setakat bergantung pada paras rupa tapi depends pada kesucian hati, perangai dan juga personaliti nya. Kalau setakat muka saje ada market, macho, cun, cantik tapi hati hitam dan perangai  tak seindah rupa, tak guna juga. Sebab, kebahagiaan tidak terletak pada muka. Tapi pilih la mereka yang berpegang teguh pada agama nya dan iman-nya. InsyaAllah bahagia. Rupa tu hanya bonus sahaja. Pinjaman duniawi dan tak kekal abadi. Nanti tua berkedut jugak, yedak..?

So, guys.. kecantikan seseorang terletak pada mata yang menilai. Pandangan setiap orang ada lah berbeza.. (~______~) 1001 macam ragam kan. Sometimes, orang yang tak da paras rupa ni perangai dia lebih cantik berbanding dengan mereka yang ada rupa. Kenapa ek? Kita selalu dengar orang cakap,


Biar muka TAK lawa asal kan perangai  tu cantik.....

Harap muka je cantik.... Tapi perangai TAK semegah....!


Tapi tak semua yang indah, yang cantik berperangai buruk. Ada je yang cun yang hensem tapi perangai Tip top..! Pada aku laa. Aku lebih prefer perangai seseorang berbanding rupanya. Muka cun tapi mulut longkang tak guna jugak. Asik bikin orang sakit hati je nak watpe. Cuba muka tak cun tapi mulut tu baik je.. tak jahat. Orang dengar pun sedap je walaupun hati tengah panas kan..? So, biarlah rupa dan perangai tu seiring dan sejalan. Paras rupa yang ALLAH jadikan, da cukup sempurna dan cukup cantik. Jadi cantik kan lah perangai dan adab kita pulak. Manusia boleh berubah. Tak semestinya yang jahat akan kekal jahat. Yang mulut longkang akan tetap jadi longkang. Eh.? hehe.. Kita yang bentuk diri kita kan. Apa pun buat yang terbaik. Berubah dari masa ke semasa. (^^,)

Dari pengalaman aku....

Lelaki akan reject bila perempuan yang dia kenal itu tak cukup cantik persis Izara Aishah. Bukan setakat reject jadi awek bro tapi reject untuk jadi kawan terus. Awesome right..! Ni laa dia jenis-jenis lelaki yang mintak kene hentak pala dia dengan lesung batu. Hihihi... fikir perasaan orang sikit der. Andai nya la satu hari nanti accident, muka pecah sebelah kan sia-sia. Haish tu baru balasan dunia. Tak kurang juga wanita. Senang cite sama jela. Yang penting kecantikan datang dari hati yang suci. Cantik dalaman, maka cantik lah luaran nya. That's all peeps! 



OhMissWhatEver__said :  Good life is having a calm heart by having a GOOD relationship with ALLAH and PEOPLE around.... Have a bless! (^^,) Gudnite.



Wednesday, October 24, 2012

~Man vs Woman... Sapa lagi Gangster..?~


Assalammualaikum...

Hello readers~!! Tajuk entry nak ala-ala Man vs Food kan. Kelaaas kau jah.! huhuhu. Sebelum terus membaca, cer-tarik nafas dalam-dalam dulu. Sedalam yang mungkin yew!. Bertenang semua.. Ini bukan, entry kondem mengondem atau pun diskriminasi terhadap jantina a.k.a SEX BIAS. No.No.No. (^^,) I profesional uolls! Aku bukan apa, cuma kadang-kadang ada la ter-fikir dan ter-musykil kenapa orang beranggapan wanita ni lemah dalam pemanduan.. Errr lemah ke..? *don't ever underestimated us*! Hehehe. Okay, i just want to know. Just curios hokay.! Betul ke lelaki lebih advance di jalan raya..? Hah.. cecita sikit. Berdasarkan kajian MIROS, punca accident selalunya lebih di pertanggungjawab kan terhadap lelaki. Fakta ke Ota ni..? wa konpius meyh. Tapi apa pun, bagi aku.. attitude pemandu memainkan peranan yang besar dan antara penyumbang utama kemalangan. Tak kira lelaki atau pun perempuan.. So behave ur self..! Hak pengguna Hak bersama kan. *fair & square*

Sebagai contoh dalam kes ni :

Awek's, memandu secara berhemah mengikut kelajuan yang ditetapkan dikawasan lebuhraya utara-selatan. Beliau mengambil middle lane. Which is, lorong untuk average speed. Tiba-tiba, datang si mamat hensem follow dari belakang. Dok cucuk-cucuk kete si awek ni *u know what i mean right..?*. Sambil membebel-bebel dalam kereta ala-ala  cenggini lebih kurang.... 


" Apahal kete Depan nie! Lambat gile drive. Macam mana boleh dapat lesen ni. Owh patutlaaa~!! Perempuan rupanya... "


" Adoi,  main masuk je. Bagi signal la doh. Kalau wa kiss da tentu2 wa kene pay.. Ish, awek siiooooot. "


Than, bila mamat hensem tu da tak sabar sangat nak potong, da fed up follow si awek dari belakang dan nak tunjukkan muka ego dan lagak aku la hero Malaya pada si awek, tanpa berfikir panjang dia pun terus meluru dengan selamba nya masuk ke right lane *speed lane* tanpa sebarang isyarat mahupun signal. Alih-alih je dengar "bang bang booooom ke ba boom" *Eiii over betul sound effect aku* huhuhu. Dengar bunyi tu terus si awek toleh sikit, tengok-tengok kereta mamat hensem terpelanting ke arah bertentangan. Ayoyo.. Kesian mamat hensem. Tak sempat kita nak berkenalan. (>_<)


So, moral of the story... Kalau rasa nak drive secara sentimental, stay la dekat lane kiri. Kalau rasa nak laju, bawak kereta mengalahkan Michael Schumacher stick with the right lane bro. Rules are Rules. Sila ketepikan kan itu andai nyawa menjadi taruhan. Jangan main-main, kita hidup sekali sahaja. Life is too short bebeh..! Appreciate sikit kehidupan kita yang serba lengkap dan penuh kegembiraan ini. Ingat insan tersayang dan insan yang di sayanagi.. Eh! hehe.. Tak dinafikan, lelaki u all memang terror, memang excellent, memang hebat.. memang gangster! di jalan raya. Ape pun, We need to follow the rules. So, tak salahkan jikalau wanita lebih skema mengikut peraturan jalan raya..? Pandu cermat jiwa selamat tau..! Pesanan penaja sempena balik Raya Haji. (|^_^| ).



Jom balik kampung! (^___^)  




OhMissWhatEver__said :   Kalau mengantuk ketika memandu, sila lah park kereta anda di kawasan R&R. Erm... demm, Upm takde air..!! Jangan buat lawak ke-der oiiii..




Monday, October 22, 2012

~...When we Need to Present...~

Assalammualaikum.....

Hello Monday~! Mulakan hari anda dengan Bismillahirrahmannirrahim. Yesterday (21st october), was my mum n my ayah besday. Rasa belum terlambat lagi nak wish HAPPY BIRTHDAY! May ALLAH bless both of them. They're sharing the date. But was born in different year. Betul-betul sharing is loving nih. InsyaAllah. So, readers and viewers, u olls sama besday dengan ur partner ke..? Seronok kan if sama, boleh celebrate sekali. Pasti meriah! (\^__^/)

Valuable moment... (^^,) Touched moment! Hari Raya 2012

Okay, cerita besday mak n ayah aku ni hanya cerita sampingan. Ala-ala perencah Maggi cukup rasa gituuu..! hewhewhew. I proceed, aku rasa *rasa je laaa* ramai di antara kita yang pernah buat presentation kan.. Eh, presentation tu apa bro..? Presentation is a Communication Skills. Which is, we need to present or talk in front of audience. Tak kisah la apa benda yang nak di bentangkan nya pun. Presentation ni agak sebati la dengan diri aku bahkan bukan aku sahaja, termasuk rakan seperjuangan dan juga mereka yang berkerjaya. Well, that's a part of our real life. 

Entry ni terlintas dalam fikiran, di sebabkan sekarang ni adalah minggu presentation. Dan aku, dalam senarai menunggu untuk membebel di hadapan audience. Hewhewhew... Okay, di sini ada beberapa perkara yang perlu kita tahu sebelum presentation. Yang baru nak berjinak-jinak merpati dengan presentation boleh la take note. (^__^)


Formal Attire

First thing first, pakaian. Wajib formal.! Nama pun present kan. Bukan nak pergi pasar malam atau shopping kompleks kan. Jadi pakaian perlu la formal. Tak kan la kita nak present depan CEO, depan lecturer depan si polan dan si polan dengan pakai selipar jepun je. Tak kan nak pakai selekeh-selekeh. Tak kaaaan la kot! First impression itu penting. Mestilah pakai kasut ber-tutup, menutup aurat dan mematuhi etika berpakaian. Ala-ala nak pergi interview la noks! Nak kena tunjuk jugak ke pakaian formal macam mana..? Heheheh 


Eye Contacts

Kalau boleh, mata tu jangan la dok fokus dekat screen je. Cuba pandang audience dekat depan. Sebab u olls present dengan orang ramai. Bukan present dengan screen tersebut. Panel u olls, mestilah akan duduk di depan. Tak kan korang tunjuk punggung dekat dia pulak. Itu kurang sopan hokay! Aku faham, tak smua  word dalam slide tu kita ingat. Kita memang tak mungkin hafal slide. Penyelesaiannya, bawak short note. Tulis point sahaja. Jangan tulis ayat penuh pulak. Tu umpama kau da baca skrip macam pembaca berita TV3. Tapi kalau rasa nak jadi pembaca berita, boleh la baca skrip dalam studio. (~__~)


Q & A Session 

Bila ada perbentangan, perlu lah ada Q&A kan. Actually, based on my observation. Panel or judges bukan nak tahu jawapan u olls tu betul atau salah. Diorang nak tengok skills u olls jawab soalan. Yakin ke ragu-ragu atau tidak pasti dengan jawapan korang. So,kau goreng jela dengan muka confident dan suci tu.. kau gebang apa yang perlu. Asal kan logik! Jangan kau cerita macam dekat alam fantasi pulak. Goreng, goreng jugak asalkan jangan sampai rentung apa yang kau goreng. Tahuk..? Kau cerita jela sampai dia diam. Kira diam tu puas hati laa. huhuhu..  (^^,) 


Final Project Presentation on May 2010 (PSIS)...It always in my mind. (^^,)

Rasa di kritik, di hentam, dan di puji oleh juri..? always~! hahahaha. Rasa da sampai tahap saturated pun ada. Biasanya presentation bukan nya di buat serta merta. Specific time will be given to prepared. So, be prepared.! Nervous..? Biasa la tu. Peluh jantan keluar..? Biasa la tu. Huhuhu. Yang penting mental kena kuat, kerjasama perlu ada. Dan paling-paling penting keyakinan diri perlu 100%. Jangan bila kena hentam sikit da rasa down, da pressure. No..no..no. Jangan mudah mengalah. U have to fight. Kalau x fight..? Your mark will deducted. Simple je jadi judges ni. Team members *kalau grouping laa* pun perlu ada ada sefahaman. Jangan yang sorang jawab A, sorang lagi jawab B. Hah, tu memang x dapat nak tolong. Bukan senang nak yakin kan golongan profesional ni. Stress after present tu normal la, tapi kalau stress sampai nak bunuh diri tu memang x normal. hehehe.. Okay, that's all.~! Wish u all the best presenter. =)



OhMissWhatEveer__said : Okay, ada 2 journal yang perlu di baca & di fahami. Need to present on week 7 and week 11.  Wish me luck bebeh! (^^,)