Wednesday, December 20, 2017

~ End of 2017 : My Bundle of Joy ~

Assalammualaikum.....

Salam penghujung 2017 uols! Oh yaaa sorry lama tak update. Fuh fuh.. tiup sawang dekat blog. Maklom la baru keluar gua. Kikikiki... Jiran jiran blog I sihat sihat dak.? (^_^) Ada saki baki sebelum 2017 melabuh kan tirai nya, boleh la noo sis nak ber celoteh sikit. 

September 2017
Pengalaman yang memang sampai bila bila tak akan lupa. Alhamdulillah, 38 minggu 2 hari Iols selamat deliver baby girl seberat 3.15kg secara normal di Hospital Putrajaya. Sekarang da nak masuk 3 bulan usia puteri ibu & ayah ni.. Hehehe. Nama di beri Zara Medina binti Muhammad Haniff. (^^,) 

Ibu tau, Zara scan muka ibu =P

Nak di jadi kan cerita, adik iols kawen bulan 9 haritu.. padahal kalau ikut due date nak beranak 6 Oktober 2017. Kira ada 2 minggu lagi la.. jadi aku dengan senang hati balik la Johor. Elok je majlis habis, malam tu da start sakit. Makan pun tak selera. Kita ni takde pengalaman mana laaaa tau tu contraction. Hewhewhew... Ingat false alarm. Tak tau pulak 2 hari lepas tu beranak betul chuolss.. nasib baik tak terberanak dalam kereta masa otw balik KL. Hahaha. 

Elok je sampai KL, pagi Isnin pukul 3-4 pagi sakit tu da kerap datang. Boleh kata kan 15 minit sekali, masa tu husband suruh siap-siap nak p hospital.. Sampai hospital pukul 6.45 pagi, tudiaa Doktor check jalan da 5 cm. Terus masuk labour room. Kalau tunggu lagi dekat rumah tak tau la jadi apa nonnn. 

Pengalaman sepanjang preggy..? Fuhhhhhhh sungguh mencabar, kalau ingat balik bleeding 4 kali sampai kandungan 20 weeks, morning sickness sampai 6 bulan, macam taubat nak ngandung lagi... hahaha. Tapi, Allah maha adil, maha penyayang...maha pengasih. Proses melahir kan Zara Medina sangat mudah & di permudah kan. Sakit contraction jelaa mak menangung 48 jam. Gunting & jahit semua da tak rasa lepas tu.. iols siap boleh tertido pulak masa jahit. Wkwkwkw...

Masa os 7 cm onwards masa ni paling kritikal.. huhuhu sebab sakit da kerap, setiap kali sakit je genggam tangan laki... laki iols cakap nasib baik tangan dia tak patah. Kahhhh, masa dalam LR  support dari husband sangat membantu (for me laa). Last check bukaan dalam 12 lebih, diorang akan check OS selang 2 jam. Pukul 1 lebih memang sakit tak boleh nak tahan, suruh husband panggil nurse. Nurse pulak keje nya asik laa nak keluar kan air kencing pakai tiub. Sampai naik bengang jugak la masa tu. 

Boleh nurse cakap " oh 7 cm lama lagi ni..." iols da rasa nak terberak ni nurse sapa yang nak beranak sekarang ni. Huhuhu.. lepas tu baru la check jalan. Baru nak check, tengok tengok kepala baby da nampak.. Siap panggil husband suruh tengok. Masa tu husband terus cakap " Sikit lagi B, rambut dia da nampak..."

Keluar je Zara Medina, segala sakit semua hilang ni serius.... Yang ada satu perasaan lega dan syukur semua nya da selamat. Semoga Zara Medina membesar dengan baik & sihat serta di sayangi semua orang. Sekarang ni kesayangan sebab cucu tunggal dua belah keluarga hehe. Tak lama lagi Zara dapat kawan. Tahun depan sepupu Zara Insyaallah lahir. Semoga adik ipar & kandungan nya selamat hingga bersalin nanti. 

Sekian, Thanks reading..! (^_^)



OhMissBlossom__said : My dear Zara Medina, If satu hari nanti Zara baca blog ibu.. yang baik jadi kan panduan hidup ye sayang.. love you forever.





27 comments

December 20, 2017 at 12:37 PM

Alhamdulillah..tahniah, comelnya zara medina

December 20, 2017 at 1:25 PM

tahniah :D

December 20, 2017 at 3:06 PM

@aryan azra thank you kak.... hehe alhamdulillah =)

December 20, 2017 at 3:07 PM

@Ann Ishak terima kasih sis =)

December 20, 2017 at 3:07 PM

Semoga Zara menjadi anak yg solehah di dunia dan akhirat ya,aunt nieyl doakan..

December 20, 2017 at 3:30 PM

@Nieyla Nadia amin, insyaallah. Thank you aunty =)

December 21, 2017 at 9:35 AM

Diam-diam aiNa berisi, hehehe
Congrats dear, welcome to mom's club!

December 21, 2017 at 11:51 AM

@I am LZ hihi tu yg senyap lama kak. nak update blog pun x larat. Kuat tidoo =P Thank u kak! hihihi

December 21, 2017 at 12:48 PM

Tahniah Aina.... dah agak dah senyap lama mesti sebab beranak.
Alhamdulillah semuanya selamat ye aina, anak pun dah beso. Biaslah Aina Allah kan adil, dibaginya morning sicknes lama, beranak pulak senang je....
Hakak tak pernah rasa sakitnya bersalin ...

December 21, 2017 at 1:27 PM

Eh tiba tiba dah ada baby comel ni,,tahniah kak ! :D

December 21, 2017 at 2:54 PM

Alhamdulillah..
Tahniah Aina..
Cantiknya..
Secantik namanya Zara Medinah😍

December 22, 2017 at 11:23 AM

Alkisahnya patut la lama tak hupdate.

Anyway tahniah buat Aina & husband dapat baby girl yang comel dan sihat.

December 22, 2017 at 12:04 PM

Salam Aina!

Akak dah kata dah. Dah kata... Dunia blogger ni memang macam ni tau. Kalau lama menyepi tu, tuptup dari berdua dah jadi bertiga ~_^ Memang suspek itu salah satu sebablah. Tahniah ya dah ada baby girl, pengarang jantung nombor satu sekarang ni (ayahnya dah jatuh nombor duakan? hahaha!)

Dan tahniah jugalah sebab berjaya keluar dari pertapaan. Lepas ni memang kena pandailah tackle masa, kalau tidak memang kencing berdiri. Hahaha!

Apa-apa pun semoga kalian menjadi ibubapa yang baik hendaknya.

Ni mesti kalau pergi kerja, tak tentu arah nak balik rumah nak peluk cium anak. I know, I know ^_^

December 28, 2017 at 10:16 AM

bile baby keluar tu rase panas and hilang semua rase sakit kan.. sekarang nie tetibe rindu nak pregnant lagi.. eh?

baby zara, in shaa Allah one day nanti kite jumpe.. semoga jadi anak yang solehah sayang.. :)

January 4, 2018 at 5:49 PM

Wah dah lama tak jenguk sini tup2 aina dh dpt anak dara..welcome to mama's blog Zara Medina...comel..haa tu baru sorang..baru tahu peritmya mengandung dan bersalin.hahaha

Apa pun tahniah.selamat menjalani kehidupan baru sebagai ibu..didoakan jadi ibu yg terbaik buat Zara

January 4, 2018 at 5:50 PM

Wah dah lama tak jenguk sini tup2 aina dh dpt anak dara..welcome to mama's blog Zara Medina...comel..haa tu baru sorang..baru tahu peritmya mengandung dan bersalin.hahaha

Apa pun tahniah.selamat menjalani kehidupan baru sebagai ibu..didoakan jadi ibu yg terbaik buat Zara

January 5, 2018 at 11:19 AM

TAHNIAH Aina...dah menjadi seorang IBU.Kak atie pon dah lama tak update....tak tau perkembgan kawan2 blog semua.
Alhamdllh semoga Zara membesar dgn sihat & jd anak yg solehah.Aamiin

January 12, 2018 at 1:04 PM

@hainom OKje hehehe thank u kak! alhamdulillah.. btul. Alhamdulillah Allah permudah kan smua nya kak. syukur =)

January 12, 2018 at 1:19 PM

@amira faqihah thank you dear.. hehehe =)

January 12, 2018 at 1:19 PM

@Norhayati Mohd IsaterimA kasih kak.. alhamdulillah moga akhlak nya seiring nama.

January 12, 2018 at 1:20 PM

@Mrs. A gitu la kak.. nak menaip pun x larat kikiki. amin tq kak =)

January 12, 2018 at 1:21 PM

@Mummydearie Waalaikumsalam kak, hahahahhaha yesss paling tepat, padu dan jitu gituuu. Terima kasih kak betul! Chenta hati dunia akhirat hihihihi.. adoi kak skrg ni makan pun berlari2.. kekeke. amin insyaallah... yessss x keruan mak nak keje kekekke

January 12, 2018 at 1:22 PM

@E'ininsyaallah auntie. thank youu! nnti kta jumpa naa.. betul wei. rinduu pulak nak pregnant. ehem tp gap 2 tahun naa kekeeke..

January 12, 2018 at 1:23 PM

@Puan Kututq kak.. betul baru sorg, mcm taubat nak pregant bila igt balik segala morning sickness bagai. tp rindu pulak nak pregnant bila da kluar seketul tu. haish perempuan ni x tau la nak gambar kan perasaan nya kak kekeekek =P

January 12, 2018 at 1:24 PM

@♥♥azatiesayang ♥♥ Thank u kak. Alhamdulilah. hehehe...

February 28, 2018 at 11:00 PM

dear, baru baca comment n posting awak ni. ahahaha busy giler sampai bukak blog pun xsempat. alhamdulillah sama sama ada baby sulung dah. good luck kat tempat keje baru

March 4, 2022 at 8:05 AM

Harrah's Reno Casino & Hotel - MapYRO
› harrahs-reno › harrahs-reno Located in Reno, 서산 출장샵 Harrah's Reno Casino 목포 출장마사지 & Hotel is 수원 출장안마 a fun, friendly place to stay and play. It's close to Harrahs Reno 충청남도 출장샵 Casino Reno and near the 부천 출장안마 airport

Post a Comment