Selamat pagi Malaysia...da solat subuh belum..? (^^,). Hari ini 19 ogos 2011 bersamaan dengan 19 Ramadhan. Diam tak diam, sedar tak sedar sudah 19 hari umat islam berpuasa.. Ini bermakna kita dah sampai di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.. Kita gembira kerana bakal menyambut Syawal tidak lama lagi. Tapi para malaikat dan ahli kubur menangis kerana Ramadhan beransur pergi..
Jangan lupa bahawa 10 malam terakhir, di mana dengan izin Allah mereka yang terpilih akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Kejar lah selagi kita mampu, selagi di kurniakan kesihatan yang baik, selagi masih berpijak di bumi ini. Malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu malam..
Rasulullah s.a.w bersabda, “Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” Riwayat Bukhari.
Jom baca...~! Sharing is Loving (^^,)
Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud,
"Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukan kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar" (Al-Quran).
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga, Dakwah dan sebagainya.
OhMissWhatEver__said : Sedikit tazkirah di pagi hari..Di sepuluh malam terakhir, berlumba kita mencari keredhaanNya. Hidupkan malam beribadah dan iktikaf, Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan...
25 comments
InsyaAllah.
Masa kecil2 dulu, ustazah ade cerita mengenai org2 yg dapat Lailatul Qadar ni. Bertuah sgt.
Satu lagi, org cakap je. tak sure. Kalau malam tu malam Lailatu Qadar, pagi nye mesti ber Embun.. betul ke?
yup aina :) 10 malam terakhir yang penuh dengan macam anugerah, makfirah daripada Allah.InsyaAllah sama2 la kita tambahkan amal ibadat supaya kita diberikan rezeki untuk menemui malam lailatul qadar :)
syahirooAhmad : yup..bertuah sangat bg mereka yang rasa malam lailatul qadar. ber embun..? yang tu aiNa kurang pasti...
Aku Afzal : betul tu afzal, sama2 lah kita gandakan amal ibadah dan dpat menempuh malam lailatul qadar yang besar ganjaran nya...=)
jarang org nak engat mnde2 nih..10 rmdhan terkhir ? org akn lbih ramai lepak mall,mklumla musim2 sale..huhu,diskaun sna sini.. huhu boleh kira ngan jri bape rmai lepak masjid :)
betul cakap misspurple tuh, time 10 malam terakhir orang sibuk shopping je, manusia akhir zaman... huhu
sedih kalau tengok suasana dalam masjid sebab orang berkurangan
misspurple : kan3..boleh kira dgn jari. Yang lain, ukur shopping kompleks. Makin nak raya makin runtuh harga..
Miz Novexx : da nak akhir puasa ni ganjaran semakin melimpah ruah bila buat amal ibadah berjemaah, tp orang da malas nak g masjid. Tu yang nampak lengang tak macam awal2 puasa ari tu..
tempat gua ni surau penuh sokmo, syukuurr
syukur alhamdulillah..bagus surau masih penuh lagi. (^_^)
selaluny a10 malam terakhir manusia pakat lupa dh..hehe
surau kat area umah fara pun da makin 0 =='
insyaAllah kte manjadi golongan terpilih untuk beramal di malam terakhir nie...:) doa orang yang bngun di malam terakhir dimakbulkan...^^,
Aida Omar : (^__^). tu la, masing2 sbuk shopping raya..mudah2an kita tak lupa gandakan amal ibadat di 10 malam terakhir ni...
Faraa Eiman's : kebanyakkan da makin 0 fara..nak jumpa surau or masjid yg pnuh jarang2 skrg ni. :(
ika : insyaallah dear..(^^,). mudah2an kita tergolong di antara orang2 yang terpilih. Nanti balik U lepak sama tau~! =) hehehe..
semoga mendapat keberkatan untuk segala ibadah pada 10 malam terakhir nnt! :)
lame x dengar citer aina..jum semarakkkan 10 malam terakhir..rebut pluang..
semogaistiqomah dlam amalan,insyaAllah
Elie Lily : yup dear..~! sama2 lah kita mencari keredhaan dan keberkatan malam terakhir ini..
Mr.B[e]ave[R] : hehehe, jom3 semarakkan 10 malam terakhir ini. Awk da shopping raya belum..? =)
amir aizat : (^__^). ye, insyaallah. Sama2 kita tingkatkan amalan di akhir bulan ini.
haha...blum agi la aina..nanti la minggu last tu...merantau round kat jalan masjid india tu
hahaha...nak merantau ke masjid india, make sure pasang kuda2 dlu. takut nanti Mr.B tak larat nak tawaf satu masjid india...(^__^). mesti semakin sesak kan..
lautan manusia akan ku redah..mencari baju raya yang seswai ngan saiz perut ku
hehehe...baju raya Mr.B warna ape tahun ni..? =)
tema raye kali ni warne maroon...kasi warne klasik sket raye tahun nih..aina lak tema raye kaler ape
wah maroon..~! cun tu..=) tema raya tahun ni warna peach..Mr.B cuti raya bape lama..?
xlamew pon..smggu je...amik cuti dari bos pon banyak tu aje...tapi oke la..lamew2 pon x wat ape pon nanti
eh, seminggu tu pun lama tau~! Puas makan ketupat rendang kat kampung. hehehe..=)