Assalammualaikum....
Hi semua...(",) seminggu iols menyepi maklum la busy beraya. Raya kan sebulan! Hewhewhew.. Minggu lepas parents aku datang KL, datang beraya and aku of course la nak join sekaki. Since Johor ni cuti da lain sikit jadi masa tu jadi limited sangat... Family aku sampai hari Jumaat petang, Sabtu pagi kitorang bergerak ke Semenyih dan terus turun ke Melaka rumah Mak Ngah aku.
Melaka ni bagi aku best la. Dah la banyak tempat makan best, lepas tu banyak da upgrade kalau nak dibanding kan dengan Melaka yang dulu.. Di sebab aku orang luar jadi teruja dia tu lain pesen sikit nak berjalan saja. Nasib baik hakak tak packing baju spare, kalau tak memang da ajak husband check in memana. Hewhewhew.. (^^,) Mission aku selain beraya aku nak cari Kuih Keria Antarabangsa...
Kuih Keria Antarabangsa
Famous rupa nya kuih keria ni.! Sedap. Unik nya kuih keria dia takda pun gula putih... rangup di luar lembut di dalam (isi lembut). Ni lah dia yang di panggil Kuih Keria Antarabangsa sekilas pandang macam kuih Penaram (ke kuih cincin tak tau laa bahasa saintifik nya) Comel lotey padu. Harga sebijik 50 sen standard kuih sekarang. Aku beli rm 5 untuk 10 biji. Husband pun suka. Lagi satu uols..... Haaa peringatan ye! Kuih ni kena tempah dulu rupa nya.. hahaha. Aku main terjah je acah acah macam nak beli keria biasa. Sekali dia panggil nama yang order dulu terus aku rasa macam takde harapan nak merasa!
Senarai nama yang order 2 muka surat cheq oi...!! ternganga kejap hakak.
Tapi tu la, rezeki Allah bagi kan.. alhamdulillah ada baki 14 ketul keria ni.. jadi dapat la aku beli 10 biji. Sebab ada sorang brother tu nak beli 4 biji. Masa tengah bungkus keria ni, akak tu sembang dengan aku ;
Akak keria ; Lain kali call dulu dik, kitorang reserved.. kesian kalau datang jauh jauh tak dapat beli
Aku ; Tu la kak, saya baru tahu. 1st time beli ni hehehe
Akak keria ; Oh yeke.. duduk mana.? Ni simpan no telefon... lain kai call dulu ye. Ni nasib baik ada baki...
Aku ; Ok kak, insyaallah tu laa memang rezeki dapat jugak rasa. Duduk KL, tapi datang beraya rumah mak cik. Memang selalu ramai ke kak.?
Akak keria ; haah ramai, tu yang diorang call dulu. sekali goreng 400 biji... untuk goreng je ambik masa 40 minit lebih kurang
Aku ; *terkedu sambil sengih* Nanti datang Melaka saya call nak order. Thank you kak...
Next time datang melaka nak beli awaaa lagi.!
Kalau datang Melaka sila lah cuba kuih keria antarabangsa ni dan boleh contact Kak Zura ; 012 691 4026 untuk tempahan. (^^,) Location.? Waze saja... iols waze terus dia bawak sampai depan kedai. Hehehe..
Thanks reading.!
OhMissBlossom__said : Minggu depan banyak jamuan raya. Makan free la kita, banyak open house Department gituu.! Office sapa yang da buat jamuan raya..?
19 comments
Haah dear, kena tempah dulu kuih keria nie. Siqah dulu pun datang saja camtu memang tak dapatlah. Tempah dan datang sekali lagi semata nak beli. Bersungguh lah semata kerana kuih keria 🤗
wahh.. nice info sis. kita yg kg kat melaka ni pun tataw pasal kuih ni nak cari kat mana. yalah balik melaka pun jarang2. hihiks. okay lepasni balik melaka boleh la call dorang .. mmg suka gak makan keria2 ni ^^
ada msk tb aritu..hihi
wahh, zawara =)
haah lah macam kuih peneram. selalu baca orang update pasal kuih ni tapi tak penah singgah lagi
Pernah rasanya tgk Cerita pasal kuih ni kat Majalah tiga kalau tak silap.
Bila sambutannya hangat in sya Allah rasanya sedap... :)
wah...sampai kena booking..
memang sedap sangat ni..
Owhh memang pemes kuih keria ni sbb lain dr yg lain..dah masuk tv kan aritu ada tgok..katanya makan kuih keria ni lngsung tak muak..sira pun eemgan gula melaka kan..tak jeran la senarai book tu panjang berjela..yg dtg dr KL semua jauh2 kawan2 semua siap order..nti pegi Melaka kena cari ni.ada contact number senang dah.hehe
Favvvvv kuihhh ni hehehe:D
pemess betul kuih keria ni ek.. mesti sedap sangat2.. sian aina jauh2 dtg tak dapat.. takpe next time pegi lagi ye..
selamat hari raya aina.. :)
alamak terliur pulak tgk malam2 hi. hehehe
Hihihi ... Betul tue , memang nak dtg kena tempah dulu ... Memang kuih keria nya sedap sgt sgt... Sebab bnyk ubi dari tepung kan? And dia pakai gula melaka untuk gula tue ... Aina g melaka try tak coconut shake ? Bagi nadia coconut shake batu berendam lagi sedap dari klebang dan yong tau foo nya pun sedap... =) ... Tapi taste org lain-lain kan ... Hihi
Pernah rasaaaaa and sedap!
Still di mElaka ? =) dear
kuih feveret nieh..
Oh, kena tempah siap-siap ya! Nasib baiklah Aina beritahu. Akak pun fikir main datang beli aje. So nanti kalau pergi Melaka nak order siap-siaplah. Kalau tidak, telan air liur ajelah gamaknya.
Belum pernah rasa ni. Mcm teringin pulak Aina. Kalau balik kg bolehlah ngetest nanti. Ni kuih faveret jugak ni
Aina..sis JM tgh cari no tel utk tempah kuihkeris ni syukur aina share kat sini..teringin nk makan sbb ramai ckp sedap
Salam..nak tanya, ni kuih keria antarabangsa yg mana satu? dekat limbongan tu banyak kedai kan..