Assalammualaikum...
Hi uols.! Salam Syawal ke-8 ('',)
Da puas hakak melemang dan merendang, jadi hari ni kita kosong kan perut buat puasa 6 sekali puasa ganti... Apa cite raya uols..? Huuhuhu... Hakak tahun ni balik rumah mertua. Tengok hashtag hakak tu hah.. #teamrayakampungsuami siapa lagi yang balik kampung suami dlu..? hi-5 sikit.! (^__^)
Sis dan husband bergerak ke Pahang pada hari Isnin malam... Bagi laki Iols makan kenyang kenyang, lepas tu singgah Petronas belanja dia kopi. Bia cerah sikit mata nak bawak kereta. Hakak..? Hmmm sampai highway Karak da terlena weii. Sedar sedar da sampai depan rumah mak mertua. Hewhewhew. Co - pilot yang berjaya sangat! Trafik malam Isnin tu, Alhamdulillah berjalan lancar.. tak la weols merasa jem tak bergerak sampai berbelas jam.. Kalau jem tak gerak mau sahur dalam keta agaknyaaa la. Hihihi...
1 Syawal 2016.
Tak lengkap ni.. Ada dua orang yang tercicir.
My second family.. Maafkan hakak. kesilauan
Baru sis tahu macam mana perasaan beraya tanpa mak ayah dan adik adik di sisi. Syahdu bak hang..! Menitis sikit la ayor mata ni... kalau tak menitis nanti uols cakap hati sis keras pulak. Takpela sis dramatik sikit. Nak nak lagi bila pagi raya call Mak iols, dia nangis dulu. Guana la hati sis tak di runtun pilu..Huhuhu. Takpe mak tahun depan weols raya Johor pulak! Insyaallah.
Menu raya..?
MIL sis masak Laksa Johor, Rendang Ayam berserta lemang. Ini lemang bukan sebarang lemang haaa.. Ini Lemang Periuk Kera punya. Sapa pernah rasa lemang periuk kera.? Ni la pengalaman pertama hakak makan lemang periuk kera. Hihihi, batak la kejap. Sebab tak pernah jumpa apatah lagi makan. Alhamdulillah rezeki kennn.. Sedap! merasa la kita lemang periuk kera. Lemang biasa tu da selalu makan. (~_^)
Ni la rupa Lemang Periuk Kera
Kita rindu dengan menu raya Johor, Nasi impit, Ketupat Palas, Lemang Redang, Kuah Kacang, Lodeh, Ayam Kicap, Ayam Merah, Ayam Rendang. Tak pelah carry forward tahun depan. (^^,) Insyaallah merasa pulak suasana Raya dekat Johor. Hihihi... So, raya kedua kita ke Segamat, jumpa la dengan family iols pulak. Beraya Segamat, kampung ayah, turun ke Batu Pahat, Kluang, Parit Raja lepas tu terus balik JB. Mengah dengan makanan uols.. malam tido aku n husband kena letak minyak dekat perut.. tu la makan tak ingat. Ke-senakan dedua. Hahaha..
Okay la, panjang pulak membebel. Excited nak menaip, coretan pertama raya berdua la kata kan.. Uols macam mana pulak..?
Thanks reading!
OhMissBlossom__said : Minggu ni kita sambung beraya lagi ye.. Rumah pakcik makcik kenala singgah. Ye dok..? Selamat hari raya uols. Jom ziarah menziarahi, erat kan silaturrahim.
43 comments
Alahai sedih lak baca..
takpe alah bisa tegal biasa, lepas ni sure ok punya..
1st time tengok lemang periuk kera.. cam menarik je, sedap tak?
p/s : Biskut Meringue tu dia rasa kosong, sebab semata telur putih :)
memang syahdu raya rumah mertua hehehe walaupun jumpa mak setiap hari :)
Wahhhh nampak kesipuan Aiba disitu. Atenya pengantin baru kan hihi...
Barulah mak dpt tgk jejaka yg dpt menawan hati Aina tu. Nampak alim dengan janggut sejemput kat dagu tu.....Hubby anak sulung ye Aina?
Lemang periuk kera? Mak pun tak pernah makan Aina. Rasanya confirmlah pulutkan hihi...cuma bekas je berbeza.
Mil baik hati betul ye....buatkan laksa johor utk menantu tersayang....
Wahhhh nampak kesipuan Aiba disitu. Atenya pengantin baru kan hihi...
Barulah mak dpt tgk jejaka yg dpt menawan hati Aina tu. Nampak alim dengan janggut sejemput kat dagu tu.....Hubby anak sulung ye Aina?
Lemang periuk kera? Mak pun tak pernah makan Aina. Rasanya confirmlah pulutkan hihi...cuma bekas je berbeza.
Mil baik hati betul ye....buatkan laksa johor utk menantu tersayang....
hehe..pengalaman pertama ye..saya 2 tahun pertama raya kat kg husband dulu..huhu..hati keras kot, xde perasaan sgt..hehe
tahun ni beraya kg saya dulu..pagi raya husband call mak mertua, nangis..huhu..acaner tu.. husband mestilah rasa tak keruan, nak blk cepat kan..hehe..saya pun rasa tak sedap gak mak mertua nangis..hehe
Hensem suami aina.hahaha itu yg dikomennya dulu.
Alahai bukan tak balik terus kot.Raya kedua dah balik Segamat..menu raya Johor still ada kan..akk yg kt Kedah pun dah mak mertua org Johor memang selalunya raya kami menu johorian belaka.hehe
same cantik same padan sis laki bini. :D family mertua nampak cam sporting je sume.hihi ;D
High 5 sikit aina! Hehe. #teamrayakampungsuami 😁
Siqah kali pertama raya kampung suami tahun nie. Kelainan pasti terasa lah. Sebelum raya rasa sedih je sebab tak dapat beraya dengan keluarga kita. Tapi masa dah 1 syawal, takde pulak perasaan tu. Mungkin sebab kat rumah mentua sibuk je, ada je aktiviti nak dibuat. Tu yang tak rasa sedih. Ke hati keras? Hahaha!
Siqah rindukan lemang dan ketupat palas. Mana nak jumpa menu tu kat Johor kan? Alhamdullilah semalam dapat jugak makan, kawan ofis bawak. Terasa lengkap raya. Muahahah.
Btw, sama padan aina dan suami. Cantik tema baju tahun ni. Pastel 😍😍
heee.. msti sedih kan. tp xpela suami ada beri kekuatan..ekeke.
cntik warna pastel.. lawaaa.
Pernah makan pulut periuk kera di sarawak...mungkin lebih kurang sama kot rasa dia kan...
selamat hari raya dik...memang gitu la perasaan di awal2 perkahwinan...biasa tiap2 taun pon raya dgn famili sendiri jekan tetiba kene raya dgn famili mentua pulok...kikiki...hakak pon cam ko gak dulu...tapi akak drama lebih skit....hahaha...penah dengo lemang periuk kera ni tapi tak penah makan lagi...takpa2 taun depan beraya kat johor pulak ye...mana tau ada rezeki bleh beraya bertiga pulak...hehehe
Oooo memang wujud rupanya lemang periuk kera, ingatkan dalam cerita Upin dan Ipin jer.. macam mana rasanya sama ke macam lemang dalam buluh.
Anyway selamat hari raya maaf zahir batin ya!
Banjir airmatalah rumah PIL Aina raya pertama tu kan hihi... alahai dik itulah dikatakan org baru menikah, kena belajar berjauhan dgn parents sendiri. Sedih tapi kalau jauh dgn suami lagi sedih tau... kita beruntung masih dpt raya bersama suami.
Kakak tak pernah rasa lemang periuk kera. Special sangat. Tempat kita kat JB ni mana nak cekau periuk kera banyak-banyak macam tu. Kakak nampak adalah satu-dua di nursery buat perhiasan..
Lain kali bawa seketul-dua bawa balik JB hantar rumah kakak haha...
ceri ucapkan selamat hari raya aidilfitri :) semoga kak aina ceria selalu :):)
blom pernah dapat rasa lemang periuk kera :)
banyak pulak baca pasal lemak periuk kera ni. mcm mana agaknya rasanya ye?
Selamat hari raya awak ... Akhirnya , ada cerita syawal awak . Hari-hari jugak dok view page awak masa raya tue ... Hihihi tak ada entry baru , raya sakan rupanya . =)
Waaa~ benda baru tue lemang periuk kera . Sedap ek ? Memang boleh dapat di Pahang je ke?
Nadia tak leh join awak #rayakampungsuami ... Hihihi , sebab tahun nie nadia raya side nadia dulu.
Ketupat palas ... Nadia suka !!!! Tapi tak reti buat .
Ok lah ... Nanti kita singgah lagi. Selamat hari raya lagi skali . Maaf zahir dan batin ye . Awak =)
Myra Jay : Haha tu la kan. pengalaman pertama hati rapuh lg! kikiki.. Sedap sama mcm lemang biasa. tp dia xde kerak. sesetengah lemang dia keras n ada kerak kan. i seee bru tau! ada ala2 mcm pavlova x? hehehe =)
Azlinda Azman : hahaha.. kan akk! lain la perasaan raya pertama x bersama keluarga.. hihi
hainom OKje : Hahaha gitu la makk.. shy shy cat gituu =P aah anak sulung mak. Betul tu rasa pulut. tp lembut mak xde kerak yg mcm lemang biasa tu.. hihi lemang bluh tu kekadang keras n ada yg mentah.. tp ada je yg okay. =) Kan mak.. terubat skit hati ni bila ada laksa johor! ^^
Yana Libra : Salute YL.! Huhuhu... aina mungkin sbb sulung pastu sorg pempuan.. uihh terasa jugak tu. Kann rasa tak sedap bila menangis. mesti rasa nak cpt je sampai rmh mak dia HB YL tu. ^^
Puan Kutu : Hahaha.. thank you kak PK. ish tu la kak... sayu mungkin sebab anak sulung pastu sorg je perempuan.. hiihi. Raya kedua ptg tu da jmpa family. tp mmg x sabar perasaan dia. Haha..
nadhie wueen : alhamdulillah... hehehe family husband sporting. Thank you dear nadhie =)
Siqah Hussin : Thank you dear. hehehe yeah! #teamrayakampungsuami gitu... haha. Tu la siqah agak lain perasaan nya. aina ok tp bila call mak tu hah mula sebak dah.. Hihih...
nuyui a.k.a miss YUI : betul tu yui.. lg satu dlm proses kenal family husband jugak.. segan ramai tak kenal sedara mara lg. hehehe btw, thank you yui =)
Julia Johari : betul tu kak.. rasa sama je. =) suka sbb lembut xde bial, mentah or kerak. hehe
Malinda : Amin amin. insyaallah...hihi. Haaa btul tu kak.! terasa kelainan nya. Hahaha.. Insyaallah tahun depan turn raya johor pulak. =D kena la gilir2 kan da berkongsi hidup ni. hihi
Mrs. A : Selamat hari raya Mrs. A! kann haha igt dlm upin ipin je. Wujud kak. aina pun 1st time meraso. Sama je dgn lemang buluh. tp dia lembut skit ala2 nasi tp rasa pulut. gituu la. hihi =)
Kakzakie Purvit ; Btul tu kak! Alhamdulillah suami ada di sisi kannn.. hehehe. Tp kak menu johor mmg win. Meriah lauk kan! Periuk kera ni diorg dpt dari hutan agknya.. Pahang msh byk hutan. Kita dkt Johor hutan tgl sekangkang kera je hehe..
Ceri Koko : Terima kasih dear.. =) selamat hari raya juga buat si comel ceri hehe
Sop : kena cuba ni..! hehehe =)
Mommy Cici : rasa sma mcm lemang biasa tu. tp dia lembut mcm nasi jugak.. tak keras n xde kerak. =) Mommy klu ada kesempatan kena cuba! Hehehe.. unik.
nadiah izzaty : Selamat hari raya dear Nia! thank you jenguk blog kita.. semggu berwasang. Hehehhe =). Alhamdulillah dpt update cerita syawal tahun ni. =) Takpe tahun dpn nadia replace aina jd team raya kampung suami. Hehehe.. Lemang periuk kera ni byk jgak tmpt yg ada.. yg aina tahu pahang, melaka, sarawak. Tmpt lain tak pasti.. =) Sama! ketupat palas n ketupat biasa aina reti makan je nia.. buat mmg out. Tangan keras. haha.. ok nia! aina terjah blog nia pulak nanti.. =)
lemang periuk kera.. ari tu beraya rumah moksu di johor makan ni..sedapp!
Pernah sekali je makan lemang dalam periuk kera. Tasted much more better than lemang buluh. I loved it!
Anyways, you look so beautiful with baby blue dress. Selamat Hari Raya buat kalian semua.
Makanan Pahang dengan Johor sure lain lah kan? Hihi takpe. Tahun depan turn awak pulak :D
lemang periuk keraaa. sedapp! penah rasa sekali je. huhui
azizah green line : sedap kan dear..! =)
Nisa' : true! I pun prefer lemang periukk kera.. hihihi. Btw, thank you dear n selamat hari raya =)
Nadratul Syazwana : ada beza... hehe kann lain negeri lain menu, cara n rasa masakan.. insyaallah tahun dpn turn sy.! =)
. . fil . . : betul betul! rasa x berkerak mcm sesetengah lemang buluh =)
pengalaman pertama la ni raya kampung suami.. kita raya kampung sendiri sebab takde suami lagi.. hihi.. memang rare lah tu lemang periuk kera.. tak pernah rasa lagi tgk dalam tv je.. huhu..
Akak memang takda pengalaman kena ikut giliran time raya. Maklumlah memang tiap tahun beraya di kampung akak. Cuma tahun lepas ajelah mak mertua ada di sini. Dengan mak mertua sekali kami angkut balik kampung. Hahaha!
Amboi, first time nampak suami Aina! Malu-malu kucing pulak nak bergambar, bagi alasan silaulah apalah yerk!
Ini tak aci. Sehari je raya kat rumah mertua. Raya kedua dah bertempuk bertampar dengan keluarga belah Aina pulak dah. Sampai ke BP awak sekeluarga beraya ya. Akak ada aje kat rumah BP masa tu. Tapi raya kedua kita beraya ke rumah satu-satunya mak saudara dan sepupu sepapat mana yang dapat. Mengah juga kerja makan jerk!