Wednesday, January 18, 2017

~ Orang Tanya : Best tak Business..? ~

Assalammualaikum.....

Hi uols... Maaf la update blog seminggu sekali. Soalan ni ramai dah orang tanya.....

 "Best tak Business..?"

Kita bukan nak business arini esok lusa bungkuih. Perancangan kena ada untuk bertahan lama. Bukan sebab kita tengok kawan, jiran sebelah, musuh niaga kita pun nak niaga. Buat sesuatu biar dari hati. Passion gitchu! Business untung rugi tu asam garam. Faham, business sekarang untuk tambah pendapatan kan selain minat. Jujur nya business kami mula dari ZERO pada tahun 2014. Masa tu tengah internship n kenal dengan business partner. Kira nya masa develop aryana couture ni iols student lagi.... (^^,).

Family belah mak aku memang jenis berniaga. Mak pulak suri rumah & niaga kecik kecik (kain pasang, tupperware, Avon, dll aku pun tak ingat) so, dari kecik aku da terdedah dengan dunia business. Mungkin ada sikit la aku warisi DNA business dari mak aku hewhew.  Family tak tau pun aku niaga tudung masa internship. Depa tau bila aku start promote dekat Facebook. Awal awal dulu payah nak dapat cust online ni, ibarat mencari belalang dalam semak. Tapi kunci dia Usaha, Sabar, Tenang & Tawakal. Uols rasa berapa modal permulaan kitorang..?. Sapa dapat teka next entry iols umum kan n nak bagi HADIAH sikit. (^_^)


Model manis manis.. (^^,)

Tak pernah terfikir pun nak business tudung !

Pada asal nya. Tapi minat aku cenderung pada tudung. Niat aku jual tudung ni sambil berdakwah kecil kecilan. Industri Hijab pun tengah mencanak laju tak terkejar dengan memacam design wujud. Tak kesah nak ber-fashion, asal kan masih menepati syariat. Aku peminat tegar Halfmoon.! N mostly halfmoon yang jual dekat pasaran nipis, pendek. Stress mak. Masa tu nekad nak jual Halfmoon shawl yang better. Bermula lah adegan mencari supplier, tailor dan sebagai nya, Aku cerewet & teliti orang nya. Hasil mencari akhir nya... dapat juga HM memenuhi citarasa iols. Taraaaa..


Halfmoon gaya 1

Halfmoon gaya 2 (nak tunjuk labuh & lebar)

Supplier, Marketing. Customer. Mana nak mula..? 

Nak seribu daya kena gigih cari supplier. Pengalaman aku belajar jangan bergantung pada 1 supplier. Masa tu ikan bilis lagi, jadi setakat niaga kecik kecik ni depa pandang celah kuku je noh (^^,). Ingat kak pesan ni research pasal business, pasal marketing, pasal supplier. Tak de pengalaman takpe, boleh belajar. Untuk marketing mula dengan FB & Instagram. Sendiri jual, sendiri wajib jadi duta. Macam mana orang nak support kalau diri sendiri pun tak support. Yedak.? Sebab ramai customer request nak tengok CONTOH pakai sesuatu produk

Okay, cukup la tu. Panjang pulak entry harini. Hehehe.. Best ke tak business.?
tepuk dada tanya hati... Ada yang minat business, ada yang jiwa nya bidang lain. Manusia perangai & minat kan lain lain.



OhMissBlossom_said : Sis tak banyak handle fb & Ig, sis terlibat belakang tabir je.. (^_^)



29 comments

January 18, 2017 at 4:24 PM

Sudah jadi sabda nabi 9/10 rezeki datangnya dari berniaga.
Untung-rugi lumrah berniaga.

January 18, 2017 at 4:30 PM

@Kakzakie Purvit yesss. betul tu kak... yg penting sabar, terus kan usaha n jangan putus asa. =)

January 18, 2017 at 8:59 PM

Minat juga,tapi tkde ilmu. Tulah nk ilmu kenalah cari, tapi malas nj cari, habis tu camno??

January 18, 2017 at 9:04 PM

Semoga terus berjaya sis :)

January 19, 2017 at 12:28 AM

support Aryana Couture! Moga bisnes makin maju aminnn =)

January 19, 2017 at 1:07 PM

@Nor Azimah xpe slow2. try niaga suka suka dlu =) bila da seronok nnti perasaan serius tu akan dtg. hehe

January 19, 2017 at 1:07 PM

@Ana Suhana tq syg =)

January 19, 2017 at 1:08 PM

@Nurfilzahnurfya amin!! thank you dear... moga kita sama2 sntiasa maju. hehe tq jd antara org kuat #aryanacouture =)

January 19, 2017 at 2:55 PM

alhamdulillah..yg penting semangat dan keinginan tu ada..

January 19, 2017 at 9:52 PM

Best bila dpt keinti gan tetapi di sebaliknya tu perlu usaha yang gigih hati kena kental

January 19, 2017 at 9:52 PM

Aina..dah email detail kepada SS belum untuk tuntut hadiah GA

January 20, 2017 at 10:48 AM

Akak pun minat halfmoon, yunk oi! Tapi itulah halfmoon yang ada pendek-pendek. Watpa tutup aurat kalau separuh jalan ajekan.
Akak sukalah baca kisah pengalaman orang mula berniaga ni. Beri inspirasi selalunya tapi malangnya ia tak kekal lama. Kalau kekal dalam diri, tentu dah jadi businesswoman akak nih tau!

Oh, rupa-rupa sejak belajar ya dah berniaga! Baguslah macam tu Aina. Dah dikata sumber rezeki tu dari berniaga. Akak ni teringin juga tapi belum jumpa produk yang sesuai dengan diri untuk diniagakan. Minat pun suam-suam kuku aje. Kalau sendiri tak minat produk yang dijual, macamana nak promote bisneskan!

Tapi akak nak tanya juga, masa mula berniaga dulu Aina memang jual tudung orang ke atau tudung buatan sendiri? Kira cari supplier kain, tukang jahit sendirilah ya untuk hasilkan tudung jenama sendiri?

Ni nak teka juga... modal permulaan tu RM100 aje ke?

January 20, 2017 at 11:05 PM

Oh aina dh berniaga ye...bgus2 sgt..
in shaa Allah semoga maju..knor lma tak jenguk sini,ketinggalan kereta api..hihi

January 23, 2017 at 9:43 AM

@Kamsiah Yusoff tq kak. betul tu.. dr suka suka skrg jd minat yg mendalam hehe =)

January 23, 2017 at 9:45 AM

@Jari Manis betul JM! kena kental n hati kena sado. hehehe JM aina sebenar nya lupa ada join GA. aina bru emel SS jumaat lepas. Maaf lambat, update blog pn jrg2 hehe tq remind ye JM.=) Smga SS n JM murah rezeki sentiasa. aminn

January 23, 2017 at 9:48 AM

@Mummydearie betul kak! stress je kan. HM paling senang nak pakai. kikiki.. hahahaha minat aina dlu pun suam suam kuku kak, lama lama seghonokk pulak!. Haah mmg dr awal niaga tudung.. cari supplier smua. dlu tak tau supplier murah, dapat smua cekik leher. tapi lama lama dpt jugak yg blh bg harga murah. n utk shawl n Halfmoon ada tailor yg jahit =)

Hihihi.. up skit dr rm 100 kak. modal combine dgn partner =)

January 23, 2017 at 9:49 AM

@Kayu Manis hihi kan knor.! paham knor busy.. aina start masa belajar lg knor. niaga kecik2. hihihi saja crik pengalaman dlu. Knor tetap jd sifu aina. kagum dgn knor niaga =) semoga trus maju knor!

January 23, 2017 at 12:42 PM

mila pun mula-mula dropship je.lepas tu pegi timba ilmu keluarkan modal sikit untuk dapat ilmu now buat sendiri dari A-sampai z cuma xseries sangat dalam bisnes online.kira macam part time jugak.sebab dah ada komitmen lain.ni sekadar isi masa lapang dan side income je.

January 23, 2017 at 3:33 PM

cantik warna- warnanye

January 24, 2017 at 8:59 AM

alhamdulillah, Allah tahu niat kita. dah usaha,tawakal dan doa, jadilah mcm bisnes aina skrg. tahniah, moga terus success mia ucapkan! :D

January 24, 2017 at 1:50 PM

ada minat inshaaALLAH blh kan yunk..

semua bljr dri bawah.

January 25, 2017 at 11:13 AM

kalau nak gune model area jb boleh contact hakak.. kbai!

January 27, 2017 at 9:48 AM

Teringin nak bisness tapi tak tau nak bisness apa. Tudung ni tak cepat berubah pesen ke Aina. Takut stok lama ada lagi, pesen pun dah bertukar.
Betul tu Aina, nak meniaga ni mmg kena sabo.

Hakak rasa modal Aina cuma RM1000

February 1, 2017 at 12:12 AM


tahniah sis atas usaha n penat lelah sis. yup yang penting minat kan ;) baguih 👏🏼👏🏼👏🏼 saye teka modal sis maybe dalam rm300 or rm500 untuk permulaan? 🤔🤔 as student katakan.

February 8, 2017 at 11:47 AM

Power kak! Kite pun tengah pikir2 jugakni sebab nak cari side income. Mungkin jadi dropship je dulu. Tapi, bukan produk tudunglaa sebab kita xreti fesyen2 nii. Hihi

February 10, 2017 at 4:21 PM

Bagus aina start buat bisnes. Siqah plan juga nak buat satu bisnes, tapi tak tahulah apa. Modal pun takde sangat dan tak tahu berniaga. Tapi semua tu boleh belajar kan :)

Semoga bisnes aina berjalan lancar :) Siqah tak reti pakai half moon. Shawl biasa boleh dan ada dah beli Aryana Couture Aina :)

April 11, 2017 at 12:23 AM

Waaa, congratz Aina . Ada business rupanya . Baru tahu. Sorry terlmbt tahu pasal aina ada business . Kann nadia pun suka business tudung .

Nadia dlu ada buat business tudung . Design batik. Tapiiii, skrang dah stop dah sbb org yg nak lukis batik tue dah tak ada . Jadi nya stop lah. Tgk lah if tiba2 nadia nak buat balik business batik tue kena all out 100% lah . =)

Post a Comment