Sunday, July 31, 2011

~Salam Ramadhan Al-Mubarak~

Assalammualaikum....

Hello readers n viewers, update laju-laju okay (^_^). Menjamu rojak tauhu di saat ini. ~> ooh, jangan nafi kan air liur anda sdg meleleh.! haha. Okay,  bila tengok title dekat atas, mesti u all tau apa yang aku nak cerita. Okay, dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan yang mulia. 

Di bulan yang penuh keberkatan ini, ambil lah kesempatan untuk melipat ganda kan ibadah dan pahala kita. Rumah sentiasa kata pergi dan kubur sentiasa kata mari. Mati tak kenal usia. Bayi dalam kandungan pun boleh meninggal dunia, apa lagi kita yang semakin meningkat usia. Renung2kan sejenak. 

Bersihkan hati dari hasad dengki, iri hati, segala umpat mengumpat atau menganyam ketupat...suci kan fikiran dan jangan bersangka buruk. Tinggalkan segala sifat mazmumah... Bulan puasa setan di ikat, setan x ada jangan korang pulak yang menyetan...hehe. 

Sebelum Ramadhan membuka tirai, maaf kan segala bisa ketika tangan berkata... Ucap lah selamat tinggal kepada amalan jahat, selamat tinggal kepada kelalaian ketika beribadah, dan selamat tinggal kealpaan ketika menuntut ilmu. Akhir kata sambutlah Salam Ramadhan dari aiNa...(^_^)


OhMissWhatEver__said : Puasa2 juga, ibadat jangan lupa. (^_^) jom ramai2 p terawih!. 

Saturday, July 30, 2011

~Best woah!~

Assalammualaikum...

Lately ni aku da jadi pendengar lagu yang tegar.. wuhuhu..aku memang pencinta music (^_^). 
Kelas nyah.! 
Tapi, lagu-lagu yang aku dengar semua pattern macam ni...

v
v
v
v
v
v



Apekah makna ini semua..? Mungkin dalam hati berbunga-bunga. Bunga mawar ade, bunga matahari ada..segala bunga la ada. =P Best atau tak ikut telinga dan hati yang menilai. Kalau tak best kenapa eak..? korang tak korek telinga koot.! hehehe. Peace, xmo sentap okeh. (^_^).

OhMissWhatEver__said : Enjoy this song. Dulu admire gile dgn irwanshah. (^_^) alrite,
Gudnyte dear.! 

~Ambooi, Anak Emak..!~

Assalammualaikum.....

Selamat malam guys.. (^_^). Baru berkesempatan update blog. Bajet busy la tuh.! Bajet kau kata, naik sengal segala otot aku hari ni. Okay, x lama lagi bulan ramadhan bakal menjelma. Lagi dua hari je. Sabar-sabar. Jadi, untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini, pelajar-pelajar sekolah berasrama dibenarkan pulang. Termasuk la adik aku yang kini berada di dalam bus untuk pulang ke rumah. Mudah-mudahan selamat sampai pagi esok-Amin. 

Ye, aku nak bercerita tentang anak emak yang sorang ni (adik aku laa).. aku pun anak emak juga. U all pun anak emak, anak ibu, anak umi, anak mami, anak mama dan sebagainya kan. Haish, untung belajar jauh-jauh macam adik aku. Masih bersekolah lagi. Form 4 sudah. Dekat mrsm muar. Faham-faham la kan, jarak memisahkan untuk kerap menjenguk dia. Hanya public phone penghubung berita. Balik pulak sekali sekala...

Emak aku, kemain sibuk lagi bila nak sambut anak-anak balik tau. Habis segala lauk pauk di masak nya untuk jadi hidangan. Bak jelmaan anak raja kayangan dowh.. Lauk sepanjang meja kalau boleh, dari hujung sana sampai hujung sini. Hari ni, satu hari wa tarak rehat.. Di sebabkan pagi nanti adik aku sampai, menu emak hari ini ialah Nasi impit, rendang, kuah kacang, masak lodeh dan ayam kicap. Macam juadah raya daa! Banyak kan.? tapi insyaallah tak membazir dengan ada nya pirana-pirana jadian di rumah ini. Hebak penangan si anak..(^_^). Ibu bapa sanggup buat apa saja untuk menggembirakan n meraikan anak2.

Okay, tu kes lauk pauk. Lepas tu, petang tadi emak suruh aku n adik aku sorang lagi petik Rambutan. Sebab..? "kesian dekat si syafiq tu tak rasa lagi buah rambutan rumah kita ni".. Finee, pukul 4 petang aku da terpacak bawah pokok rambutan. Petik punya petik dapat la dua plastik besar. Untuk makan sendiri dan bagi jiran-jiran berdekatan. Tu la habuan setelah gua berperang dengan nyamuk dan bala tentera nya yang lain... Macam dalam cite sarjan Hassan tu..(ceeiit, gempak noo).

Kesimpulannya, aku nampak dan aku tahu emak n ayah suka n gembira dengan kepulangan syafiq. Ini lah ramadhan pertama di mana kitorang dapat berkumpul bersama di Penang. Tahun lepas, aku n haziq tak dapat sambut 1 ramadhan dengan keluarga. Alhamdulillah, hikmah cuti 4 bulan. Impian bersahur n berbuka bersama kelaurga menjadi kenyataan tahun ni. (^_^).


OhMissWhatEver__said : Kasih sayang keluarga, amat bernilai. Tanpa mereka tiada lah kita.. 

Thursday, July 28, 2011

~Surat utk Harimau Malaya~

Assalammualaikum....

Anyway..Tahniah Harimau Malaya.! 
Walaupun kalah tapi aku tetap bangga. 
U all da cuba yang terbaik.
 Tak ada ape yang perlu di sedih kan, di kecewa kan, di kesal kan. 
Kerana kalah dan menang adat perlawanan....
Rezeki berpihak kepada lawan.
 Teruskan usaha untuk melahirkan pemain-pemain yang berbakat.
Special dedicate to Safee Sali n Khairul Fahmi, 
korang memang  pemain dan keeper terbaik...
Congratulation.~!




Pengakuan ~> wa still sakit hati dgn cara permainan singa yang banyak buat drama..
Tau la dekat sini padang rumput ori..! (~_~)

OhMissWhatEver__said : Soccer kids, bakal melahirkan pemain berkualiti untuk menjadi pelapis dalam arena bola sepak negara. "melentur buluh biarlah dari rebungnya"..

~Mesti deNgar~

Assalammualaikum...


Sungguh best..!! Buat blogwalking mesti jumpa lagu ni. Ada aura betol.~! Enjoy saja. Malam ni Singa Vs Harimau. kita ada chance tak nak menang.? 

OhMissWhatEver__said : percayakan kesetiaan ini..~> okay wa nak tengok bola! nak tengok Khairul Fahmi (^_^). Go! harimau Malaya.

Wednesday, July 27, 2011

~Nama ooooo Nama~

Assalammualaikum....

Selamat malam readers n viewer...! Nama budak-budak zaman sekarang ni kemain canggih, panjang dan sedap pulak tu. Dalam kecanggihan, kepanjangan dan kesedapan tu.. ada maksud tak.? Tapi zaman sekarang ni majoriti nama yang dipilih ada maksud yang baik. Lain la zaman dulu-dulu. Zaman tok nenek moyang buyut kita. Diorang main letak aje. Yang penting budak ni ada nama. Takde la panggil "hoi", "samdol", or "bagero"  kan.

Contoh nama zaman sekarang ni, Nur Qurnya Fasha Humairah.. Mak oii, semput haku nyebutnya.! See..see.. nama sampai tak muat nak letak dalam IC. Tu baru nama anak. Belum di binti kan dengan nama bapak lagi. Tengok macam nama Ainatul Aqilah. Super duper simple kan...kan..kan..? *facepalm*  Ape pun, alhamdulillah nama aku ada maksud juga. Maksud nya --> kecantikan/ kecantikan mata dan kebijaksanaan. Apa gelak2..? Ye saya bukan rupawan, saya bukan jutawan, saya bukan cendekiawan..tapi saya ada senyuman yang menawan.. huii. Boleh adopt tak..? (nak muntah air, hijau, biru, colour pelangi sekalipun, g jauh2 ye) =P.

Dulu aku persoalkan dekat emak n ayah. Kenapa nama aku tak de Nur, Nor, Nurul dekat pangkal. Aku nak sangat nama yang ada Nur, Nor n Nurul. Aku tak suka huruf A (dulu laaa).. Sebab.? Masa zaman sekolah, asal kene check gigi, kene injection, ukur tinggi n berat..mesti aku dulu yang kene. Dari sekolah rendah sampai menengah.. hakuuuu jee lah. Takde orang lain. Paisey gile. 

Sekarang, aku da tak kisah da. Okay apa nama tak de Nur, Nor, or Nurul. Sapa yang kes dia macam aku, kira untung la. Sebab nama kita unik. ececeh...kombang lubang hidong kau yek.! Tapi bila aku masuk ipta, nama aku diantara yang belakang2. Yes..! yaabeedaabeeduu.. That's y i loike, sebab tak amalkan Name bias.  heeeheee..Okies, ape pun bila korang da berumah tangga, berumah batu even berumah kayu sekalipun bagi la nama yang sesuai n yang baik2 untuk anak korang ye. Nama ialah doa. Jadi panggil la dengan panggilan yang baik..

Source: Incik Google

OhMissWhatEver__said : psssstt..apa maksud nama korang..? mai la kita kongsi. Sharing is caring. (^_^).U..! sorry if little bit boring bila masuk blog i. Mp x boleh berfungsi pulak. =(

~Wordless Wednesday~

Assalammualaikum....




OhMissWhatEver__said : 3 jantan 1 betina.. mana jantan, mana betina..??. (^_^)

Sunday, July 24, 2011

~Blueberry CheeseCake~

Assalammualaikum.....

Source : dari En.Google.

Petang tadi, i having this...(^_^) ouh,  Manyak syiok..! Ye saya seorang pencinta makanan TEGAR. Walaupun tank saya macam kereta kancil. Tapi, itu tak menjadi masalah donkkk. Blueberry Cheese cake dekat Bukit Jambul. Terbaek..! Ape-ape..? ingat Secret Recipe je ke best... huhuhuu..

OhMissWhatEver__said : Da lama tak lepaking sambil menjamu cake... Miss the moment..! 

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Assalammualaikum...

Thanks to kak Ekin.. (^_^) Sebab, i jumpa GA ni dekat blog dia. Ramai-ramai serbu blog dia jom..!!

Photobucket


Jom la kita join sama-sama .. sila klik banner ye.

Saya join GA. Da follow juga kedua-dua blog yang menganjurkan GA ini. Sekarang aiNa tag mereka yang sweet. 

Okay da siap...! Have fun okeh..(^_^) tak rugi pun...err..aiNa tag ramai sikit ye. 

OhMissWhatEver__said : GA..GA..GA. (~_~)

Saturday, July 23, 2011

~Malaysia vs Singapura~

Assalammualaikum...

Ola...First of all, tahniah Harimau Malaya. Keputusan 5-3 yang berpihak kepada lawan. It's okay, adat permainan kalah dan menang. Walaupun kita kalah, tetapi kalah bermaruah der... Teruskan usaha menentang mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu depan.. 




Apa yang membangga kan.. semua players kita merupakan anak jati Malaysia. X main la import export weih.. (^_^). Malaysia Boleh..! We proud to be Malaysian.. Nama mu gah di persada antarabangsa. (patriotik betoi aku malam ni) hehehehe.. Anyway Safee Sali, Safiq Rahim, Amirul Hadi, S Gunalan dan yang lain-lain..korang terbaek..!

OhMissWhatEver__said : Syabas harimau malaya....(^_^)

~Saya Dari Universiti Putra Malaysia~

Assalammualaikum....

Hello, selamat malam Malaysia..! Malam ni rajin la pulak kan. I nak join segmen yang di anjurkan oleh Suhazli. Mai la join ramai-ramai. Klik banner di bawah ye..(^_^)


Nama panggilan..
As usual, panggil saja aiNa...lebih mesra alam. 

Universiti yang tengah belajar atau dah habis belajar..
Seorang penuntut tahun 2 di Universiti Putra Malaysia, campus Serdang. Bukan di Bintulu, Sarawak yaw.  Sebelum melangkah setapak ke UPM, merupakan bekas pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. 

Kolej..
Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).

Course..
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Alam Sekitar di UPM, dan Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar di PSIS.

DoNe...! Jom la join ramai-ramai...(^_^). Okay, Hug n Kisses...! Sila klik banner.. jangan memalu dan sesegan. Gudnyte dear...

OhMissWhatEver__said : By the way, Thanks dekat En.Ketam  lagi..hihi. Sebab, jumpa ini di entry beliau....

Friday, July 22, 2011

~Menjadi Idol...~

Assalammualaikum....


"Adik suka la tengok ayah pakai tie, pakai Coat. Nanti adik da besar nak pakai macam tu..nak jadi macam ayah"

"Nanti adik nak belajar dekat tempat abang belajar la...adik nak masuk U juga"


"Adik nak masuk tempat kakak dulu..jauh tempat kakak belajar tu kan. Dekat sabak bernam.."
(ape hal nak masuk situu pulak *dush*belajar pandai2 masuk U terus)


Benar lah orang kata, yang tua akan menjadi contoh kepada adik-adik. Setuju x..? Ni fact bukan fake. Mak selalu pesan, jangan buat benda bukan-bukan nanti adik ikut. Betul la mak..! Depan u all mesti mak n ayah x cakap tentang diri korang. Takut riak pulak karang. Tapi belakang u all..? mesti dia ade bunyi-bunyi juga. Cuba ikut macam abang kakak tu.. taknak ke berjaya.? Kalau awak-awak semua fikir ini satu perbandingan, awak memang silap. Pandang pd sudut positive. Okeh. Kesimpulannya, korang adalah pembakar semangat kepada adik-adik... (^_^) Chayok! Chayok!

OhMissWhatEver__said : Hikayat yg ciput saja malam ni... Okies, date di phone sebentar. gudnyte dear.!.Salam. 

Wednesday, July 20, 2011

~10 000 senarai blogger~

Assalammualaikum....

Selamat pagi Malaysia... aiNa jumpa benda ni dekat blog En.Ketam (^_^). Benda ape? Ni hah, 10 000 senarai blogger Malaysia terkini. Blog En.Ketam ni dapat no 123. Cayalah..! Hehehe. So, sebab tangan ni gatai noo i pun click la SINI . Tengok-tengok blog aku pun ada. Ingat takde tadi...

Ada ong x..? cantik juga ape no i..222. 

Kalau tangan korang sama gatal macam tangan aku, ape lagi..jom la klik ramai-ramai. Cari la blog korang. Mungkin ade juga terselit celah-celah link tu. Banyak meyh, agak pusing mata tengok link banyak-banyak ni. Takpe, nanti buat blogwalking aku terjah korang. Okay..?! 


OhMissWhatEver__said : Alang-alang da tengok blog korang, ape kata g terjah blog En.Ketam sekali. Anyway, Tq Razis Blog. (^_^)..heehee. Okay papai..! 

~Layaaaann!!~




OhMissWhatEver__said :  Mood malam ni....(^_^).

Monday, July 18, 2011

~jiwaseorangkulat.blogspot~

Assalammualaikum....

First of all, entry ini di khaskan kepada jiwaseorangkulat.blogspot .aiNa moonwalking hari ni..huhu. Jalan punya jalan, singgah dekat blog Syariff Haikal. Anyway, thank you so much coz sudi buat entry or article tentang aiNa... Tak percaya meyh..? jom clik SINI  Eh, i hargai tau PIALA KULAT2 UNITED tu. hehehe..(^_^) 


So, mari kita ramai-ramai serang blog si Syariff Haikal. U are rawk beb..! hehehe. Jom follow mollow blog Shariff Haikal. Ramai-ramai memeriahkan lagi dunia alam maya ini. Keep in touch..okies. Bubye..!

OhMissWhatEver__said : Hajat di hati nak beradu terbantut bila buat moonwalking.. huhu.okeh, gudnyte bebeh!!

~Sign n Shopping~

Assalammualaikum...

Ollaa readers n viewers..! How's ur day..? Okay, aktiviti hujung minggu i sangat seronok. Berjalan bersama family tercinta. Have fun. Yeah, enjoy gile... Pagi yang indah, hari ni kami ke Roadwalk yang berhampiran dengan Stadium Bandaraya. Dekat situ banyak buah-buahan yang fresh wooo. Buah-buahan kan baik untuk kesihatan. Sapa yang on-diet memang bagus sangat makan buah-buahan. 

Bukan itu point nye, Tapi..kempen sejuta tanda tangan. Saya da sign. Anda bila lagi..?? Yup, siapa yang tengok berita memang faham. Tapi bagi yang tak tengok berita, confirm buat bodo je. Meh kita bagi info sikit, sejuta tandatangan ni bertujuan  menyokong gagasan 1 Malaysia. Senang cite sokong kerajaan lah. Kan hari tu busy dengan isu BERSIH. Sejuta tanda tangan di kumpulkan dalam tempoh dua bulan. Bagi membuktikan rakyat masih setia menyokong kerajaan. 

Yeah, that's the key. So, kalau nampak KIMMA.. korang sign la k. (^_^). Masa perlawanan Liverpool vs Malaysia, diorang da start collect signature. Walaupun Malaysia hanya mampu menjaringkan 3 gol.. i'm proud with u Safee Sali n Safiq Rahim.  Proud to be Malaysian..! gile poyo. ouh Whutever. Just talk to my hand. =P. So, petang tadi, we go for shopping. Dekat Sunshine City. Woah, rambang pulak mata gue ni. Maklumlah selera besar. nafsu naga kan. Haha.. nak-nak lagi tengah jualan 1 malaysia. Borong sakan la yek adik-adik aku termasuk aku.. 

Takde la borong dek oii. Mak beli yang patut aje. Perbelanjaan berhemah okay. Tapi memang jualan runtuh, ranap, pecah kompleks dan lain-lain. Yang penting sangat berpuas hati dengan jenama pakaian dan harganya yang berpatutan. I sangat mementingkan kualiti. Alah membeli menang memakai. Am i rite..? Mama mia memang suka beli baju untuk anak-anak dia before puasa. So, time puasa semua da ready. Just fikir untuk decorate rumah, ganti langsir dan sebagainya. Diam tak diam, bulan Ramadhan da semakin hampir...Excited koot. Tahun lepas x dapat berpuasa dengan family. Sedeyh je. Tapi tahun ni, alhamdulillah. Insyaallah dapat masak bersama bonda tersayang. Ahaks!  Okies, mak da penat merepek. Jari jemari mak yang lemah gemalai ni nak rehat..huhu. Tata..! gudnyte yayang.

OhMissWhatEver__said : Thank you Pa & Ma sdn bhd. Kerana sedia menaja pakaian anakanda mu ini... hehe. Lots of love, from ur beloved daughter. Mmuuaah..!

Sunday, July 17, 2011

~FloRia 2011~

Assalammualaikum....

Salam satu malaysia. (^_^). Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2011 *Floria Putrajaya 2011* sedang berlangsung di Putrajaya bermula 9 hingga 17 Julai. Kali ini ia bertemakan "Mawar Untuk Selamanya". Wah, teringat cerita Amerika Latin yang femes, Rosalinda..Yang suka mawar putih tuu. 

Festival ini menjanjikan lebih 12,000 mawar pelbagai jenis dipamerkan bertempat di Waterfront Presint 2, Putra Jaya. Terdapat 400,000 jenis bunga hiasan beraneka warna, tumbuhan herba, pokok liar dan hiasan laman unik berwarna-warni. Rekaan taman daripada 13 pereka taman dan gubahan bunga dari luar negara seperti Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Taiwan, Thailand, Macau, Kenya, Pakistan, Kanada, New Zealand dan Hong Kong  juga dipamerkan. 

Pameran, bengkel berkebun dan bercucuk tanam serta pertandingan taman seni reka bentuk kreatif untuk pelajar sekolah dan universiti, turut diadakan pada festival ini. Pesta floria kali ini turut membabitkan Kementerian Pelancongan bagi acara 'Malam Perarakan Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia', yang menyaksikan perarakan 14 bot dihiasi bunga-bungaan pelbagai warna berlangsung setiap malam sepanjang penganjuran floria di Tasik Putrajaya. 



OhMissWhatEver__said : Hurmm..hari ni last day pesta floria. Uhuk..uhuk.dan dan je cuti kan.! Yang dekat-dekat tu pergi la memeriahkan lagi ye.


Saturday, July 16, 2011

~Caracas, Venezuela~

Assalammualaikum...

Hello, selamat malam. Salam nisfu syaaban. Malam yang paling mustajab dan penuh rahmat ini, elok sangat kita membersihkan hati. Supaya bebas dari noda hitam yang boleh menyebabkan hati menjadi busuk. Kita hidupkan malam ini dengan membaca Surah Yaasiin sebanyak 3 kali selepas solat fardhu Maghrib. Dan setiap kali selepas bacaan yaasiin, akan dibaca doa. Yaasiin pertama, diniatkan dengan memohon panjang umur. Yaasiin kedua, memohon agar dijauhkan dari bala. Manakala Yaasiin yang ketiga, kita niatkan memohon rezeki yang halal. (^_^).

Okay, terlalu banyak berkata akan menampakkan kerendahan atau kecetekan akal seseorang... Usah dilayan orang yang level IQ nya songsang. Hihihi. No point of view. Ehem, so disini i nak berkongsi tentang view di Caracas, Venezuela. Berapa ramai yang da pernah sampai sini..? U are so Lucky.! Very beautifull place yaw. Disini,, ada beberapa picture yang nak di kongsi. Seriously, no editing pada gambar tersebut. Diambil terus dari owner nya iaitu my cousin Fatima Wahida dan abang Nasrul Wajdee yang sekarang berada di Caracas sehingga akhir bulan ini.. Ceiit..macam lintas langsung pulak.

Nice...

A castle-looking motel...

 I'm happy for u...(^_^)

View dari rumahnya...

Its always beautiful at dawn, simply beautiful .. 

Unique sense of art...

The one and only mosque in Venezuela, n also the largest among all the Latin America ..

makro macam tesco or mydin kat malaysia

Last time, the suckest thing is that they do not allow kids below 15 or something to enter.. around the 1990's mcm tu.. but they've changed their policy rite now. ^_^

'Barrio' in  BM means rumah setinggan...

Yang ni...tunggu mak berguru bahasa Amerika Latin dulu keh. 

Abg Nasrul....bakal lawyer nih.

Selesai sudaa..ni la diantara view yang dirakamkan oleh mereka-mereka ini.. Subhanallah. Cantik dan indah bumi ini... Cerita dia macam ni. Diorang bukan melancong suka-suka pakai duit sendiri tau. Tapi pakai duit kerajaan.. huhu. Sebab? Tugas my Pak Uda as a duta Malaysia di Venezuela menuntut dia hidup nomad macam family i juga. Tapi bezanya di sini dia nomad di luar negara... Kalau sapa minat untuk merantau jadilah ambassador. For sure best.! Okay, have fun dear. Send my regard to pak uda n mak uda also. Mish u damn much.


OhMissWhatEver__said :  Buena suerte a usted!! Muchos gracias! (^_^)


~Local Fruit~

Assalammualaikum....

Sebenarnya kan, aku da tido lepas maghrib tadi. X tau la kenapa tiba-tiba arini aku mengantuk tahap dewa. Macam orang baru tebas kelapa sawit penat nya. Lepas tu pukul 11 lebih terjaga, solat isya' dan.. sampai la sekarang mata aku tak nak katup2. Da jadi kawan dengan cik mus yang selalu dok makan buah rambutan dan cempedak dan nangka dekat rumah aku ni...ni bukan cik mus anak tokeh balak. Ni cik Musang okeh...

Rambutan dekat rumah aku ni sedang berbuah riang nampaknya. Semakin hari semakin merah. Aku xdela kebun ber-ekar2. Setakat rambutan dua tiga pokok lepas sangat untuk makan satu family dan siap berkongsi dengan keluarga cik mus lagi tau.. Kalau nak jual tu memang tak la der. Mintak maaf. Huhu.. Pokok-pokok ni pun bukan kitorang tanam. Aku baru duduk sini nak masuk dua tahun. Rumah pun rumah ala-ala zaman kolonial dulu. Memang pahala free pada mereka yang berbudi pada tanah. Tenkiu pakcik dan makcik yang tanam pokok-pokok ni semua. Mudah-mudahan murah rezeki ye. 

Pemandangan petang...

Duta buah rambutan...wakaka.

Gambar first itu adalah pokok yang pertama...gambar yang kedua tu? Ish, faham-faham sendiri sudaa. Xmau cakap manyak meh.. lai lai lai..rambutan, rambutan. huhuhu..


Yang atas ni..? pokok kedua..pokok ketiga sedang hijau lagi buahnya. Hamboi rajin noo.. Hahaha. Pekerja yang di suruh petik buah rambutan. Sapa nak petik kalau bukan diorang ni. Kalau suruh cik mus yang petik sah-sah la masuk pewot dia yang muncit tuh..

Okay itu saja..sekian. (^_^) ouh result upu da keluar. Sapa dapat futher study, tahniah! termasuk lah my friend Diana Azeha yang dapat sambung course Bac.Civil Engineering. Dia ni diantara kawan terbaek sama-sama dekat Technic Tanjung Puteri (SMTTP). Bangga cikgu naya tau, Kau je yang teruskan awam. Aku tersasar sikit masuk Alam Sekitar. X sia-sia nyah kau tepon mak ritu tanya untuk apply U. Nak hasilnya dapat Uthm. Sama dengan adik gue. Asal x sama dengan aku? Sob..sob..sob. Study elok2 yayang. Da janji tuu.. hehe. Bagi yang x dapat, u all buat la rayuan. Jangan putus asa tau. Banyakkan berdoa. Insyaallah, rezeki tu ada di mana-mana. 

OhMissWhatEver__said : Tu la padah tido awal bebeno. Aku juga terkulat-kulat tengok dinding. Okay la nak baca noVel. Ubat tido tuh.. hehe. Bubye darl.! Gudnyte n sleep tight. 

Wednesday, July 13, 2011

~Wordless Wednesday~

Assalammualaikum....


OhMissWhatEver__said : Setelah 3 bulan majlis konVokesyen, ini lah hasilnya.. (^_^).

Tuesday, July 12, 2011

~wHut do you think?~

Assalammualaikum...

Hari ni kita kongsi sikit tetang actor n actress yang hawt... Hot dari segi..? rupa mix bakat la dear.... Ade rupa, bakat tarak. Susah jugak kan? Baik jadi model dekat pentas peragaan.. Ade bakat tapi rupa, buleh la.. tu xpe lagi. Make up kan ade! =) Ape pun boleh..

Gambar 1..

Gambar 2..

Ini Christian Sugiono.... Antara pria terhangant wook. Sebab? muka dia ni market valeu tinggi. Kalau 10 sinetron yang aku tengok 7/10 mesti dia ni berlakon.. Dengan ketinggian yang maksimum untuk orang Asia memang pakej lengkap menjadi Actor pilihan di Indonesia. Di plus2 dengan wajah yang gantang. Setuju? Barangkali ada darah kacukan Belanda kot. Tu yang oHsem.

Gambar 3...

Gambar 4..

Ini pula..Dingdong Dantes. Pelakon philippine.. Amacam? Ensem? pelakon Asean pun tak kurang jugak kan. Kita ade juga ape Brad Pitt Asia. Ihikihik....#Facepalm#

Gambar 5..

Gambar 6...

Nia Ramadhani awek berlesung pipit. Sapa x cair bila tengok dia senyum. Sebenanya, indonesia memang ramai actress yang cuN melecuN ni. Kalau mak nak senaraikan barisan pelakon wanita diorang yang ngetop2 memang xckup. Sikit-sikit sudah la yew... Nia semenjak berkahwin, telah membatas kan sedikit aktiviti seni nya. Wah, isteri mithali gituw.

Gambar 7..

Gambar 8..

Okay...fineeee..asik sebut tentang negara orang je. Kita selitkan pulak pelakon wanita yang berbakat besar. Iaitu..Lisa Surihani!! Lup u la lisa. Dilahirkan dengan pakej yang lengkap. Rezeki lisa makin lama semakin murah. Setakat ni, lisa pelakon yang bebas dari gosip2 ganas. Ganas? uh, bantai saje..Ape pun, maitain shuwitt n cuNs yew kak Lisa. Ececeh...(^_^). 

OhMissWhatEver__said : Semoga u all success dalam bidang yang di ceburi....weee! 

Monday, July 11, 2011

~TripLe~

Assalammualaikum...

Hello ladies and gentleman.... triple mean three people. Haha, suka-suka hati aku jew kan. Xpe, xpe... aku update entry ciput yang x berapa nak ciput ni. Dan one shoot gambar. Sebab? khas untuk bestie aku yang nak sangat tengok gambar ini.. Maklumlah da berkurun ala-ala zaman mesolitik konon nya kitorang ni tak berjumpa. Nak tengok gambar budak ni yang dulu nya kecik saja..sikalang..? da dua tahun meyh.. Coming soon dapat baby lagi. Hehe. Congrate yayang.. SHasHa n beloved husband. Next time jumpa da berempat pulak. Jom zassss... =P

Happy family...care n love.

Ini la dia... lama aku tak jumpa mereka dan keluarga mereka. Bila jumpa diorang satu keluarga memang peluk ciom gomol tu da biasa la. Family sha ni pun da kenal dengan family aku dan kenal myfir juga. Diorang baik sangat. Dulu asal aku datang, memang langkah kanan. Sebab dapat buah quini n pelam. Sedap tau..! Before aku pindah memang kerap aku datang jumpa sha ni. Angkut sekali myfir tu. Sebab? Aku tahu aku susah nak jumpa dia lagi lepas ni. So sedeyh... 

The best moment, aku n myfir hadiah kan hamper baby untuk Sha. Hari kejadian, aku tak ingat. Yang pasti masa tu myfir baru lepas gaji.  Tempat shooping ialah  Bp Mall. Waktu x ingat juga, yang penting malam lepas maghrib. Hari yang sama juga kantol dengan kerani ofis tempat aku LI. Diorang nampak aku dan dia dekat mall. Macam mana kantol.? Yang tu aku tak mampu untuk menjawab. Kuasa Allah. Baru masuk pintu bp mall tu da kantol. Banyak-banyak pintu entrance situ juga dia nak keluar. Situ jugak aku n myfir masuk. Memang bera gila muka aku. Macam tertelan batu kapur rasanya. Jadi.? tiada lagi rahsia.. hehe. Okies that's all. Kalau aku cerita tentang kantol ni memang panjang. Ada lagi part sebelum kantol. Jadi aku buat shortcut je ye.

OhMissWhatEver__said :  Take a gud care dear...! Hopefully happy ever after. Send my regards to afiq n ur family....

Sunday, July 10, 2011

~MariMar~

Assalammualaikum...peace upon u.

Hye all's..! Macam mana weekend kamu semua? Best..so-so or bad? Enjoyed ur day yaw. X lama lagi cerita MariMar yang popular dan paling best dekat tv3 dari Philippine bakal menutup tirai nya. Woah..Superb sangat cerita ni.! Selain versi Philippine, Marimar ada juga dalam versi Amerika Latin. Heroin dia, memang cukup sakan. Thalia yang berlakon. Thalia tu memang canteks style supermodel. ^_^.  Thalia yang berlakon Rosalinda tu.. hah, da ingat? Marian Rivera ni pun x kurang jugak cantik. Suara serak-serak basah uuu.. Dua-dua menjadi poojaaan hati kuu. 


Ni la dia Mari mar..... ui romantika de amor..
Hero n Heroin......
Pulgoso...setia dengan marimar.

Sementara cuti, boleh la kan aku buat walkathon tengok tV. Dari sinetron Amanah dalam Cinta, ke telenovela Marimar lepas tu tengok Sijundai. Lepas tu mata aku berpinar-pinar macam ada burung terbang-terbang atas kepala...huhuhu. Cerita Marimar ni da lama ditayangkan. Tapi aku dengan tv nak jumpa pun susah dekat ostel tu. Internet pulak sometimes cam sipot sedot takpun siput oink-oink.. bila on9 je ramai pulak user.  Kesudahan nya? tido lagi bagus der.. hehehe. Tapi kadang-kadang bila jiran sebelah bilik download citer ni, wa pun tumpang sekaki la tengok.. ^_^

Yang menariknya...kalau x silap la. Peminat fanatik Philippine ni kata, hero n heroin cerita ni merupakan husband n wife di alam realiti juga.. wah, si cantik manis bergandingan dengan si kacak. Ulasan aku tentang telenovela ni, erm.. mantap. Senang cite, ada suka ada duka. Perebutan harta, pembunuhan yang kejam, pembelotan, kasih sayang...blah blah blah..cukup la tu ek. Tapi yang pasti, happy ending walau berliku-liku jalan kehidupan si Marimar ni. X sabar nak tunggu 18 julai ni. Episod last.. Jangan tak tengok. ^_^.

Perfect sioot..Bayangkan muka kau cun cmni....

OhMissWhatEver__said : Lepas marimar? Bella pula.....^_^ Kalau tengok marimar memang x berkelip mata aku. Rugi..rugi.. haha. Da tahap sakit da ni...okay, tata!

Saturday, July 9, 2011

~WonderfuL Saturday~

Assalammualaikum...

Peace upon u. Ooolalala readers n viewer. With gud manner. ^_^ Ouh, i see somebody still concern about me. Hoho. Tenkiuu sangat dear! terharu nya rasa. *_*.  Hari ni bercerita tentang my abang sedara.Wait the minute, awak-awak semua da lunch belum? yang da bagus. Hari ni pekena asam pedas ikan pari, sawi jepun dan keropok ikan. Sodap sampai jilat jari meyh. Kalau dapat pasembo pun best. Korang suka? kalau x suka x payah la makan. Yea dok? simple saja. Tak payah sempit-sempitkan fikiran anda. ^_^.

B4 terlupa, hari ni ada perhimpunan haram kan? a'ha.. u all jangan la terlibat ye. Kita kene selari dengan kerajaan. Rasanya da cukup dan terlalu banyak prasarana yang di sediakan oleh kerjaan untuk kemudahan rakyat. Kepada semua penuntut dan lain-lain, tak kisah la dari institusi mana pun korang jangan la terlibat dengan perhimpunan itu. Impact dia, korang boleh di buang kolej, u, kerja dan sebagainya. Orite? opps! sorry. Jalan cerita sedikit melalut. =P . Bia la, I kan owner. kuikui..

So, shall we...? Enak nya sembang santai dengan my mum dekat rumah. Terasa free dan freshie. Nak keluar ada perhimpunan harem pulak. Jadi duduk rumah lagi selamat. Chek kongsi sikit la ye butir bicara my mum tadi. Firstly, ape yang korang rasa bila kawan baik ur mum nak berbesan dengan keluarga u all....?? bukan aku daa. Tapi makcik gue. Kawan dia nak jodohkan anak dia dengan abang sedara haku. 

Berdasarkan kepala aku dan pandangan aku dari sudut positif, bagus la tu. Family masing-masing da kenal. Xde masalah nak amek hati mak dan pak mertua. Mama mia cakap anak mak siti tu semua bagui-bagui. Pandai-pandai. Cantik-cantik. Owh, aku boleh bayangkan. Cun-cun kira stok-stok model la ni ea. Pandai-pandai, alhamdulillah berjaya mak ayah die mendidik dia. Ape lagi abang sedara aku ni? Umur da nak masuk 27. Kerja tetap da ada, kereta ada, rumah ada. Workaholic. Buat-buat la bina masjid pula. ^_^.

Kita tunggu dan lihat saje ye ape keputusan abang sedara aku ni. Kasih sayang boleh dipupuk. Macam orang dolu-dolu, bahagia dan kekal saja dengan perkahwinan yang dirancang oleh keluarga. Kalau positif aku cerita, negatif pun aku cerita. Mesti ada sebab kan bila keputusan tu positif atau negatif. Hihi... okay la terasa lenguh pulak buat marathon untuk menaip arini. Bubye. Have a guuuud day yaw!

OhMissWhatEver__said : Pilihan orang tua selalunya adalah tepat. sebab? mereka terlebih dulu makan garam. Jadi yang merasa darah tinggi tentulah diorang dulu. Kan? 


~Bride n Groom~

Assalammualaikum...

Hey peeps! Okies dear, malam ni nak berkongsi sejarah sikit. Ouh ye, bukan untuk subjek sejarah spm tu. Bukan, tapi nak kongsi tentang detik dan hari yang bersejarah bagi Kak Liza. Tahniah kak liza.! aiNa doakan semoga rumah tangga kak liza bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. -amin-. Raja sehari mengenakan persalinan berwarna OreN2 peach gitu.. Wah! ayu dan santek sik.

Kak Liza..dengan hantaran nya.


Upacara potong kek!..ehem, oren juwak..^_^.

Kalau kita tengok dari gambar wedding ni, tema hantaran die  mostly ala-ala black+silver. Decoration bilik, katil dan lampu ala-ala english style. Menarik tuh!. Kak liza ni kerani tempat saya praktikal dulu. Dan sekarang bekerja sebagai kerani di UtHm pula. Alhamdulillah dapat gov. Insyaallah terjamin masa depan. Congrate once again..!

Ohoho..lama x jadi silent reader..silent killer, stalker..uwaa. X sempat week!. =P Lebih baik haku m'update cerita sendiri. Nak-nak tempat si polan dan si pola..eh? tempat sape? huhu..Kesian dekat fren aku nan sorang ni, Orang lain yang tulis entry tapi orang lain yang kene hentam. *ui gegel seyh, nak luruh bulu hidung dengar* kuikuikui.. Siap paste sebijik sejebon pulak tu cerita kawan tu. Ehem,  kadang-kadang kita tujukan pada yang lain.. tapi yang lain pulak terasa. Aiyoo. Ingat nak cerita tentang dia je ke? hekeleh.. PERABA *perasan bagus* btul. Nak hemo-hemo buat gapo, da kau kadang-kadang siram minyak ke dalam api kenapa?. orang tu da senyap sepi je. Nak jugak selitkan unsur-unsur -ve tu. Ckp lebey, input kurang. Ape tau? ^_^ Kau stalker dia, dia,  dia, n dia la tu kan kalau tau cerita kau. Kantoi di situ yerk. Wuhuhu, ada hati lagi rupanya. Tapi nak buat macam mana kan. Ketawakan diri sendiri jela ye.  Xpe-xpe, nak stalk buat je. Xmo bising-bising heh. Jangan nak malu biawak ke seladang ke arnab ke kambing ke ea..^_^.

Aku sokong kau babe nak buat blog lain. Sebab site kau tu ada batu api, batu asah, batu gajah..semuanya la. Kau kan kuat yayunk. Jangan fikirkan sangat. Cuti panjang berjela ni, fikirkan arah tuju. Naik sem baru, kau mulakan yang baru tau. Target 1 je, abeskan study tu. Aku n Mela sentiasa support kau. Cayok! ^_^ Mela, blog kau wanted juga rupanya ea.. =P. Ni lagi sorang, makan ubat yang "cantik" yang doktor bagi.Cepat-cepat sihat. Boleh buat kiuh raya manyak-manyak untuk aku n zaihan.


OhMissWhatEver__said : Keep in touch kak liza..! miss u much...lauk malam ni ikan keli cili api. Patutla berapi. Hohoho..tapi sedap. Resipi dari supermak. ^_^ Credit to cik mela : Life is no JoKe.


Friday, July 8, 2011

~Untukmu WaniTa~

Assalammualaikum....



LEMBUT wanita kerana SENYUMANNYA


CEKAL wanita kerana KEBERANIANNYA


PATUH wanita kerana KESETIAANNYA


SABAR wanita kerana IMANNYA


KASIH wanita kerana BELAIANNYA


LEMAH wanita kerana AIR MATANYA


IKHLAS wanita kerana SIMPATINYA


PENDAM wanita kerana CEMBURUNYA


SAYANG wanita kerana SIFAT KEIBUANNYA


credit : homaidy..(FB) 

Source: Google 

Sangat menarik perhatian kata-kata ini... sharing is caring.... ^_^ Wanita sebagai Srikandi dalam kehidupan...jangan cuba menyakitkan diri mahupun hatinya....seseungguhnya, lelaki yang baik dikurniakan untuk wanita yang baik dan begitu la sebaliknya. Tugas seorang lelaki adalah untuk mengangkat martabat seorang wanita ke tempat yang terpuji..


OhMissWhatEver__said :  Hari jumaat yang mulia...gentleman, selamat menunaikan solat jumaat..

~KaLau...~

Assalammualaikum....

HeyLo dear..! Apa yang saya maksudkan disini kalau apa yang terjadi dalam cerita ANNISSA dekat tv3 tuh, jadi realiti. Woah.. Nauzubillah. Bukan saya menolak hidup bermadu atau lelaki berpoligami. Yang menjadi masalahnya ialah...cara lelaki tersebut beristeri dua. Iye, saya tahu lelaki boleh berkahwin lebih dari satu. Diorang mempunyai 4 kouta. Tapi lu agak-agak la brader *ececeh emo pehal pulak minah ni* ^_^. 



Balkis, Shila, Sara dan Anna....


Sometimes,  it make me to think twice...berhati-hati la dengan golongan "crocodile huntter" nih. Sebab, ini bukan sebarang crocodile. Ini crocodile manyak licik hoh. Rasanya kene bagi makan kasut crocodile baru nak dengar kata..huhu. Kalau betul la kan nak berpoligami, da kaya sangat senang cite terlebih mampu dari segala aspek..ye silakan bernikah lagi satu. Kot ye pun, jangan la dengan kawan baik. Aiseh..I can't imagine. 

Tapi xde yang mustahil dalam dunia ni. Ada juga yang sanggup di madukan dengan kawan baik daripada dengan orang lain. Ohoho...yang paling penting..split it out. Straightforward. It's better rather than cheating. Jangan luar mati-mati cakap setia dan sayang bagai..dalam diam ada pulak orang lain. Uhuk...ish..ish. 

Kawen boleh terima. Ni hah, yang x kawen lagi mintak jadi madu untuk Gf dia..ape hal?? Da sah-sah nak mintak rasa penampo sulung la tu kan. Kesian kat awek tuh, sanggup fight dengan orang nak mempertahankan kau. Tiru la macam Salleh Yaacob. Da empat sudaa. Okay je..bahagia je. ^_^. Bagusla macam gitu.. Lelaki nak kahwen lebih dari satu, korang kene fikir masak-masak. Boleh ke, mampu ke korang berlaku adil dan saksama.?? Kalau wife pertama ada honda city, wife kedua pun kau kene bagi honda city..peace no war! Hindari perhimpunann haram untuk kemakmuran negara *kesempatan dalam kesempitan*. ^_^.


OhMissWhatEver__said : Hanya laa kamu di hati Ku...okay, gudnyte dear.Mmmuuaahh!


Thursday, July 7, 2011

~Janji dan Janji~

Assalammualaikum...

Ade orang pernah mungkir janji tak? Ehem.. Promise are likes snow ball, easy to make but very hard to keep. Am i rite?? Aku sangat berpegang pada janji. Bila kau janji dengan aku, make it real. Bila kau x pegang pada kata-kata, yes aku marah. Simple. Menipu dan ditipu..sakit kan? But tipu la lagi kalau tu habit korang. I love the way you lie. ^_^ Bila kita janji kita x tunaikan, kita termasuk dalam golongan orang-orang ape?? Jawab sendiri..sapa yang suka ada musuh? cecite, cecite..aku rasa takde yang nak hidup bermusuh. Aku tak suka berdendam. Buat hati jadi hitam saja. X bagus tu..Cuba kita flashback. Sapa yang start first...

Bila kau tak boleh, x pasti, x ready, x mampu nak make it true..tolong jangan berjanji..Dan aku boleh terima bila kau cakap kau x boleh janji. Faham tak? Ni kau rancang segala bagai, kau cakap dekat aku kita sama-sama akan blah. Tiba-tiba u stabbing my back. WTH.. Start dari situ aku nekad dan aku tanam kan dalam diri cukup la sekali aku percaya kan orang macam ni. Meh aku ingatkan, sekali orang tipu kita..sampai mati pun kita susah percaya pada orang tu lagi. 

Da la kau rancang, lepas tuh kau blah. Kau ada mintak maaf  masa tuh? Kalau kau mintak maaf, yeah mungkin aku boleh pertimbangkan. Mungkin kau tak sedar atau x ingat. Sebab benda x jadi pada diri kau. Cuba kau fikir kalau benda ni berlaku pada diri sendiri. Baru tau kan langit tu sejengkal ke tak. Sabar la Shila.Kesian pren aku nih. Huhu, kalau orang cakap kau chhildish n whatsoever, kau tengok balik pada mulut yang berkata. Are they matured enough? Kalau setakat manis di bibir saje, baik kau abaikan. Sebab, benda tak jadi kudis pun kan dekat kau. Sabar, itu sebahagian dari iman.. ^_^.  Nawaitu kene betul. 

OhMissWhatEver__said : Biar buta mata, tapi jangan buta hati..walaupun mata ialah jendela hati, tapi hati organ yang paling berguna untuk menilai..

~Behind me~

Assalammualaikum...

Hello, wassup Malaysia... Okay, u all pernah tak berdepan dengan keadaan yang sesak? Sesak macam mana? sesak kan otak lorh. Kritikal kan? ehem..selain family yang menjdi tulang belakang dalam life kita, kawan-kawan  turut memainkan peranan besar dalam kehidupan seharian. True or false? Jawap dalam hati je k. Kalau u all jawap kuat-kuat pun, saya x dapat dengarin ..^_^.

Dalam life ni, macam-macam ragam kita jumpa kan. Yang macam tu, yang macam ni, yang gitu, dan yang gini... arini aku nak review mereka-mereka yang berada dekat dengan hidup aku selain dari family.  Bukan senang nak cari kawan yang sanggup bersusah dan bersenang. Selalu nya orang bila senang bersama, bila susah hilang. 

First sekali..Masyitah Binti Masoud. Dia ni, aku kenal start di bangku sekolah menengah. Form 4. Dekat SMTTP. Satu dorm masa form 4 n form 5. Awal-awal, agak la x sebulu. Tapi yang x sebulu ni la sekarang jadi antara orang yang paling aku percaya. Diam x diam dekat 6 nak masuk 7 tahun da persahabatn kitorang. 

Ieta..

Ni la dia..Kau tau, nak jumpa minah ni punya la susah. Maklumlah, da jauh. Aku kat Penang dia kat Johor. Nak jumpa kene buat appoinment dulu. Kayak artis deh.. Busy je memanjang. Haha, nak lagi best.. kalau ada perempuan gedik-gedik, cover-cover cun, mulut tempayan jenis yang xde insuran ajak dia ni gado. Confirm dia sound direct punya. Dasat tuh, kalah aku. Apa yang berlaku dalam life aku semuanya dia tahu. Da macam adik beradik angkat pun ada. 

Aja my, Melawani..my self.

Diorang ni pulak..ehem-ehem. Kenal masa buat diploma. That's mean da nak 4 tahun lebih kitorang kenal. Dengan si aja my, aku kenal start sem 2. Dia ni roomate aku. Ouh, nak dijadikan cerita ada orang cakap aku rampas kawan dia. Serius nak gelak sakan. A'ha melawani ni pulak, start sem 3 da mula kacau-kacau, buat kacau kat bilik dia. Sebab kitorang satu blok n satu floor. Bilik kitorang bertiga sebelah-sebelah aje. Senang la kan. Naik sem 5, berdepan dengan masalah antara kau dan kau, kau dan kau... Kronik, boleh tahan. Sebab di dalangi oleh seorang Master Mind. Master Mind yang bajet baguss sangat. At the end, master mind tu disisihkan. Kesian..

Sekarang, kami berada di U yang sama. Insyaallah, di panjangkan umur akan bersama-sama berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah. Orang-orang di atas sangat mempengaruhi keputusan antara satu sama lain.. Contoh, jom keluar...konfem jawab "jom". Mengidam sushi la..jom sushi.."on je". Hah tu la dia..Eh, ade lagi..Aku x faham la, ajar aku boleh? "mai la datang study". Thats gud!.

Zaihan!!

Dia ni pun sama, seangakatan dengan budak-budak yang atas ni. Ni kenal dari sem 1..lepas tuh, ada masalah sikit.. huhu..hihi..sorry. Masa tu  xberapa matured lagi kan. Sekarang da matured da..=P da jadi bestpren..da jadi kaki jalan, kaki melancong, kaki novel sama-sama.. lagi satu? kaki sushi!! rindu kau doh! bila nak skype sama-sama lagi ni..^_^

Anyway guys, aku sentiasa support korang. U all memang terbaaiik... Never ends. Semoga success selalu. Ni antara orang yang aku percaya. Sebab? kita kene dengar dua-dua belah pihak bila ada masalah. ohohoho... Be rasional n profesional... ^_^.

OhMissWhatEver__said : Cucur + Teh O + Jelly kelapa ----> heaven of earth..! yummy mummy.