Wednesday, July 27, 2011

~Nama ooooo Nama~

Assalammualaikum....

Selamat malam readers n viewer...! Nama budak-budak zaman sekarang ni kemain canggih, panjang dan sedap pulak tu. Dalam kecanggihan, kepanjangan dan kesedapan tu.. ada maksud tak.? Tapi zaman sekarang ni majoriti nama yang dipilih ada maksud yang baik. Lain la zaman dulu-dulu. Zaman tok nenek moyang buyut kita. Diorang main letak aje. Yang penting budak ni ada nama. Takde la panggil "hoi", "samdol", or "bagero"  kan.

Contoh nama zaman sekarang ni, Nur Qurnya Fasha Humairah.. Mak oii, semput haku nyebutnya.! See..see.. nama sampai tak muat nak letak dalam IC. Tu baru nama anak. Belum di binti kan dengan nama bapak lagi. Tengok macam nama Ainatul Aqilah. Super duper simple kan...kan..kan..? *facepalm*  Ape pun, alhamdulillah nama aku ada maksud juga. Maksud nya --> kecantikan/ kecantikan mata dan kebijaksanaan. Apa gelak2..? Ye saya bukan rupawan, saya bukan jutawan, saya bukan cendekiawan..tapi saya ada senyuman yang menawan.. huii. Boleh adopt tak..? (nak muntah air, hijau, biru, colour pelangi sekalipun, g jauh2 ye) =P.

Dulu aku persoalkan dekat emak n ayah. Kenapa nama aku tak de Nur, Nor, Nurul dekat pangkal. Aku nak sangat nama yang ada Nur, Nor n Nurul. Aku tak suka huruf A (dulu laaa).. Sebab.? Masa zaman sekolah, asal kene check gigi, kene injection, ukur tinggi n berat..mesti aku dulu yang kene. Dari sekolah rendah sampai menengah.. hakuuuu jee lah. Takde orang lain. Paisey gile. 

Sekarang, aku da tak kisah da. Okay apa nama tak de Nur, Nor, or Nurul. Sapa yang kes dia macam aku, kira untung la. Sebab nama kita unik. ececeh...kombang lubang hidong kau yek.! Tapi bila aku masuk ipta, nama aku diantara yang belakang2. Yes..! yaabeedaabeeduu.. That's y i loike, sebab tak amalkan Name bias.  heeeheee..Okies, ape pun bila korang da berumah tangga, berumah batu even berumah kayu sekalipun bagi la nama yang sesuai n yang baik2 untuk anak korang ye. Nama ialah doa. Jadi panggil la dengan panggilan yang baik..

Source: Incik Google

OhMissWhatEver__said : psssstt..apa maksud nama korang..? mai la kita kongsi. Sharing is caring. (^_^).U..! sorry if little bit boring bila masuk blog i. Mp x boleh berfungsi pulak. =(

12 comments

July 28, 2011 at 12:28 AM

nama budak skrg kena futuristik kot.tp bese lah, trend.xpelah,trpulang.jnji ada mksd yg baik.

July 28, 2011 at 12:32 AM

nama budak sekarang semua memang tergeliat lidah nak sebut haha. i wish my name ada NUR jugak, tapi since Dhiya bring the same meaning as nur, teerus rasa okay :D

July 28, 2011 at 12:56 AM

haha,cian kat aina,selalu jek name kena panggil dlu,ehehe,.uhh,mak ayah skrg moden,so nama anak pun kena moden la;)

July 28, 2011 at 1:15 AM

Zaki : yup! betul2..yang penting ada maksud yang baik..=)

Dhiya Fariza: hahah, serius nama diorang terpusing2 nak nyebutnya. Anyway, nice name u have dear.! (^_^)

Bella luna : tau xpe. poor aiNa. hehe. Nama semua moden sekarang ni. tapi ada juga nama klasik macam siti khadijah..siti hajar.. kan3..=)

July 28, 2011 at 8:45 AM

tapi my mum slalu cakap..nama ni popular by zaman and ikot novel/drama..macam guys yang lahir thun 86 banyak name amirul..samew gak skarang..banyak namew adam/daniel...=)

July 28, 2011 at 10:33 AM

sama lahh stella..nama stella pendek ye....dulu selalu tantion kenapa nama stella pendek ye..kenapa x de nur,siti ke....hik hik

now dah besar dah x kesah....nama stella amat bermakna :)

July 28, 2011 at 2:11 PM

Mr.B[e]ave[R] : betul juga tu. Macam nama adik i, haziq..dan2 je masa tu ramai nama haziq. hehehe. Kebetulan tu. (^_^). Betul2, nama adam n daniel familiar.

Stellaizz : Hehehe.. sekarang da tak kesah kan. Tapi nama stella unik tau. Tak ramai. =)

July 28, 2011 at 3:49 PM

yup..btul2...=)

July 28, 2011 at 4:46 PM

nm saya simple.. nur fathehah.. * sj nk kasitau.. hehe

July 28, 2011 at 9:03 PM

Mr.B[e]ave[R]: (^_^)...(^_^).

teha : Wah ada nur.! yup, simple je nama teha. =)

July 29, 2011 at 12:55 PM

kawan aku de name pandak jabo..haha

July 29, 2011 at 11:08 PM

woah..! serius, klasik tuh. =)

Post a Comment