Salam satu malaysia. (^_^). Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2011 *Floria Putrajaya 2011* sedang berlangsung di Putrajaya bermula 9 hingga 17 Julai. Kali ini ia bertemakan "Mawar Untuk Selamanya". Wah, teringat cerita Amerika Latin yang femes, Rosalinda..Yang suka mawar putih tuu.
Festival ini menjanjikan lebih 12,000 mawar pelbagai jenis dipamerkan bertempat di Waterfront Presint 2, Putra Jaya. Terdapat 400,000 jenis bunga hiasan beraneka warna, tumbuhan herba, pokok liar dan hiasan laman unik berwarna-warni. Rekaan taman daripada 13 pereka taman dan gubahan bunga dari luar negara seperti Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Taiwan, Thailand, Macau, Kenya, Pakistan, Kanada, New Zealand dan Hong Kong juga dipamerkan.
Pameran, bengkel berkebun dan bercucuk tanam serta pertandingan taman seni reka bentuk kreatif untuk pelajar sekolah dan universiti, turut diadakan pada festival ini. Pesta floria kali ini turut membabitkan Kementerian Pelancongan bagi acara 'Malam Perarakan Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia', yang menyaksikan perarakan 14 bot dihiasi bunga-bungaan pelbagai warna berlangsung setiap malam sepanjang penganjuran floria di Tasik Putrajaya.
OhMissWhatEver__said : Hurmm..hari ni last day pesta floria. Uhuk..uhuk.dan dan je cuti kan.! Yang dekat-dekat tu pergi la memeriahkan lagi ye.
3 comments
wah! macam best! :)
wow.. pegi ek? sempat tgk kat tv je..
banyaknye bunge~~~
Elie Lily : Hello dear.macam best kn..? Sangat cantik.
Fida : X pergi pun =(.. aina dekat penang. Tu la, dapat tgk dekat tv n gambar je..=)