Monday, May 16, 2011

~Happy teacher's Day~

16 May...hari untuk meraikan para guru. Setimpal dengan usaha mereka yang bertanggungjawab dan bertukus lumus untuk mendidik anak bangsa hingga berjaya..Ye, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar saya!! ^_^ Tanpa cikgu semua, saya x kan berada di tempat saya sekarang..terima kasih! Alhamdulillah...Dulu masa hari guru je, mesti nak bagi hadiah dekat favourite cikgu..haha. Tapi bagi hadiah dekat guru kelas semestinya perlu. Bagi saya..sebab, guru kelas ibarat ibu no 2 kita di sekolah...

Cikgu kesayangan saya...nama dia, Nurbaya Bte Salim a.k.a cikgu Naya..ya, dia! Dia banyak berkorban untuk kami semua. Kenapa dia special?? sebab...dia sahaja yang pernah menjadi guru kelas saya selama 2 tahun. Dia adalah guru di SMTTP, JB. Batch i adalah yang pertama n terakhir dia jadi guru kelas. Lepas tu, dia da xnak pegang mana-mana kelas. Serik barang kali.~! Seriously, dia sangat sempoi..sangat sporting n sangat tegas..dont play-play!hehe..Time dia ajar kami semua, dia bujang lagi..jadi senang la nak ajak jumpa..keluar..Dia paling anti student class dia ber-couple. Itu sangat pantang...Syarat dia untuk dia attend wedding kitorang for the future (untuk 1 class okay) mesti kene ada Degree, kene tunjuk Degree pada dia. Sounds macam kelakar kan? but she's serious...Tu dia kata, tapi saya faham itu semua cabaran untuk kami semua. Majoriti in my class sahut cabaran dia. Okay cikgu, sekarang u hutang kami pula.! Jangan x datang kawen saya tau..haha.

Da lama sangat x jumpa dia. Sumpah aku rindu sangat dekat dia...Dia ajar subjek Math..huh, Math? i'm not in love with mathematics since primary school okay!. Aku_math adalah musuh ketat. Tapi tu semua berubah lepas dia ajar. The best teacher i ever had...Tu baru math..belum Add Math. Rase boleh gantung diri masa tu belajar add math.  Zaman sekolah terasa susah nya belajar math..pelik! Tapi bila sambung diploma i face both of math again...Math + Add Math = Engineering Math -----> GREAT! Betul cakap ayah, matematik itu penting. Sebab, hari-hari kita guna duit..buat kira-kira..buat bajet. Ye ayah, saya setuju sekarang. Tu semua dulu, tapi sekarang saya dengan math da boleh berkawan Tak mau gaduh-gaduh lagi..hehe. 

Cikgu Naya, di mana pun cikgu sekarang saya tetap doakan yang terbaik untuk cikgu, Semoga cikgu berada dalam keadaan sihat dan success selalau ye..inysaallah panjang umur kita dapat jumpa.. ouh, Lagi satu Cikgu Mazwin. Dia hanya guru sandaran masa tu.. Ajar bahasa melayu..She's the best! Faham-faham la bila mengadap sastera melayu A.Samad Said...Usma Awang..rasa boley tido doow.. Haha, tapi dia suka bercerita membuatkan kitorang suka dengar. Dia da kawen...lama da, mungkin da ada anak juga. ^_^. Ape pun, Thank you kepada semua cikgu-cikgu yang telah mendidik saya..SELAMAT HARI GURU!

OhMissWhatEver__said : Kepada Cikgu sekolah taman desa jaya...Pn.Faezah, Pn Ramlah , dan Pn Khamisah, U all pun saya x lupa...cuma x sempat nak cerita..hehe..okay, gudnyte!